Solusi Dilema Wanita Berumur 30 Tahun, Wajah Lebih Tua Dari Usia

17/03/2019 0 By Nutrisi Guru
Solusi Dilema Wanita Berumur 30 Tahun, Wajah Lebih Tua Dari Usia

Sedar tak sedar, usia sudah masuk angka 30. Wah pantasnya masa berlalu pergi!

Bagi sesetengah wanita, usia 30 tahun boleh dikatakan sebagai waktu puncak , punya karier yang stabil serta keluarga sendiri. Kehidupan pun sudah cukup selesa.

Tapi, jangan terus terleka kerana apabila anda berada dalam usia 30an, kesihatan wanita tidak akan sama seperti ketika di usia remaja hingga hujung 20an. Potongan badan pun banyak dah “lari” tak seperti masa zaman dara dulu, tambahan yang mempunyai anak.

Sebelum ni, saya dah pernah kongsikan dengan anda 3 peringkat umur wanita:

  1. Fasa peringkat umur 20 – 25 tahun (Young Years)
  2. Fasa peringkat umur 25 – 40 tahun (Child Bearing Years)
  3. Fasa peringkat umur 40 – 50 tahun (A Time to Live Well)

Anda sekarang di peringkat mana?

Kenapa Jadi Begini?

Biasanya apabila masuk usia 30 hingga 39 tahun, kesihatan wanita mula menjadi terabai. Mereka lebih cenderung kepada kerjaya, rumah tangga dan anak-anak yang semakin membesar.

Secara saintifiknya, kesihatan wanita juga akan merosot kerana fungsi badan kita sudah menjadi kurang efisyen. Maka, kita perlulah sentiasa peka dengan perubahan ini. Samalah macam kereta, kena servis lebih kerap seiring dengan pertambahan usia.

Masalah Kesihatan Wanita di Peringkat Umur 25 – 40 tahun (Child Bearing Years)

Wanita pada peringkat ini memang sangat sibuk. Bebanan kerja, komitmen rumah tangga, anak-anak, suami lagi. Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri.

Bila banyak komitmen, tekanan meningkat, setiap hari stress. Apabila seseorang wanita stress, berlaku gangguan hormon sekaligus menyebabkan penghasilan susu badan mereka juga berkurang. Kemudian, telomere juga akan makin pendek. Seseorang individu memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam masa tidur yang sempurna.

  • Ketidaksuburan
  • Pertambahan Berat Badan
  • Kurang Tidur
  • Penuaan Kulit Wajah
  • Kekurangan Susu Badan
  • Keguguran
  • Insomnnia
  • Fibroid
  • Cyst
  • Osteoporosis

Solusi Kepada Masalah Setiap Wanita

Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Pada peringkat ini, wanita lebih cenderung untuk hamil. Jadi apa yang mereka perlukan sebagai penjagaan dalaman?

Seorang wanita hamil memerlukan tambahan mineral dan vitamin secara berterusan dalam tubuh badan mereka. Hal ini demikian kerana, mereka sedang menampung keperluan nutrien si bayi dalam rahim mereka. Sejumlah besar kalsium, magnesium dan zat mineral serta nutrien yang lain akan diserap oleh janin sepanjang tempoh kehamilan. Jadi, amatlah penting bagi seorang wanita itu mendapat bekalan nutrien secukupnya.

Bila banyak komitmen, tekanan meningkat, setiap hari stress. Apabila seseorang wanita stress, berlaku gangguan hormon sekaligus menyebabkan penghasilan susu badan mereka juga berkurang. Kemudian, telomere juga akan makin pendek. Seseorang individu memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam masa tidur yang sempurna.

Semoga sedikit tip di bawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an dapat mengekalkan kesihatan dan keterampilan diri yang baik.

Untuk Kekalkan Kesihatan Wanita, Jangan Abaikan 7 Perkara Berikut!

1. OTOT BADAN

Kalau nak bandingkan otot-otot badan di usia 30-an memang lah tidak sehebat seperti zaman remaja dulu. Semua aktiviti nak cuba. Tapi sekarang, berjalan jauh sikit pun dah sesak nafas. Lagi satu, cepat benar terasa letih bila buat kerja-kerja berlebihan.

Alternatif: Latih diri untuk lakukan regangan badan setiap hari. Bersenam adalah cara yang terbaik untuk menguatkan stamina.

2. PEMAKANAN

Kalau dulu, makanlah apa saja biarpun lewat malam sehingga 2-3 pagi, tak gemuk pun. Tapi sekarang, makan control masih juga badan macam dipam-pam! Perlu ingat, semakin usia meningkat, kadar metabolisme pula akan menurun. Ia antara sebab mengapa badan mudah menjadi “naik”.

Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

Ambil makanan yang kaya dengan Omega 3 seperti ikan dan kekacang. Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian.

3. MAKANAN TAMBAHAN

Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

4. KEPERLUAN BERJUMPA DOKTOR

Selagi tak sakit yang berat, memang tiada lah nak berjumpa doktor. Paling-paling pun makan ubat sahaja. Selalunya, hanya ke klinik untuk rawatan anak-anak yang sakit.

Alternatif: Setiap 2 tahun, buat saringan kesihatan untuk pemeriksaan darah tinggi dan kolesterol. Ia penting kerana jika dapat dikesan awal, boleh menyelamatkan anda daripada penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung.

5. KESUBURAN

Usia antara faktor utama penyumbang dalam kesuburan kaum wanita. Semakin naik usia, semakin susah untuk ‘melekat’. Itu yang biasa kita dengar sejak zaman dulu lagi.

Alternatif: Antara faktor kesuburan yang boleh dikawal ialah kesihatan tubuh badan dan pemakanan yang seimbang serta berkhasiat. Apa pun, bila bercakap tentang anak, sentiasalah percaya dengan ketentuanNya.

6. KULIT BADAN

Gabungan stress, diet yang tidak seimbang, dan hormon boleh menyebabkan kulit kurang berseri dan nampak kusam. Penggunaan pencuci muka dan losen badan yang tidak sesuai dengan usia juga menyebabkan kulit jadi kering.

Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

7. SENTIASA POSITIF

Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan

JADI…

Masih belum terlambat untuk anda, kaum wanita menumpukan kembali pada diri sendiri. Pandanglah diri anda sekarang dan bayangkan 10 tahun akan datang. Adakah anda mahu kekal jadi wanita yang anggun sama seperti di usia 20 an atau ditimpa dengan pelbagai masalah kesihatan pada hari-hari mendatang?

Rujukan:

  1. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1478-ingin-tahu-sosial-wanita-dan-keluarga/tip/1345-tip-kesihatan-untuk-wanita-30-an