Ketahui Penyebab dan Cara Mengatasi Kulit Wajah Berminyak

Mempunyai kulit wajah yang berminyak pastinya bukan satu perkara yang menyeronokkan, selain daripada risih kerana ia mengganggu penampilan, wajah juga mudah diserang jerawat. Ini disebabkan oleh habuk atau kuman yang melekat pada muka berminyak. Ramai mengatakan jika seseorang mempunyai wajah yang berminyak maka orang itu akan memiliki wajah yang kelihatan lebih muda. Persoalannya disini, betul ke?

Ini kerana kulit wajah kita sentiasa lembab dan tidak mudah berkedut dan kering, walaupun tiada kajian yang membuktikannya. Tetapi tahukah anda wajah yang berminyak mempunyai potensi yang tinggi boleh menyebabkan jerawat timbul semakin banyak di permukaan wajah.

Perkara sebegini sering menyebabkan wanita menjadi tidak selesa dan tidak yakin mempunyai wajah berminyak.

Beberapa Faktor Kulit Wajah Berminyak

  1. Perubahan Hormon

Perubahan hormon dalam badan adalah salah satu sebab muka berminyak. Biasanya seseorang pada waktu pubertas atau mengandung akan mengalami ketidakseimbangan hormon yang mengakibatkan minyak yang menghasilkan minyak yang berlebihan.

2. Salah Memilih Produk Kecantikan

Ternyata produk kecantikan kulit tidak semuanya baik untuk kulit anda, kerana jika seseorang tersalah memilih produk maka mustahil untuk anda merawat masalah kulit berminyak anda. Anda harus terlebih dahulu memahami jenis kulit anda tidak boleh menggunakan produk yang tidak dipercaya dan bersemangat menggoda oleh iklan berselerak.

3. Stress yang Berlebihan

Stress bukan sahaja menyebabkan Depression tetapi juga boleh menjadikan kulit anda lebih berminyak. Sebagai tindak balas kepada stress, badan akan menghasilkan minyak yang berlebihan pada kulit sekiranya mengalami depression. 

4. Kurangkan Diet Yang Mengandungi Makanan Berlemak

Makan makanan berlebihan lemak tidak hanya buruk untuk keadaan badan anda tetapi ia juga boleh menyebabkan muka menjadi berminyak. Jadi, seeloknya cuba kurangkan pengambilan makanan berminyak seboleh mungkin.

5. Genetik

Adakah ahli keluarga anda juga turut memiliki kulit wajah berminyak? jika ya, maka boleh menjadi punca minyak berlebihan di wajah anda adalah faktor keturunan.

6. Cuaca

Salah satu punca muka berminyak ialah cuaca. Perubahan kepada cuaca panas yang menyebabkan peningkatan suhu akan menjadikan kulit menghasilkan minyak secara berlebihan untuk mengekalkan kelembapannya.

Bagi anda yang mempunyai kulit wajah berminyak tidak perlu pergi ke spa hanya untuk mengeluarkan minyak di muka, kerana selain rawatan yang mahal, cara itu juga tidak semestinya berjaya dan mungkin mempunyai kesan sampingan pada kulit anda. Seperti kerengsaan wajah. Anda mungkin berminat untuk mencua cara semulajadi bagi menghilangkan minyak di muka.

Cara Semulajadi untuk Menghilangkan Minyak di Wajah Secara Tetap

1. Membersihkan Wajah

Cara pertama untuk mengatasi minyak yang berlebihan pada muka adalah dengan mencuci muka dengan kerap tetapi tidak terlalu kerap,sekurang-kurangnya dua tiga kali sehari. Kerana jika tidak dicuci dengan teliti, pencemaran dan debu yang terdapat di muka akan menyumbat liang-liang pori yang akan menyebabkan jerawat di muka. 

2. Masker  Putih telur

Merupakan cara semulajadi yang sangat berkesan untuk menghapus minyak secara kekal di muka, putih telur juga berguna untuk menghapuskan bintik hitam di muka dengan cepat.

Caranya sangat mudah, ambil putih telur dan sapu di seluruh muka. Biarkan selama 25-30 minit kemudian bilas menggunakan air suam.

3. Masker Epal

Epal adalah sejenis buah yang kaya dengan manfaat kerana kandungan di dalamnya sangat baik untuk kesihatan tubuh. Tetapi selain dimakan, epal juga boleh digunakan sebagai masker untuk merawat masalah kulit wajah yang mempunyai minyak yang berlebihan di permukaan kulit.

Caranya, amil seiji epal dan kemudian blend halus dan campurkan dengan 4-5 sudu madu. Selepas kedua-dua bahan bercampur dan licin kemudian buat topeng, bilas dengan air suam selepas 25-30 minit. Kandungan anti-lemak pada epal mampu mengeluarkan kotoran di muka sekali gus membasmi jerawat.

4. Lemon

Lemon juga boleh menjadi bahan utama untuk mengatasi minyak yang berlebihan pada kulit wajah anda. Ambil sebiji lemon, kemudian perah airnya. Kulit lemon tadi, tampalkan di muka secara merata dalam bentuk urutan selama 25 minit. 

Ulangi sebanyak 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil terbaik.

Begitulah sharing beberapa tips dan petua tradisional untuk menghapuskan minyak secara semulajadi dan yang paling best anda boleh mencuba sendiri di rumah. 

Namun begitu, sekiranya anda merupakan seorang yang kurang gemar menggunakan herba tradisional, boleh juga cuba Youth Skincare Shaklee dan juga Vivix.

YOUTH SKINCARE

Produk Skincare Youth Shaklee ni dicipta khas oleh para Saintis Shaklee dan terbukti berkesan untuk memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan kulit, menegangkan kulit dan mengurankan kedutan pada kulit. Tentu sekali diformulasikan dengan bahan aktif yang hanya milik Shaklee, Shaklee juga menjanjikan Youth Shaklee ni akan memberikan kesan yang sangat baik dalam 6 langkah untuk penjagaan serta 1 langkah tambahan untuk menambah seri wajah anda.

Saya pernah kongsikan manfaat penggunaan Youth Skincare kepada para pembaca. Boleh rujuk sini.

YOUTH™ Shaklee Skincare | Regimen Penjagaan Muka Terbaru & Terbukti Berkesan

Atau disini

Regimen Terbaru Penjagaan Kulit Wajah, Shaklee YOUTH™ Skin Care

Juga disini

Ada apa dengan YOUTH Skincare? Apa Beza YOUTH Shaklee Dengan Produk Penjagaan Kulit Shaklee Yang Lain?

Dan juga disini

Individu Usia 35 Tahun Dilihat Muda Seolah-Olah Seperti 25 Tahun

Bagi yang terlepas, sebelum ini saya juga pernah share manfaat Vivix kepada para pembaca budiman sekalian. Boleh rujuk di sini.

Bagaimana VIVIX Bertindak? Ketahui Lebih Lanjut di Sini.

 

SHAKLEE memang betul-betul memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine dalam  setiap botol Vivix. Memang tak hairanlah siapa yang mengamalkan VIVIX akan mendapat kulit yang sihat, flawless tanpa cela. So, memang terbaiklah sis cakap!

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk suplemen Shaklee? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!