9 Tips Mudah Bersahur Untuk Terus Kenyang Dan Bertenaga Sampai Berbuka

Harini bersempena dengan 1 Ramadhan ni, saya nak share dengan korang mengenai resepi ppaling mudah, ringkas dan senang semasa bersahur.

Apabila masuknya bulan Ramadan, semestinya kita akan melalui dua waktu yang sangat sinonim iaitu  waktu bersahur dan waktu berbuka.

Nafsu makan tudia membuak-buak nak cuba macam-macam  jenis hidangan sewaktu berbuka.Tapi bagaimana pula untuk sahur?

Harus diingatkan, sahur itu bukan saja penting, malah di dalam bersahur tu ada keberkatannya. Pemilihan makanan dan cara anda bersahur inilah akan menentukan tahap kecergasan anda sepanjang hari.

Jadi, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda 9 tips bersahur yang boleh dipraktikkan sepanjang bulan Ramadan untuk anda kekal bertenaga!

1. Hasilkan jem daripada buah-buahan lembut
Image from www.nuansapagi.com
Image via www.nuansapagi.com

Gunakan buah-buahan yang lembut dan tidak berbiji seperti pisang dan beri-beri untuk dijadikan jem instant. Bukan saja cepat, malah buah-buahan segar ini pastinya memberikan anda nutrisi yang cukup sepanjang hari. Sapukan di atas roti dan taburkan gula untuk menambah rasa. Oh ya, anda juga boleh gunakan kurma yang tidak berbiji untuk menghasilkan jem ini.

Info tambahan: Gunakan pisang raja atau pisang berangan kerana teksturnya lebih lembut dan mudah dilumatkan. Kita waktu sahur nak kejar masa kan?

2. Sediakan telur rebus sekali banyak

Image from mashable.com
Image via mashable.com

Didihkan air dengan garam dan baking soda di dalam satu periuk. Masukkan telur ke dalam periuk selama 96 saat. Padamkan api dan tutup periuk tersebut selama 8 minit.

Bakar dalam ketuhar pada 325-350 darjah selama 30 minit. (Suhu bergantung kepada ketuhar anda). Gunakan talam muffin mini supaya mereka tidak bergoyang. Setelah selesai keluarkan, kupas kulitnya dan simpan di dalam peti ais. Bersedia untuk makan sahur nanti!

Info tambahan: Sediakan telur rebus ini malam sebelum anda tidur.

3. Simpan oat semalaman di dalam peti sejuk

Image from fitfoodiefinds.com
Image via fitfoodiefinds.com

Seperti kita tahu, oat memang baik untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan malah ia juga memang mengenyangkan. Jadi apa yang anda hanya perlu lakukan ialah bekukan oat semalaman sebelum anda menjamahnya sewaktu bersahur.

Campurkan oat bersama kacang, kismis dan juga kurma di dalam satu bekas. Kemudian tuangkan susu segar sehingga menutupi lapisan oat dan simpankan di dalam peti ais. Nak lagi sedap, tambah lagi satu lapisan serbuk chocomalt MILO®! Bangun sahur nanti, buka peti dan terus makan. Sangat sedap!

Info tambahan: Old fashioned oats atau instant oats lebih sesuai digunakan. Nak lebih mudah, minum MILO® NUTRI G™ yang mengandungi empat gabungan unik bijian penuh; barli, oat, beras perang dan gandum yang membekalkan sumber protein, vitamin dan mineral.

4. Panaskan semula lauk waktu berbuka dengan tambahan ingredients seperti sayur atau telur​

Image from www.indonesia-tourism.com
Image via www.indonesia-tourism.com

Seringkali kita mendengar, beli makanan banyak-banyak waktu berbuka, sudahnya tidak habis. Apa kata anda simpan lebihan makanan sewaktu berbuka tersebut dengan memanaskannya semula waktu bersahur. Untuk mengekalkan ia dalam keadaan fresh dan masih enak dimakan, tambahkan sedikit sayur-sayuran yang sihat. Ini akan mempercepatkan lagi persiapan juadah sahur anda.

Info tambahan: Cuba kurangkan makanan yang berminyak sewaktu sahur.

5. Praktikkan mengambil brown rice

Image from authoritynutrition.com
Image via authoritynutrition.com

Kita sedia maklum, brown rice atau juga dikenali sebagai beras perang mempunyai banyak manfaat. Antaranya adalah mengurangkan kolestrol dan juga amat baik bagi tulang. Ia kaya dengan magnesium dan mineral yang boleh menguatkan tulang dang mengurangkan inflamasi pada sendi. Bulan puasa ini juga sangat sesuai jika anda mahu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Jadi apa kata kerapkan mengambil brown rice pada waktu sahur tahun ini. Di samping kekal sihat, anda juga mungkin dapat badan baru menjelang raya nanti.

