Rambut Gugur Semakin Banyak. Ketahui Langkah Mengatasi Masalah Keguguran Rambut Disini

15/09/2018 0 By Nutrisi Guru
Rambut Gugur Semakin Banyak. Ketahui Langkah Mengatasi Masalah Keguguran Rambut Disini

Secara normal, keguguran rambut kerap berlaku dalam kalangan lelaki, golongan tua, individu yang menghadapi tekanan dan lain-lain lagi. Bagi wanita pula, keguguran rambut kadang-kadang terjadi kepada mereka yang mempunyai rambut yang panjang, berkelemumur dan juga golongan yang kerap mewarna rambut.

Tanda-tanda keguguran rambut

Tanda-tanda keguguran rambut termasuklah rambut gugur secara berlebihan, penipisan rambut, rambut yang berminyak, kulit kepala yang kering dan sebagainya.

Mengapakah keguguran rambut dapat berlaku?

Faktor keguguran rambut sebenarnya sangat berkait  rapat dengan usia, keturunan keluarga, pemakanan yang tidak seimbang, pengambilan ubat-ubatan/dadah, keadaan perubatan, tekanan psikologi dan sebagainya.

Bagaimanakah keguguran rambut dapat dirawati?

Rawatan untuk keguguran rambut dapat dijalankan melalui ubat-ubatan, pembedahan, terapi laser, terapi PRP, suntikan, mesoterapi dan lain-lain lagi.

Tanda-tanda berlakunya keguguran rambut adalah bergantung kepada faktor-faktornya: Ia sama ada dapat mempengaruhi kulit kepala atau beberapa bahagian badan. Selain itu, masalah ini juga dapat berlaku hanya buat waktu sementara atau berkekalan. Bukan itu sahaja, masalah ini juga dapat berlaku secara mendadak atau sebaliknya. Tanda-tanda keguguran rambut adalah seperti berikut:

  • Keguguran Rambut Yang BerlebihanSecara puratanya, rambut seseorang akan gugur kira-kira 50-100 helai rambut sehari. Jika anda mengalami keguguran rambut seharian secara berlebihan, maka timbulnya masalah keguguran rambut. Keadaan ini dapat diperhatikan semasa menyikat atau mencuci rambut.
  • Penipisan Rambut & Receding Hairline Selain daripada penipisan rambut dan rambut menjadi semakin berkurang di bahagian depan, rambut juga akan menjadi terlebih lembut.

Receding Hairline | Garis rambut surut boleh berlaku di kalangan lelaki dan wanita, walaupun ia lebih umum terjadi kepada lelaki. Ini adalah salah satu tanda pertama pola kebotakan rambut lelaki dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

  • Kebotakan Yang Tidak Rata Kebotakan rambut yang bersaiz duit syiling atau kebulatan boleh berlaku pada kulit kepala.
  • Kulit Kepala Berminyak/Kering Secara Berlebihan

Keguguran rambut boleh mengakibatkan seseorang menghadapi masalah emosi/sosial, seperti kurang keyakinan diri, kemurungan, kebimbangan, dan berasa tidak selesa dalam pergaulan.

Setiap kes keguguran rambut mempunyai punca yang berlainan. Sebenarnya, punca keguguran rambut belum diketahui sepenuhnya. Tambahan pula, kebanyakan kes keguguran rambut adalah berkemungkinan berpunca daripada sebab-sebab yang berlainan.

Penuaan

Secara umumnya, rambut seseorang akan tumbuh 1.5 inci sebulan. Sekiranya umur seseorang meningkat, kadar pertumbuhan rambut akan menurun. Jika kadar pertumbuhan rambut lebih lambat daripada kadar keguguran rambut, masalah keguguran rambut akan berlaku. Hal ini tidak dapat dielakkan.

Keturunan Keluarga

Faktor keturunan keluarga dapat mempengaruhi usia bermulanya masalah keguguran rambut, kadar keguguran rambut dan keparahannya. Secara ketaranya, faktor keturunan keluarga adalah tidak dapat dielakkan serta berkekalan.

Perubahan hormon

Perubahan hormon juga menjadi pencetus untuk keguguran rambut lelaki dan wanita. Hormon yang dipanggil DHT mungkin mempunyai kaitan dengan pola kebotakan bagi lelaki, kerana perubahan hormon boleh menyebabkan folikel mengecut sehingga rambut yang baru tidak dapat tumbuh di dalamnya lagi.

