12 Petua Terbaik Hilangkan Jeragat Dimuka Yang Teruk. Cubalah!

Dalam entry sebelum ni, saya dah pernah bincangkan tentang masalah jeragat, macam mana boleh terjadinya jeragat, apa punca-punca yang menyebabkan jeragat timbul di permukaan kulit dan sebagainya. Boleh rujuk SINI untuk maklumat yang lebih lanjut.

Ok, sekarang, saya akan share pula bagaimana cara terbaik yang anda boleh amalkan untuk mengatasi masalah jeragat di muka. Petua-petua ini seringkali diamalkan oleh nenek moyang kita zaman dulu. Malah, bahan-bahannya pula mudah dihasilkan dan mudah didapati. Tak perlu nak masuk keluar gunung pun untuk dapatkan ubat tersebut. Mudah kan?

1. JUS LEMON

Kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia juga membantu menghilangkan minyak berlebihan kerana sifat astringen. . Khasiat utama buah lemon ialah Vitamin C yang bukan sahaja membantu mencerahkan bintik  hitam malah membantu sel kulit anda menangani bahaya sinaran UV. Vitamin C dapat memberikan efek ‘photo-protection’kepada kulit anda di mana kulit anda akan mempunyai lebih perlindungan terhadap sinaran Ultraungu(UV) yang merbahaya kepada sel kulit yang sihat.

lemon

Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan untuk sekurang-kurangnya beberapa bulan.

2.  CUKA EPAL CIDER

Cuka epal cider berfungsi seperti astringen dan dengan itu ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Selain itu, ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria yang membantu melawan jerawat.

lemon2

Caranya, campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka anda dengan menggunakan bola kapas. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.

Alternatif lain adalah, dengan mencampurkan satu bahagian cuka epal cider dengan tiga bahagian tepung jagung. Letakkan pada muka anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum menggosok muka semula. Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam. Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

Cuba cara ini setiap hari atau beberapa kali seminggu sehingga anda mendapat hasil yang memberangsangkan.

3.  TOMATO

Buah tomato sangat kaya dengan sejenis antioksida dipanggil lycopene. Antioksida ini sangat berguna dalam menenangkan sel kulit anda yang telah terdedah kepada sinaran UV sepanjang hari kerana lycopene mampu menyerap jauh kedalam lapisan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit di tahap maksima. Hasilnya, kulit tidak terasa kering, mengelupas, dan menjadi gelap walaupun terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama. Bahkan ianya ‘menyejukkan’ kulit kita.

lemon3

Caranya, ambil sebiji tomato dan buang kulitnya. Hancurkan isi tomato sebelum disapukan ke seluruh wajah dan dibiar sehingga kering.

Alternatif lain adalah, kisar 2-3 biji buah tomato dan jadikannya dalam bentuk kiub ais. Setiap malam sebelum tidur, scrub muka dengan kiub ais tomato. Amalkan sekerap mungkin untuk mendapatkan kulit yang kelihatan mulus dan segar sepanjang masa. InsyaAllah dengan izin Allah, hasilnya tidak mengecewakan!

 

4. KONSISTEN BASUH MUKA (tak lebih dan tak kurang)

Cara hilangkan jeragat yang paling mudah dan simple namun ramai yang ambil ringan ialah dengan menjaga kebersihan. Basuh muka sehari 2 kali dengan pencuci muka. Ini kerana jeragat berpunca dari lebihan minyak dan sel sel kulit mati serta radikal bebas.

5. BAKING SODA

Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel sel kulit mati. Ia juga dapat mengekalkan keseimbangan pH kulit.

lemon4

Caranya campur sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal. Sapu pada kawasan terjejas dan biarkan beberapa minit. Ulangi dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan keputusan.

Nota: Elakkan daripada menggunakan baking soda jika anda mempunyai kulit sensitif.

6. OATMEAL

Oatmeal bukan hanya untuk dimakan sahaja. Ia juga bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

lemon5

Caranya, dua sudu yogurt dicampurkan dengan satu sudu jus lemon,  satu sudu madu, dan empat sudu besar serbuk oat. Kalau ada cuka epal cider, boleh letak satu sudu. Lembapkan kulit anda dan kemudian letakkan pes ini pada muka anda. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.

Alternatif lain adalah, letakkan serbuk pes oatmeal serbuk ini yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit dan kemudian gosok pada muka.

Cuba antara dua cara ini, sekali atau dua kali seminggu secara rutin.

7. KULIT PISANG

Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama lima minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

lemon6

8.UBI KENTANG

Ubi kentang mengandungi sejenis enzim dipanggil catecholase iaitu sejenis enzim yang bagus untuk kulit. Antara kebaikan enzim ini ialah membantu mencerahkan bintik-bintik hitam, melembutkan kulit dan merawat parut di wajah.

lemon7

Caranya, parut sebiji kentang dan perahkan jusnya. Kemudian tambahkan jus lemon yang sama kadar dengan jus kentang tadi, sebatikan.

Sapu pada bahagian yang berjeragat tadi dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan dua kali seminggu.

9. CAMPURAN BERAS + KUNYIT + LIMAU NIPIS + PUTIH TELUR

lemon8

Ambil segenggam beras, rendamkan ke dalam air selama sejam. Toskan beras tadi dan tumbuk bersama sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan putih telur. Kemudian sapukan di seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering dan bilaskan dengan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit. Lakukan setiap hari.

Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

10. TEPUNG + LIMAU NIPIS

Ambil satu sudu susu tepung dan gaulkan dengan perahan limau nipis sehingga menjadi pes. Sapukan ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air suam.

11.HAMPAS KELAPA

Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

12. ELAKKAN PENGGUNAAN ALA MAKE-UP YANG TEBAL

lemon9Selain daripada merawat wajah, anda juga perlu memastikan alat kosmetik yang anda pakai seperti krim, bedak, dan cecair foundation bebas daripada bahan kimia, minyak atau wangian sintetik.

Ini kerana bahan tersebut boleh mengakibatkan pori-pori di wajah anda tersumbat. Pori yang tersumbat tidak dapat menyerap khasiat dari semua bahan-bahan diatas tidak kira berapa kerap anda melakukannya, jadi ianya sia-sia.

Oleh itu pastikan anda tidak memakai alat kosmetik yang tebal dan susah ditanggalkan. Ciri-ciri alat kosmetik yang baik contohnya ia terasa ringan(lightweight) apabila dipakai dan mudah ditanggalkan dengan air.

Baiklah, disini saya kongsikan juga cara terbaik, cepat dan efektif bagi anda yang inginkan hasil seawal 2 minggu penggunaan. Jangan risau, ianya sihat, halal dan diyakini selamat. Nak tau apakah ia? Apalagi kalau bukan produk kesihatan dari rangkaian SHAKLEE. Boleh rujuk SINI.

 

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

 

 

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!