Adakah anda mengidam untuk menikmati coklat ketika anda sedang haid? Oh tidak! Adakah anda mengetahui bahawa memakan sesuatu yang mempunyai kandungan kafien akan lebih memudaratkan kekejangan anda? Saya juga telah menyertakan beberapa FAQ untuk anda! Mari kita lihat sekarang!
Artikel yang ditulis ini didedikasikan untuk semua wanita di seluruh dunia khususnya untuk wanita yang mempunyai masalah kitaran haid. Sebarluaskan maklumat ini kerana selagi anda tidak berkongsi maklumat ini anda tidak akan tahu.
Wanita dan haid memang tidak dapat dipisahkan. Bersyukurlah bagi mereka yang tidak pernah mengalami ketidakselesaan ketika haid. Namun, ramai wanita diluar sana yang menderita senggugut atau nama saintifiknya iaitu dysmenorrhea. Oleh itu, saya mengetahui bahawa bagaimana sakit haid berkenaan boleh mengubah emosi seseorang. Daripada pengetahuan saya, faktor penyebab kepada senggugut berbeza bagi setiap individu.
Pasti ada yang pernah terdengar pepatah popular Cina tentang “makanan adalah sesuatu yang perlu untuk hidup”. Untuk itu, saya bakal berkongsi dengan anda semua tentang jenis-jenis makanan yang seharusnya dielakkan ketika anda sedang haid. Namun, ini bukan bermaksud anda perlu berhenti serta-merta daripada memakan makanan tersebut. Sebaliknya makanan-makanan ini harus diambil mengikut tahap kesihatan seseorang.
Makanan 1: Makanan Yang Mengandungi Asid
Contoh makanan: Daging merah, produk tenusu seperti susu dan keju
Sebab: Makanan jenis ini mengandungi asid arachidonik (Arachidonic acid) yang mempunyai omega 6 lemak tidak tepu (polyunsaturated omega-6 fatty acid 20:4(ω-6)) yang penting untuk tubuh badan dan juga kesihatan otak supaya perkembangan dan pembesarannya dapat berfungsi secara normal. Walaubagaimanapun, ia merangsang penghasilan prostaglandin dan mengakibatkan senggugut serta kekejangan otot di kawasan perut. Prostaglandin merupakan suatu bahan kimia didalam sel yang menyebabkan penguncupan otot. Apabila prostaglandins ini sudah mula menular di dalam saluran darah anda (kebiasaannya sejam atau dua jam selepas anda mengalami haid), anda akan mula merasai kesan sampingan daripadanya.
Makanan 2: Makanan Yang Mempunyai Jumlah Sodium Tinggi
Contoh Makanan: Kerepek Kentang, makanan proses dan bertin seperti daging di dalam tin, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam tin.
Sebab: Makanan jenis ini akan mengakibatkan lebihan pengekalan air (oedema) dan akan menyebabkan kembung angin.
Ia benar sekali, perasan tak kalau tiap kali haid je mesti rasa berangin semacam badan ni, rasa kembung, rasa macam puffy je muka ni. Hal ini demikian kerana kita kerap makan makanan yang mengandungi tahap sodium yang tinggi di dalam permakanan. Mengikut kenyataan dari Persatuan Hati Amerika, lebihan pengambilan sodium akan mengakibatkan badan menghalang keluar cecair didalam badan kemudian menyebabkan kebengkakan pada sesetangah tubuh badan seseorang. Namun ini bukanlah satu-satunya penyebab kepada pengekalan air di dalam tubuh. Bahkan berdiri dalam suatu tempoh yang lama juga boleh menjadi penyebab kepada masalah berkenaan.
Justeru itu, elakkan pengambilan makanan yang mempunyai jumlah Sodium yang tinggi bahkan cuba amalkan meminum air yang secukupnya bagi membuang lebihan sodium di dalam tubuh badan.
Makanan 3: Makanan Yang Mengandungi Kafien
Contoh makanan: Coklat, teh, kopi
Sebab: Kafien mempunyai kandungan bahan yang boleh memberikan kekejangan lebih teruk ketika haid. Selama ini anda pasti sudah menganggap bahawa jenis makanan ini dapat melegakan kekejangan ketika haid, namun kesannya adalah sebaliknya. Hakikatnya, makanan yang mempunyai kafien menjadi penyumbang kepada tekanan, dan simptom yang lebih teruk seperti keresahan, kemurungan dan ketidakselesaan pada sekitar payu dara.
Makanan 4: Makanan Manis
Contoh Makanan: Manisan, donut, kek
Sebab: Kandungan gula di dalam darah akan menjadi tidak stabil berikutan perubahan hormon yang berlaku semasa tempoh haid. Malahan, makanan yang mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi akan memberikan kesan yang cukup pantas kepada tubuh seseorang. Apabila kandungan gula di dalam badan tidak seimbang, ia akan memberikan kesan terhadap mood seseorang.
Maka, memakan makanan yang manis seperti donut atau gula-gula akan mengakibatkan perubahan emosi dan tekanan. Anda akan cepat merasa kecewa, marah, kemurungan atau kesukaran untuk berfikir dengan jelas. Dengan ini, anda sudah tahu mengapa sikap seseorang agak menjengkelkan ketika dalam tempoh haid? Bersabar dan bertabahlah ya.
Dalam erti kata yang lain, jika anda mempunyai masalah pendarahan yang teruk ketika haid berkemungkinan anda akan kehilangan sel darah merah atau hemaglobin. Kekurangan sel darah merah di dalam tubuh akan menyebabkan anda tidak mendapat oksigen secukupnya. Disebabkan perubahan-perubahan inilah kebiasaanya seseorang wanita akan mengalami ketidakseimbangan sistem imuninasi yang akhirnya mengakibatkan keletihan.
Bagaimana Pula Dengan Ais dan Air Berkarbonat Ketika Haid?
Hmmm.. Ada juga sesetengah yang mengatakan tidak digalakkan untuk meminum air kelapa ketika haid. Apa pendapat awak?
Saya masih ingat pesanan ibu saya untuk tidak meminum air kelapa ketika sedang haid. Saya juga turut membuat penyelidikan dan telah menemui satu fakta bahawa terdapat kekurangan bukti yang sahih untuk mengatakan bahawa kita tidak digalakkan meminum air kelapa dan memakan nenas ketika tempoh haid.
Ais krim dan air berkabonat mempunyai kandungan gula yang tinggi sepertimana yang telah diterangkan sebentar tadi…
“Maka, memakan makanan yang manis seperti donut akan mengakibatkan perubahan emosi dan tekanan. Disebabkan perubahan-perubahan inilah kebiasaanya seseorang wanita akan mengalami ketidakseimbangan sistem imuninasi yang akhirnya mengakibatkan keletihan.”
Aha, dengan penerangan panjang lebar berkenaan pastinya anda sudah jelas tentang makanan yang perlu dielakkan ketika dalam tempoh haid.
Rawatan Alternatif Senggugut Dengan Suplemen Shaklee
Bagaimana Set Senggugut Shaklee ini bertindak?
- Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
- Pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut. Hal ini demikian kerana, ianya dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA.
- Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan untuk makan makanan yang manis.
- Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
- Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
- Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
- Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
- Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan
****************************************
Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee yang mana memang terkenal sebagai suplemen makanan tambahan berkualiti tinggi? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.
Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509
wah terima kasih baru tau ni
Sama-sama 🙂