Sumber: Be Beautiful
Biasa kita dengar kan, kalau kulit flawless, glowing, tanpa cela je mesti kaitkan dengan masyarakat Korea mahupun Jepun. Penjagaan kulit yang baik adalah penting untuk beberapa sebab, a healthy glow akan menimbulkan keyakinan dan bagi kebanyakan orang kulit yang sihat mencerminkan kehidupan yang sihat. Di Barat, kosmetik menyumbang kepada sebahagian besar pembelian dalam kategori kecantikan, namun, di Korea, dianggarkan 89% wanita Korea menghabiskan lebih banyak wang untuk produk penjagaan kulit daripada kosmetik.
Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Tapi sebenarnya ada rahsia yang saya nak kongsikan dengan anda mengenai petua mereka. Terbukti, mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka.
1. Budaya Minum Teh Hijau
Di Korea, falsafah kecantikan itu bermula dengan kulit yang hebat, dan bahawa kulit yang sihat bermakna anda memerlukan solekan yang nipis sahaja. Penjagaan kulit yang baik adalah cara hidup (walaupun untuk lelaki) dan kulit muka seakan-akan glowing adalah sangat-sangat dicari dan ianya bukan sahaja trend yang lapuk, tetapi sebahagian daripada budaya Korea itu sendiri yang mana mereka ingin mencerminkan keseluruhan kesejahteraan dan gaya hidup yang sihat.
Masyarakat Jepun sejak dari dulu lagi mengamalkan budaya minum teh hijau dalam diet harian mereka. Mereka minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
2. Pencuci Muka (Cleanser)
Untuk pencuci muka, mereka cenderung menggunakan minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi yang terdapat pada wajah.
Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan mencuci muka berbuih selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam (Lukewarm water) dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
Sumber : The Isthmus
3. Penyegar Wajah (Toner)
Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Penggunaan toner dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna.
Sumber : Google
Tapi perlu diingat, pemilihan penyegar wajah yang betul adalah sangat penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.