12 Bahan Kimia Merbahaya Yang Biasa Diletakkan Dalam Produk Kosmetik dan Kecantikan

12/03/2019 0 By Nutrisi Guru
12 Bahan Kimia Merbahaya Yang Biasa Diletakkan Dalam Produk Kosmetik dan Kecantikan

Bila anda membeli produk kecantikan untuk kulit wajah anda, anda sering keliru atau tertanya-tanya pada diri sendiri “Apa yang elok untuk kulit aku”, “kalau pakai pencuci muka ini elok tak muka aku”, “produk ni untuk apa”.. kiranya pelbagai persoalan bermain di minda. Anda ingin membeli tetapi rasa takut menebal. Anda tidak mahu ambil risiko mencubanya kerana takut muka anda akan rosak. Secara peribadi, saya sendiri banyak kali alami perkara ini, pergi ke farmasi kemudian, mengelamun sorang-sorang. Ada sampai satu tahap, duduk bercangkung cari produk yang sesuai. Nak tanya jurujual farmasi bimbang sebab biasa dah kena, jurujual ni  akan syorkan produk demi komisyen sahaja.

Perlu diingatkan bila anda membeli produk untuk kulit muka sila baca setiap bahan kandungan produk tersebut, jangan main beli saja. Ada setengah produk penjagaan kulit, memang nampak perubahan yang ketara bila digunakan, ada yang tidak sampai seminggu muka dah macam Kardashian. Pergh. Pelik! Cepat sangat perubahan. Jangan sebab nak cantik, nak dapat kulit wajah yang putih melepak ala Korea, anda main beli saja. WAJIB ambil tahu bahan kandungan dalam setiap produk kecantikan kulit.

  1. MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA

Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens . Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan, dan pengeluaran air mata.

2. METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN

Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.

3. PETROLATUM

Elakkan petrolatum atau parfum berbahan petrolatum kerana ini merupakan sebuah byproduct dari pengeluaran minyak bumi atau petrol.

 4. PROPYLENE GLYCOL

Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Walaupun kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

Baca juga:

Ini Dia Produk Yang Dijamin Bebas 1500 Bahan Kimia Merbahaya

 5. PVP/VA COPOLYMER

Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel – partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru – paru yang sensitif.

6. STEARALKONIUM CHLORIDE

Stearalkonium klorida dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

7. SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.

8. SYNTHETIC COLORS

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali – kali menggunakannya.

Baca juga: Antara Produk Penjagaan Kulit Yang Terbukti Berkesan, Selamat Dan Semulajadi

9. SYNTHETIC FRAGRANCES

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper – pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.

10. TRIETHANOLAMINE

Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan PH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.

Masalah label kandungan pada produk kecantikan juga semakin menjadi di negara kita, Malaysia. Lihat saja di Facebook, banyak produk kecantikan wajah yang dijual, semuanya menawarkan pemutihan yang sangat sekejap, dalam seminggu sudah ada perubahan.

Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat dan jeragat serta krim malam turut dijual pada ‘harga berpatutan’. Namun meskipun produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa. Produk yang dibekalkan dari Indonesia itu digunakan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan.

Baca juga: Perbezaan Youth Skincare dan Produk Penjagaan Kulit yang lain

Kandungan belum tentu selamat dan cara pemprosesan turut diragui menjadikan produk kosmetik jalanan seumpama bom waktu kepada mereka yang gemar menggunakannya. Demikian tegas pensyarah Jabatan Farmakognosis/Kimia Farmaseutikal di Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Dr. Zhari Ismail meminta masyarakat menyedari bahaya menggunakan produk itu. Sebab itulah amat penting bagi pengguna memilih produk yang didaftarkan.

Menurutnya lagi, bahan seperti asid, raksa atau logam berbahaya seringkali digunakan. Selain raksa, plumbum di dalam produk jalanan, lemak babi pun ada. Kosmetik didefinisikan sebagai sebarang inti bahan atau persediaan khusus untuk dihubung dengan bahagian luaran tubuh bagi tujuan membersih, mewangi, mengubah atau membetulkan keadaan.

Bahagian terbabit termasuk sistem kulit, rambut, kuku, mulut atau organ kemaluan. Bahan berkenaan juga dihasilkan untuk melindungi atau memastikan badan berada dalam keadaan baik. Namun keghairahan beberapa pihak dalam mengeluarkan serta memasarkan produk kecantikan mungkin mengundang bencana apabila kandungannya tidak mengikut piawaian pihak berkuasa.

Baca juga: Petua Ketahui Punca Muka Berjerawat Teruk Selepas Pemakaian Sesuatu Produk

Bukan itu sahaja, Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, bahan kimia yang terdapat di dalam bahan perawatan wajah yang ada yang sebenarnya amat menakutkan kita. Kajian CAP mendapati kandungan raksa di dalam produk tertentu melebihi dua peratus manakala hidrokuinin yang digunakan sebagai agen pemutih wajah melebihi 0.5 peratus daripada bahagian persejuta.

Contohnya, Hidrokuinin ialah sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit. Lebih membimbangkan, ada di antara produk tersebut menggunakan lemak babi.

Oh, suka untuk saya kongsikan disini, kita juga mempunyai 1 Set Penjagaan Kulit yang mana sangat berkesan untuk membantu mengatasi masalah penuaan kulit, dan juga sekaligus menjadikan kulit nampak 10 tahun lebih muda.

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509