Pemakanan Yang Tidak Seimbang

Pemakanan yang tidak seimbang ataupun kekurangan zat besi, protein dan sebagainya adalah berpotensi untuk mengakibatkan keguguran rambut.Tambahan pula,pengambilan Vitamin A secara berlebihan juga dapat mengundang masalah keguguran rambut.Kebanyakan masalah keguguran rambut yang disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang adalah berlaku buat sementara waktu.

Ubat-ubatan

Pengambilan sesetengah ubat-ubatan dapat menyebabkan keguguran rambut. Sebagai contohnya,ubat-ubatan yang digunakan untuk mengubati: kanser,diabetes,artritis,penyakit jantung,masalah tekanan darah,kemurungan dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, pil kawalan kelahiran,steroid,ubat-ubatan jerawatmana-mana ubat yang dapat menjejaskan tahap hormon adalah berkemungkinan mengakibatkan keguguran rambut.Kemoterapi atau terapi radiasi yang dijalankan pada bahagian kepala juga dapat menyebabkan keguguran rambut. Masalah keguguran rambut yang disebabkan oleh punca sebegini kebanyakannya adalah hanya buat seketika.

Keadaan Perubatan

  • Ketidakseimbangan Hormon

    Ketidakseimbangan hormon merupakan salah satu punca yang kerap dilihat. Biasanya, ia dapat mengundang masalah keguguran rambut buat sementara waktu. Seperti mana yang telah diterangkan, sesetengah ubat-ubatan boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormone. Selain itu,factor kelahiran, menopaus dan faktor-faktor semula jadi juga dapat menyebabkan ketidakseimbangan hormone.

  • Jangkitan Bakteria & Masalah KulitJangkitan kulat, penyakit parasit, sifilis, jangkitan kulit atau kulit kepala akan menyebabkan keguguran rambut. Penyakit kulit lain-lain juga dapat mengakibatkan rambut gugur. Secara umumnya, rambut akan tumbuh semula selepas sembuh daripada penyakit-penyakit tersebut.
  • Menarik Rambut KompulsifJuga dikenali sebagai Trichotillomania. Pesakit akan menarik rambut mereka secara tidak langsungnya.

Tekanan Psikologi

Tekanan psikolohi yang serius, trauma dan gangguan emosi adalah mampu mempengaruhi pertumbuhan rambut secara semula jadi.Seterusnya, berlakunya keguguran rambut. Keguguran rambut yang disebabkan punca ini adalah berlaku buat sementara waktu.

Lain-lain

Gaya rambut secara berlebihan (terutamanya ikatan rambut ekor dan tocang) dan penggunaan produk semburan rambut yang berlebihan (rambut pengekal gaya) adalah berpotensi menyebabkan keguguran rambut. Punca sebegini boleh mengakibatkan keguguran rambut secara berterusan. Secara keseluruhannya, kulit kepala atau kulit yang tidak sihat juga mampu menyebabkan keguguran rambut.

Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk keguguran rambut atau kebotakan. Jenis rawatan adalah berbeza mengikut keadaan atau jenis keguguran rambut.Keguguran rambut yang berlakunya seketika dapat dipulihkan dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, rawatan keguguran rambut juga dapat dijalankan bagi mempercepatkan proses pemulihan. Tidak dapat dinafikan bahawa rambut palsu juga dapat digunakan untuk menutup bahagian kebotakan. Ada juga jenis keguguran rambut dan kebotakan tidak dapat diubati.

Perhatian: Jika anda mengetahui punca keguguran rambut, adalah dinasihatkan bahawa anda merawatnya terlebih dahulu. Jika anda percaya bahawa masalah keguguran rambut adalah berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan, sila berbincang dengan doktor yang berkenaan. Jika telah mendapatkan nasihat daripada doktor supaya berhenti mengambil ubat-ubatan tersebut, sila berbuat demikian.

Pilihan jenis rawatan adalah bergantung kepada ciri-ciri berikut:

  • Umur pesakit, keadaan kesihatan pesakit yang menyeluruh dan rekod perubatan pesakit.
  • Jenis keguguran rambut dan keparahan
  • Kerisauan dan keutamaan pesakit

Disebabkan jenis rawatan adalah berbeza mengikut pesakit yang berlainan dari segi kesesuaian, keselamatan dan keberhasilan. Oleh yang demikian, sila mendapatkan maklumat atau cadangan yang lanjut daripada doktor.Rawatan keguguran rambut yang biasanya dapat dilihat adalah seperti berikut:

