Inilah Rahsia Agar Kulit Glowing, Tiada Lagi Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak

08/01/2019 0 By Nutrisi Guru
Inilah Rahsia Agar Kulit Glowing, Tiada Lagi Kulit Wajah Kusam Dan Berminyak
Wanita mana yang tidak obses untuk memiliki kulit selembut dan selicin sutera?
Kalau ada cara mudah untuk mendapatkan kulit seperti itu, pasti semua wanita sanggup membuatnya, kan?
Trend penjagaan kulit yang terkenal sekarang adalah trend glass skin dari Korea. Seperti namanya, trend glass skin ini menjanjikan kulit yang licin, glowing dan selembut sutera.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa anda jarang melihat wanita Korea yang mempunyai kulit kusam? Itu adalah kerana mereka mengambil langkah penjagaan kulit dengan serius. Mereka seelum tidur, bukan hanya dengan membilas muka dengan cepat atau memberus gigi sahaja,mereka mempraktikkan satu seni yang tepat yang memerlukan perhatian dan konsisten.

Ubah rutin penjagaan kulit anda setiap malam dengan rahsia kecantikan dari pakar,

RAHSIA RUTIN PENJAGAAN KULIT

1. Kenali jenis kulit muka

Pertama sekali, cuba kenalpasti jenis kulit muka apa yang kita ada. Berminyak/Kering/Kombinasi. Ini paling penting tau. Sebab ila dah tau jenis kulit baru boleh jump ke langkah seterusnya.

2. Jangan lupa cuci mekap!

Yang ni ramai orang ambil mudah. Keluar pakai make-up, balik lupa cuci. Kesannya kulit jadi tak sihat.

3. Toner paling penting

Ramai yang menganggap toner tidak penting kerana ia mungkin akan membuatkan kulit dehidrasi. Tapi ianya adalah tanggapan yang salah sama sekali! Orang korea, toner adalah item wajib dalam regimen penjagaan kulit mereka tau.

4. Pakai pelembap

Bila dah sapu toner, teruskan dengan pelembap pula. Langkah ni sama pentingnya juga seperti toner. Supaya kulit sentiasa terhidrasi.

5. Mask

Untuk rutin penjagaan kulit tambahan, pakailah mask. Mask ini dikatakan boleh memberi kulit muka yang kelihatan glowing secara semulajadi dan sihat. Selepas itu, barulah kulit anda boleh bersinar dan lembut bak sutera!
Jom cuba rutin penjagaan kulit ini untuk dapat kulit idaman kita!
Nota bahagia : Boleh tag rakan-rakan korang ajak mereka follow saya juga yaa. Saya akan share pelbagai tips menarik yang boleh digunakan dalam kehidupan kita seharian. Pastinya bermanfaat. InsyaAllah
Follow saya 👉 Farah Dul
Saya suka berkongsi Ilmu nutrisi di Blog Bisnes. Jom klik sekarang
👉🏻 www.nutrisiguru.com