8 Manfaat Kesihatan Asid Lemak Omega 3, Lemak Sihat Yang Baik Untuk Anda

17/11/2018 0 By Nutrisi Guru
8 Manfaat Kesihatan Asid Lemak Omega 3, Lemak Sihat Yang Baik Untuk Anda

Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan.

Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan anda memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat, dan melakukan perkara lain yang anda ingin lakukan. Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa.

Berita baik! Omega-3 terkenal dengan manfaat kesihatan dan kebaikannya untuk sendi yang sihat seperti:

Manfaat Omega 3

1. Menangani keradangan

Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi anda menyebabkan ia menjadi merah, bengkak dan sakit. Omega-3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan:

  • Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan serta mengakibatkan kesakitan pada
  • Mengurangkan pengeluaran tanda- tanda keradangan yang menyebabkan keradangan.

2. Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi.

Omega-3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi anda, bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.

3. Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit

Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega-3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.

4. Bertindak sebagai pelincir sendi

Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda. Omega-3 juga:

  • Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan
  • Membolehkan pergerakan sendi yang
  • Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.

5. Kesihatan Jantung

Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:

  • Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah.
  • Meningkatkan pengaliran darah.
  • Mengekalkan degupan jantung yang sihat.

6. Fungsi Otak

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:

  • Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara
  • Kesan positif kepada perasaan4, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan

Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyanyuk.

7. Kesihatan Sendi

EPA & DHA befungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:

  • Mengekalkan ketumpatan mineral
  • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
  • Mengurangkan keradangan – menyekat keradangan dan kemusnahan sendi – yang kerap berlaku dalam artritis.
  • Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi- sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.

8. Kehamilan

Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu. Selepas bayi dilahirkan, Omega-3 menyokong:

  • Perkembangan otak dan fungsi
  • Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin.
  • Perkembangan otak, mata dan sistem saraf
  • DHA adalah komponen utama retina – penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi 10
  • DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak.
  • Boleh mengurangkan risiko alahan pada
  • Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang sihat.

Jika anda inginkan pergerakan yang selesa dan lancar, pertimbangkan pengambilan asid lemak Omega-3 sebagai sebahagian daripada diet harian anda. Kat mana nak dapat Omega 3?

Salah satunya anda boleh mendapatkan Omega 3 dalam suplemen harian seperti Omega Guard Shaklee.

Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan supplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Manfaat Omega Guard Shaklee

  1. Penyulingan Molekul Tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. Proses proprietari ini, memekatkan  omega3, dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar.
  2. Kualiti terjamin- Minyak ikan bergred Farmaseutikal.
  3. Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi – satu sajian memberikan 999 mg asid lemak omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA.
  4. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA & banyak lagi
  5. Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.
  6. Diiktiraf oleh Friend of the Sea®. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

*******************

I’m an authorized Shaklee Independent Distributor. If you are interested in getting Shaklee products, it’s easy, just one click, you can immediately purchase the products.

Click Here to Purchase

Are you interested in becoming a Shaklee agent around your area and working together successfully in this business? Click the link below for registration

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509