Wanita hamil tidak boleh makan sembarangan makanan, ubat mahupun suplemen terutamanya pada trimester pertama. Ini kerana pada ketika ini, kandungan masih lagi lemah dan boleh menyebabkan keguguran. Apa yang si ibu makan boleh mempengaruhi kesihatan perkembangan bayi didalam kandungan si ibu.
Ibu hamil, perlu betul-betul menjaga pengambilan makanan mereka dengan sebaiknya diawal kehamilan, dan kena berhati-hati untuk mengambil sebarang makanan tambahan. Sebab itu sebarang suplemen antioksidan atau berupa herbs supplement jarang kita syorkan kerana ia boleh mengganggu perkembangan janin dan kemungkinan boleh menyebabkan kecacatan kepada janin.
Kecuali pengambilan Vitamin asas seperti B complex, Vitalea, Vitamin C, Folic acid dan Kalsium untuk menyokong perkembangan bayi.

Saya kongsikan dengan anda, berikut antara suplemen yang tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Dapatkan nasihat doktor jika anda terpaksa mengambil suplemen-suplemen berikut.
Vitamin Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil
1. Alfalfa Complex
Alfalfa adalah merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dan dapat memberikan manfaat kepada ramai orang dari segi kesihatan. Daun alfalfa ini kebanyakannya dibuat untuk dijadikan makanan tambahan mahupun supplement. Alfalfa digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit tetapi masih belum ada kajian yang sahih mengenai keberkesanan alfalfa merawat penyakit yang berkaitan.
Menurut FDA (Food and Drug Administration), Alfalfa adalah selamat sebagai bahan suplemen yang diperolehi daripada herba dan sesuai bagi golongan dewasa tetapi harus berhati hati.
Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi secara semulajadi di samping mineral seperti Vitamin A , D , E dan K. Alfalfa juga adalah tumbuhan yang kaya korofil dan oleh itu mempunyai kepekatan Vitamin K yang tinggi. Sebab itulah kenapa Alfalfa ini boleh di jadikan sebagai makanan asas yang membantu kesihatan manusia.
Kita tahu Alfalfa adalah herba semulajadi. Maka ia bersifat panas dan boleh menyebabkan ketidak selesaan pada bayi dan juga ibu hamil. Ibu mengandung perlu elakkan dari mengambil sebarang herba kerana herba bersifat panas. Ini boleh menyebabkan berlakunya kontraksi awal. Kemungkinan janin akan bergerak lebih hiperaktif.
Untuk perkembangan janin yang sihat, janin perlu bergerak bagi menunjukkan perkembangan positif tetapi keadaan berbeza jika janin terus bergerak dan mungkin menyebabkan tali pusat terlilit. Jika tali pusat terlilit makanan dan juga oksigen tidak akan sampai ke janin. Akibatnya janin di dalam kandungan akan kekurangan oksigen dan ia akan membahayakan bayi di dalam kandungan. Namun bagi ibu yang tandem nursing semasa hamil, anda dibolehkan mengambil alfalfa tetapi dengan langkah berjaga-jaga.
Tandem nursing is breastfeeding more than one child during the same period of time—as such feeding a toddler and newborn baby. This can be at the same time or one after the other
2 –Vitamin A ( Caratomax)
Vitamin A merupakan agen antioksida yang kuat. Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000IU sehari.
3 -Vitamin E
Vitamin E juga merupakan agen antioksida yang kuat. Vitamin E sebenarnya dapat menguatkan rahim (bagus untuk ibu hamil) tetapi pengambilannya perlu dikawal. Penggunaan vitamin E semasa hamil perlu mendapat nasihat doktor anda.
4 – GLA Complex
GLA Complex membantu mengawal hormon estrogen dan testosteron. Ini boleh mengganggu proses penghasilan hormon semulajadi tubuh semasa mengandung. Selain itu GLA Complex juga mengandungi vitamin E.
5 – Vivix
Fungsi vivix adalah untuk membaiki sel sehingga ke peringkat DNA. Pengambilan vivix ketika hamil dikhuatiri boleh mengganggu proses perkembangan janin didalam kandungan. Vivix juga tidak sesuai untuk 18 tahun kebawah.
6 – Nutriferon
Nutriferon membantu meningkatkan sistem imun badan sekaligus mengganggu kehadiran janin yang dilihat sebagai bendasing yang perlu disingkirkan.
7 – Garlic Complex
Selain meningkat sistem imun badan, garlic juga bersifat panas. Boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit sekiranya ibu mengalami selsema atau demam. Satu biji Garlic Complex mengandungi 500mg bawang putih.
8 – DTX Complex
DTX Complex membantu dalam regenerasi pembentukan semula sel-sel hati. Ia mengandungi cendawan reishi dan schizandra chinensis yang mempunyai ciri-ciri antioksida.
9 – Collagen Powder
Collagen Powder Shaklee mengandungi sejenis herba bernama Pfaffia yang tidak sesuai untuk wanita hamil kerana ia memberi kesan kepada hormon mengandung. Tapi jangan risau, ibu mengandung boleh menggunakan Collagen sebagai masker.
