Ketahui 6 Punca Utama Jeragat, No. 6 Yang Ramai Orang Selalu Buat.

jeragat-di-wajah

Salah satu masalah kulit yang paling ditakuti wanita ialah jeragat. Tak cukup dengan jerawat yang bermaharajalela, muka anda kini dihiasi tompokan hitam Jeragat pula? Malah ia sukar untuk dihilangkan dan menjadikan kulit anda kelihatan tidak cantik sekaligus boleh membuatkan seseorang itu menjadi murung dan hilang keyakinan diri. Jeragat bukan sahaja menjadikan wajah anda dipenuhi bintik-bintik hitam malah ianya juga menjadikan tona kulit anda tidak sekata. Sukar sekali untuk berdepan dengan pasangan, keluarga serta teman-teman kerana tidak kira bagaimana anda cuba menutupnya, jeragat akan sentiasa ada dan ini sangat membebankan.

NG1

 

Sebenarnya, jeragat atau ‘melasma’ di muka adalah salah satu daripada masalah kulit yang tidak berbahaya yang biasa terjadi di kalangan penduduk Asia umumnya. Ia merupakan  di antara 10 masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita yang berumur di antara  20 hingga 50 tahun. 

Jeragat kerap muncul di kawasan muka seperti di bahagian pipi. Namun, terdapat juga yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi.

Jeragat boleh di bahagikan kepada (Melasma Epidermal)  yang berada di lapisan kulit dan (Melasma Dermal) berbentuk seperti tahi lalat kecil yang timbul. Kebiasaannya, kedua-dua jenis jeragat ini akan muncul serentak. Jeragat di muka tidak merbahaya tetapi jika dibiarkan ia akan membawa kepada kanser kulit.

NG3

Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang pasti akan mengalami masalah kulit tanpa mengira peringkat usia. Pakar Dermatologi telah mengesan sebanyak lebih 3000 masalah kulit dan semuanya boleh memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu. Oleh itu, pakar kulit sangat menekankan rutin penjagaan kulit yang dilakukan secara konsisten bagi memastikan kulit anda bebas daripada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan kulit berminyak . Selain dari itu, pakar kulit turut mencadangkan pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral, dan pelbagai jenis antioksida untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tanpa cela.

Sedikit penerangan tentang jeragat:

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan lama-kelamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan kurang menarik dan gelap. Orang tua-tua cakap muka tak de seri. Hihi.

Mungkin anda kurang pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan jeragat di muka. Oleh itu biar saya terangkan apa itu jeragat dan punca terjadinya jeragat kepada anda. Setiap dari kita dilahirkan dengan warna tona kulit yang berbeza dan ianya terdiri daripada pigmen yang dikenali sebagai melanin. Melanin ini dihasilkan oleh sejenis Sel yang dipanggil melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit kita. Ianya dipengaruhi sepenuhnya oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari.

Semakin banyak kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanocytes menghasilkan melanin.

NG2Hal ini demikian kerana melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak. Akan tetapi, apabila sel melanocytes menjadi terlalu aktif (hyper pigmentation), kulit kita akan mendapat lebih banyak pigmen melanin menjadikan sel kulit mudah berjeragat.

Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit sependapat bahawa kemunculan jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

  1. Faktor usia – Jeragat lebih mudah terjadi apabila usia kita meningkat. Ini disebabkan oleh keupayaan badan kita untuk merawat sel kulit telah berkurang. Di lapisan kulit manusia terdapat kolagen yang membantu merawat tisu dan sel kulit yang rosak atau mati. Namun tahun demi tahun, badan kita yang semakin berusia tidak dapat lagi menghasilkan kolagen untuk merawat kulit di peringkat optimum. Oleh itu, jeragat lebih senang terjadi lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak prihatin terhadap penjagaan kulit masing-masing.
  2. Pengambilan ubat-ubatan – diambil bertujuan untuk mengawal hormon anda seperti pil perancang atau pil hormon thyroid
  3. Sinaran matahari – Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
  4. Perubahan hormon – Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
  5. Keturunan – Akibat daripada genetik.
  6. Kosmetik – Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka. Ini kerana sesetengah bahan yang digunakan dalam kosmetik boleh menghakis sel lapisan kulit serta melunturkan kulit anda, maka sinaran UV dari cahaya matahari boleh menembusi sel kulit dengan mudah sekali. Walaupun begitu, jangan bimbang kerana jeragat tidak merbahaya dan sangat jarang sekali menjurus kepada kanser kulit.

Malah, di zaman moden ini terdapat bermacam-macam cara untuk mencegah jeragat dari terhasil dan kembali semula. Bagi mengatasi masalah jeragat degil dan bintik-bintik hitam di wajah anda, anda disarankan agar lebih peka terhadap penjagaan kulit iaitu dengan melindungi kulit anda daripada sinaran UV semaksima mungkin.

Nota Kaki!

Sifat jeragat ini tidak berjangkit, tidak gatal, serta tidak disebabkan oleh jangkitan kuman. Namun, sebagai wanita yang sememangnya sinonim dengan kecantikan, ia pastinya akan menggusarkan hati. Anda akan sentiasa memastikan muka ditutupi bedak yang tebal dan rasa malu apabila keluar  tanpa make up. Tapi jangan mengalah dahulu, jangan putus asa kerana masih belum terlambat untuk merawatnya.

Di samping itu, anda juga boleh mengamalkan 12 petua menghilangkan jeragat degil di rumah. Saya akan kongsikan dalam next entry ya. Jangan risau.

NAK TAU TAK SEBENARNYA ADA CARA YANG LAGI MUDAH DAN MENJIMATKAN MASA?

Klik sini!

 

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk di atas? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!