Ubat-ubatan

  • Sesetengah ubat-ubatan oral dan aplikasi luaran dapat merangsangkan pertumbuhan rambut dan menggelakkan daripada keguguran rambut. Pengambilan ubat-ubatan secara berterusan hanya dapat berkesan. Perkara yang perlu diambil perhatian adalah sesetengah ubat-ubatan hanya sesuai diambil daripada golongan yang tertentu sahaja. Sebagai contohnya, terdapat juga ubat-ubatan yang tidak dapat diambil semasa kehamilan atau tidak boleh diambil beserta dengan ubat-ubatan yang lain.
  • Sesetengah ubatan hanya berkesan terhadap segelintir pesakit. Ubat-ubatan yang berlainan juga akan membawa kesan sampingan yang berbeza, seperti kulit kepala mengalami kegatalan, rambut yang tumbuh pada bahagian yang tidak sesuai dan sebagainya.

Pemulihan Rambut Secara Pembedahan

  • Pemulihan rambut secara pembedahan adalah tidak dapat dijalankan pada pesakit yang tidak mempunyai rambut yang sihat.
  • Pemindahan rambut secara pembedahan dapat dijalankan pada kulit kepala. Kadang-kala, ia juga dapat dilakukan pada bulu kening dan bulu mata.Cara pemindahan rambut adalah dibahagikan kepada dua jenis: Jenis pertama ialah pemindahan kulit yang mempunyai rambut yang sihat, jenis kedua ialah pemindahan folikel rambut secara langsung (Teknik FUE).
  • Selain daripada pemindahan secara pembedahan, cara pemulihan rambut lain adalah seperti menghapuskan kulit kepala yang cedera, lalu menjalankan jahitan pada bahagian tersebut.
  • Pemulihan rambut secara pembedahan adalah berkesan secara berkekalan. Walaubagaimanapun, kos rawatan adalah agak tinggi. Bukan itu sahaja,sebarang pembedahan akan mengakibatkan kesakitan, dijangkiti bakteria serta meninggalkan parut. Tambahan pula, adalah juga berkemungkinan bahawa menyebabkan pertumbuhan rambut yang tidak rata.

Rawatan Laser

  • Rawatan laser yang mengandungi intensiti yang rendah dapat merawati keguguran rambut. Adalah dikatakan bahawa rawatan jenis ini dapat meningkatkan peredaran darah serta merangsangkan pertumbuhan rambut.
  • Terdapat sesetengah “cahaya khas” telah digunakan untuk merawat keguguran rambut.
  • Rawatan untuk keguguran rambut melalui terapi cahaya adalah dimulakan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Setakat ini, masih tiada kesan sampingan yang diketahui.

Rawatan PRP

  • PRP adalah merujuk kepada darah yang mengandungi platelet yang tinggi. Secara umumnya,rawatan PRP dijalankan dengan menyuntik PRP ke dalam kulit kepala. Adalah dikatakan bahawa suntikan PRP mampu merangsangkan pertumbuhan rambut, menghalang atau melambatkan risiko keguguran rambut, meningkatkan kesihatan kulit kepala secara menyeluruh.
  • Disebabkan PRP adalah diperolehi daripada pesakit itu sendiri, rawatan ini tidak akan membawa kesan sampingan.

Suntikan Ubat-ubatan & Mesoterapi

  • Mesoterapi merupakan salah satu rawatan yang menyuntik ubat-ubatan dan vitamins ke dalam mesoderma, resepi bahan suntikan tersebut juga bergantung kepada keadaan pesakit.
  • Kesan baik dan kesan sampingan suntikan ubat adalah berdasarkan preskripsi yang digunakan.

PerhatianWalaupun penyebab keguguran rambut masih tidak diketahui secara menyeluruh, namun sesetengah rawatan terbukti berkesan.

Secara umumnya,semua punca keguguran rambut adalah patut dielakkan. Cadangan-cadangan seperti berikutnya adalah untuk menggelakkan masalah keguguran rambut (dan menggelakkan daripada masalah ini menjadi lebih serius):

  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang
  • Memastikan kulit kepala yang bersih
  • Elakkan tekanan hidup yang ketara
  • Elakkan menarik rambut
  • Elakkan dandanan rambut yang berlebihan

    • Elakkan ikatan rambut ekor, tocang dan ikatan lain yang ketat.
    • Elakkan produk semburan rambut atau rambut pengekal gaya yang akan mempengaruhi kulit kepala
    • Elakkan produk kecantikan rambut yang akan mencederai kulit kepala

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509