10 – Herblax
Herblax merupakan julap lembut untuk masalah sembelit yang dikategorikan sebagai herba dan pengambilan herba akan meningkatkan suhu badan ibu tersebut. Sekaligus meningkatkan risiko keguguran. Jika ibu mengalami masalah sembelit, disarankan mengambil Ostematrix Shaklee.
11 – Lecithin
Selain penting untuk kesihatan otak, lecihin juga bertindak sebagai pengemulsi semualajadi lemak. Sangat sesuai untuk menurunkan berat badan tetapi bukan kepada ibu hamil. Ibu hamil boleh mengambil OmegaGuard pada kandungan trimester ke 2 dan ke 3 untuk bekalan DHA untuk perkembangan otak bayi.
12 – Cinch Shake
Cinch Shake merupakan protein yang boleh meningkatkan metabolisma badan untuk tujuan penurunan berat badan. Mengandungi sangat rendah kalori dan mungkin akan menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi dalam kandungan.
Pada awal kehamilan(Trimester 1), antibodi ibu sebenarnya direndahkan bagi memberi jalan kepada pelekatan benih dan kehadiran sel baru (bayi).
Jadi, pengambilan supplement yang bersifat antioksidan yang tinggi akan menyebabkan antibodi ibu meningkat. Pada waktu itu, badan ibu akan menganggap ‘sel baru’ (bayi) sebagai bendasing, dan akan cuba untuk ‘reject’ benda tersebut yang mana boleh menyebabkan keguguran (miscarriage).
Jadi, Apakah Vitamin Yang Boleh Diambil Ketika Hamil?

1- Vita-lea Iron Formula
Multivitamin yang lengkap dengan zat besi dan asid folik yang sangat penting untuk penghasilan sel darah merah.
2- Vitamin C
Selain untuk meningkatkan antibodi ibu, vitamin C juga menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi badan. ini membantu mengurangkan kesan stretch mark.
3- B Complex
B Complex yang lengkap dengan kesemua 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik. Selain memberi rasa tenang, B Complex juga membantu meningkatkan tenaga ibu. Folic acid yang terdapat dalam B-Complex ini sangat penting untuk pembentukan tulang untuk elak kecacatan spina bifida si bayi.
4- OsteMatrix
Sumber kalsium – magnesium yang sangat penting untuk ibu mengandung dan menyusu. Selain membantu pembentukan tulang dan gigi bayi di dalam kandungan, Ostematrix juga membantu mengatasi masalah sembelit dan kejang kaki.
5- ESP
Sumber protein organik terbaik yang lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Protein penting untuk pembesaran bayi dan untuk tenaga si ibu.
6- OmegaGuard
Pengambilan hanya pada kangungan trimester ke-2 dan ke-3. Minyak ikan Shaklee ini merupakan sumber DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak bayi dan mengurangkan paras kolestrol.
Selain itu, jika ibu mengalami masalah mabuk alahan yang teruk, sangat digalakkan mengambil Performance Drink untuk mengekalkan bendalir badan. Peppermint Ginger Plus pula membantu mengurangkan rasa loya dengan membantu membuang angin dalam badan.
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kesimpulannya
Ibu hamil harus bijak memilih Vitamin yang sesuai diambil sepanjang tempoh kehamilan bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini terjadi kepada kesihatan si ibu juga si anak. Harus berwaspada dengan sebarang claim yang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak bagi melariskan jualan produk yang mana mereka hanya memikirkan keuntungan berbanding kesihatan pelanggan. Sebaiknya pilihlah vitamin atau suplemen yang terjamin berkesan dan selamat serta disokong oleh Landmark Study.
Saya memang suka sebut berkenaan landmark study. Sebenarnya saya suka ketengahkan fakta supaya pengguna dan bakal pengguna Shaklee faham tentang suplemen yang bakal mereka ambil. Landmark study ini adalah satu seumpamanya dalam dunia ini. Hanya Shaklee berani menguji keberkesanan pengambilan produk Shaklee ke atas pengamalnya. Sebab apa? Sebab Shaklee sangat yakin produknya berkesan.
Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:
- Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.
- Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik. Ini terbukti bilamana anda mampu hidup lebih sihat.
- Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
- Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
- Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangkamasa panjang. Tiada syarikat lain yang pernah melakukan kajian seperti ini selain Shaklee.
- Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini membuktikan penggunaan suplemen Shaklee boleh meningkatkan tahap kesihatan anda.
Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga akan memilih yang terbaik.
Anda Berminat? Dapatkan Vitamin Kehamilan Anda Sekarang!
Nak tahu apa kata mereka yang telah mengambil Vitamin dan Suplemen untuk Ibu Hamil dan testimoni jujur mereka? Hubungi saya segera.
Bagaimana Nak Beli Satu Set Hamil?
Sila hubungi 0133465509 atau klik link di bawah
Klik untuk Beli Vitamin Hamil Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Fara Hana
SID 1284203
No tel: 0133465509
Pengedar Sah Shaklee