Tips Miliki Kulit Cantik Dan Gebu Persis Anak Patung

Tidak dinafikan sesetengah orang telah dikurniakan kulit cantik tidak kiralah dengan penjagaan yang khusus atau tidak. Tetapi untuk sesetengah orang, mungkin agak sukar menjaganya, seperti kulit sensitif, pastinya memerlukan penjagaan yang lebih. Asas untuk penjagaan kulit adalah membersih, menyegar dan melembap, namun terdapat beberapa penjagaan lain yang lebih khusus untuk pelbagai masalah kulit, jadi tidak rugi untuk mengetahuinya bukan?

Pengambilan makanan yang betul, mengamalkan senaman setiap minggu, dan menjalani gaya hidup sihat tanpa tekanan akan menghasilkan kulit yang lebih baik. Tetapi bukan itu sahaja ada lebih banyak cara untuk memulihkan kulit agar kurang berminyak dan bebas jerawat secara tidak langsung memperbaiki kesihatan anda.

  1. Tidur yang cukup

Memandangkan proses pembaikan kulit terjadi ketika waktu anda berehat (waktu tidur), jadi anda sekurang-kurangnya memerlukan tujuh hingga sembilan jam waktu tidur bagi pembaikan kulit yang sempurna. Sekiranya tidak cukup tidur, kesan gelap bawah mata akan mulai ketara dan kulit akan kelihatan lesu. Ia juga akan meningkatkan kemungkinan jerawat dan bintik hitam mulai tumbuh.

Baca lagi : Ketahui Punca Muka Berjerawat

2. Bersenam

Apabila anda kerap melakukan senaman setiap minggu, kulit anda juga akan bersinar dan segar selepas bersenam. Tetapi selalunya wanita hanya perasan pada kesan yang sebaliknya iaitu jerawat, kulit berminyak dan bintik hitam yang mulai ketara sesudah bersenam. Selain daripada itu, pastikan anda bersihkan badan secukupnya bagi menanggalkan kotoran peluh yang terdapat pada liang pori, lebih berkesan sekiranya menggunakan buih mandian yang mengandungi asid salisilik.

3. Kurangkan stres

Stress bukanlah punca utama kulit berjerawat tetapi ia sebenarnya akan mendorong kepada kesan yang lebih memudaratkan. Contohnya apabila stress, kita akan melakukan tabiat-tabiat buruk seperti

  • mengidam makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula,
  • tidak berehat dengan betul
  • tidur tidak lena
  • emosi terganggu seperti cepat marah.

Faktor -faktor sebeginilah yang akan menyebabkan terhasilnya hormon dan kortisol ketika anda dalam tekanan ini. Kortisol adalah punca pembiakan jerawat, keradangan dan masalah kulit yang lain. Bagi mengatasi tekanan cuba cari cara atasi tekanan atau cuba  juga aktiviti yang boleh mengurangkan stress.

4. Elakkan merokok

Zaman sekarang ni kan, bukanlah sesuatu yang dianggap tabu sekiranya perempuan merokok. Tetapi ia bukanlah juga sesuatu yang biasa dan elok untuk dilakukan kerana selain menjejaskan kesihatan, merokok juga menyebabkan kulit anda lekas tampak tua seperti kedutan dan garis-garis halus lebih ketara pada usia yang tidak sepatutnya serta mengakibatkan tompok-tompok merah dan warna kulit berbelak-belak. Menurut kajian Plastic and Reconstructive Surgery, kesan pada kulit seorang perokok adalah seperti menambah 2.5 tahun daripada umur asalnya.

5. Produk tidak bersesuaian

Penggunaan produk yang tidak sesuai dengan kulit juga adalah salah satu kesilapan yang biasa dilakukan. Jadi kaji jenis kulit anda sebelum memilih  produk penjagaan kulit yang sesuai. Untuk kulit yang berminyak gunakan pencuci muka yang mengandungi asid salisilik, ia mampu menyingkirkan minyak yang berlebihan pada kulit. Untuk kulit yang sensitif gunakan pencuci yang bersusu, tanpa pewangi dan alkohol. Manakala kulit kombinasi pula perlu menggunakan pencuci muka sama seperti kulit berminyak tetapi disusuli dengan penggunaan pelembap yang bertekstur  ringan. Akhir sekali untuk kulit kering gunakan pencuci muka yang tidak berkrim contoh yang baik adalah gel ataupun yang jenis foam.

Oh, suka untuk saya kongsikan disini, kita juga mempunyai 1 Set Penjagaan Kulit yang mana sangat berkesan untuk membantu mengatasi masalah penuaan kulit, dan juga sekaligus menjadikan kulit nampak 10 tahun lebih muda.

 

 

Saya ada ceritakan dengan panjang lebar mengenai Youth disini.

  1. Formulasi Botanikal Youth Memberi Kesan Seawal 3 Hari Kepada Kulit
  2. Bukti Keberkesanan Youth Skincare
  3. Ketahui Bahan Aktif dalam Youth Skincare Yang Menjadikan Ianya Antara Top Skincare

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!