Tahun Baru 2019 Bersama Resolusi Kecantikan Yang Lebih Efektif

15/01/2019 0 By Nutrisi Guru
Tahun Baru 2019 Bersama Resolusi Kecantikan Yang Lebih Efektif

Dari perspektif rutin kecantikan, apa resolusi Tahun Baru 2019 anda? Dah ada ke belum? Ke masih amalkan rutin yang sama lagi?

Kunci untuk membuat resolusi tahun baru benar-benar menjadi adalah dengan menetapkan matlamat tertentu yang boleh dilakukan dan benar-benar praktikal.

Kita semua pastinya mempunyai rutin kecantikan dengan cara yang sama dari membersihkan wajah kita, memakai make-up, memakai penjagaan kulit untuk merawat rambut kita, jadi sekarang adalah masa untuk mengubah rutin kecantikan anda.

Cuba kaedah ini (jika anda belum melakukannya), dan jadikan tahun ini, meskipun telah bertambah usia setahun, anda masih boleh berjaya mendapat impak maksimum untuk mendapat kulit yang lebih sihat tanpa cela!

1. Berfikir Secara Minimalis

Kurangkan beli pelbagai rezim kecantikan dan produk penjagaan kulit sebaliknya simpan wang dan masa anda. Mungkin sebelum ni anda dah mencua pelbagai jenis jenama yang menawarkan anda pelbagai janji-janji manis akan tetapi, hasilnya tetap sama. Jadi, ini lah masanya, Keep it simple dan melaburlah dalam produk penjagaan kulit yang asas sahaja sama ada dari pembersih, scrub / mask, toner, pelembap sehinggalah kepada SPF.

Tip Tahun Baru: Daripada apply toner pada kapas muka, kenapa tidak jimatkan masa anda dengan menggunakan toner jenis semburan?

 

2. Take Off Your Makeup Before You Sleep

Tidak kira betapa penat sekalipun anda pada penghujung hari, berlaku adillah pada kulit anda dengan membuang segala make-up di muka. Menggunakan pembersih sahaja mungkin tidak dapat menghapus semuanya dengan betul, jadi pastikan bahawa produk kecantikan yang anda gunakan adalah yang betul.

Esthetician, Renee Roulea sebenarnya mendakwa bahawa solekan boleh menjadi baik untuk anda! Masalah besar terletak ketika kita tidak membuang solekan sebelum tidur. Dennis Gross MD, pencipta Dr Dennis Gross Skincare berkata salah satu kesilapan terbesar wanita lakukan adalah tidak membersihkan solekan pada wajah secara menyeluruh, ianya akan menyumbat kelenjar minyak dan memberi kesan negatif kepada pori-pori anda sehingga menjadikannya kelihatan lebih besar. Solekan yang masih bersisa pada wajah juga boleh mengakibatkan keradangan, yang boleh menjana radikal bebas dan membawa kepada jerawat.

Petua tahun baru: Cari mascara yang boleh dibuang dengan mudah dengan hanya air suam.

3. Clean your makeup brushes

Sekiranya anda belum membersihkannya, cuba jadualkannya setiap seminggu atau dua minggu sekali. Umum kita tahu, alat kecantikan ini mengandungi kotoran make-up, serbuk dan krim, bersama dengan peluh dan kotoran dari kulit anda. Lagi parah bilamana anda adalah seorang make-up artist (MUA). Berus solekan yang bertukar-tukar boleh mendatagkan kesan buruk kepada model yang anda solek. Membiarkannya tanpa dibersihkan bermakna menjadi faktor penyebab kulit anda terdedah kepada bakteria, yang menyebabkan kerengsaan dan jerawat.

Tip Tahun Baru: Jika anda tidak mempunyai pembersih berus, hanya gunakan syampu dan perapi.

4. Don’t skip SPF

Walaupun pada hari yang mendung, kita perlu melindungi kulit kita daripada sinar matahari yang berbahaya. Memakai pelindung matahari adalah langkah yang sering diabaikan tetapi ianya sangat penting bagi menangkis kemungkinan kanser kulit atau selaran matahari.

Petua Tahun Baru: Cari produk SPF yang tidak berminyak, selesa dan tinggi SPF yang akan anda gunakan setiap hari tanpa gagal.

5. Scrub And Mask On A Weekly Basis

Tidak kiralah sebaik mana pun produk penjagaan kulit anda, ianya tidak akan menyerap dengan baik jika kulit anda tidak mendapat scrub atau mask yang baik bagi mengeluarkan kulit mati dan kotoran. Lapangkan masa sedikit untuk melakukan scrub dan mask nescaya kulit anda akan sangat berterima kasih pada anda.

 Tip Tahun Baru: Tidak ada masa untuk melakukan dua langkah ini? Cuba cari produk yang menawarkan scrub dan masker pada masa yang sama.

6. Buy clean ingredients

Untuk memastikan anda tidak menggunakan bahan-bahan yang merbahaya atau tidak perlu pada kulit anda, ketahui lebih lanjut mengenai apa yang ada dalam produk tersebut. Sebaik sahaja anda mula mengenal pasti bahan-bahan ini, anda akan sentiasa berjaga-jaga apabila menyemak produk sebelum membuat pembelian.

 Petua Tahun Baru: Laman web The Environmental Working Group (ewg.org/skindeep) adalah sumber yang baik untuk mengenalpasti bahan dan mempelajari apa yang boleh membahayakan kita semua.

7. Get More beauty Sleeps

Buang jauh-jauh K-drama marathon anda (kecuali apabila anda bercuti pada keesokan harinya!) Dan cuba untuk mengurangkan masa anda pada alat elektronik. Ini akan memberi anda masa untuk relax dan tidur yang mencukupi. Mendapatkan rehat yang cukup akan membantu sel-sel kulit kita tumbuh semula dan kekal sihat.

Petua Tahun Baru: Jika mematikan alat elektronik anda terlalu susah, cuba secara beransur-ansur mengurangkan masa anda dengan memberikan diri anda beberapa hari untuk menggunakannya lebih lama dan yang lain akan ditutup oleh masa tertentu.

Anda juga mungkin berminat:

  1. Cara Menjaga Kulit Ala Artis Korea
  2. Kesan Teruk Di Wajah Akibat Keracunan Merkuri Dalam Produk Kecantikan
  3. Rahsia Bagi Mendapat Kulit Glowing Dan Sihat Semulajadi