Info tambahan: Brown rice juga merupakan sumber karbohidrat kompleks yang membekalkan sumber tenaga dengan lebih perlahan dan lebih mengenyangkan. Selain itu, ia juga baik untuk rambut, kulit dan gigi. Ia juga terkandung di dalam MILO® NUTRI G™.

6. Tidur awal dan jangan tidur selepas solat subuh

Image from giphy.com
Image via giphy.com

Disarankan supaya anda tidak tidur selepas bersahur dan solat subuh. Ini kerana makanan yang anda ambil akan diproses menjadi tenaga dan ia hanya akan dibazirkan sewaktu anda tidur. Jadi, sementara menunggu untuk ke tempat kerja and boleh beribadah seperti berzikir dan mengaji Al-quran terlebih dahulu.

Info tambahan: Pastikan anda tidur secukupnya paling kurang 6 jam untuk sentiasa cergas dan bertenaga di siang hari.

7. Lewat-lewatkan waktu bersahur dan jangan terburu-buru

Image from giphy.com
Image via giphy.com

Mengunyah makanan terlalu cepat akan membuat kadar gula dalam darah terganggu, kesannya dalam masa beberapa jam saja setelah sahur perut anda akan mula merasa lapar kembali. Tubuh akan bekerja lebih keras untuk menyerap nutrisi makanan pada saat kita makan terlalu cepat. Akibatnya, proses penyerapan nutrisi oleh tubuh kurang sempurna sehingga anda pun akan cepat merasa penat.

Info tambahan: Sentiasa ambil makanan dalam kuantiti biasa tetapi mengenyangkan.

8. Elakkan garam dan minum air berlebihan

Image from wikispaces.com
Image via wikispaces.com

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Minum terlalu banyak air pun kurang bagus dan akan menghasilkan tindak balas yang sama. Paling baik, ambillah 2-3 gelas sahaja.

Info tambahan: Kalau nak minum air manis, pastikan jumlah pengambilan adalah kurang daripada air kosong. Contoh: 1 gelas air manis, 2 gelas air kosong.

Sekarang anda dah pun tahu 8 tips mudah bersahur. Tapi ada 1 lagi extra tips. Apa kata anda mulakan Sahur anda dengan campuran Energizing Soy Protein (ESP) + Mealshakes + Performance Drink sepanjang Ramadan ini untuk rasa kenyang, kekal aktif dan tenaga yang berterusan untuk melangkah lebih jauh.

Nak tahu apa kelebihannya?

  • Energizing Soy Protein (ESP)
    Sumber protein soya yang tidak diubah genetiknya, membekalkan tenaga dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama kerana mempunyai Indeks Glisemik rendah. Berperisa vanilla.
  • Performance Drink
    Minuman isotonik tidak bergas, terbukti secara klinikal menghidrat lebih baik daripada air. Mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka. Membuatkan anda tidak mudah dahaga. Berperisa oren.
  • Meal Shakes
    Sumber multivitamin terbaik. Apabila berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. Berperisa French Vanilla.


Sebotol hidangan campuran Energizing Soy Protein (ESP) + Mealshakes + Performance Drink  didatangkan khas dengan gabungan serat sihat seperti soy protein, yang pastinya dapat membekalkan tenaga sepanjang berpuasa.

Lagi best dan lagi sedap kalau diminum sejuk!

Jika anda inginkan kesan yang terbaik, sudah tentu saya menggalakkan anda mengambil Set Optimum Berpuasa Shaklee. Antara kebaikan Set Bepuasa Shaklee adalah:

  • Menjaga kestabilan gula dan air dalam badan walau berpuasa dan aktif seharian.
  • Membekalkan tenaga extra serta memberi kesegaran pada tubuh.
  • Menjaga kesihatan kulit dan tubuh.
  • Membantu mengekalkan kandungan air dalam badan.
  • Mengurangkan rasa dahaga dan lapar ketika berpuasa.
  • Makanan tambahan yang sangat sesuai untuk pesakit diabetis dan darah tinggi kerana kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu hanya 39.
  • Memberi imunisasi yang lengkap untuk kesihatan tubuh badan.
  • Membantu pesakit gastrik untuk berpuasa dengan sihat tanpa rasa pedih ulu hati dan perut.

Saya sangat mencadangkan vitamin-vitamin Shaklee berikut sebagai peneman anda ketika bersahur dan berbuka di bulan puasa. Bukan apa, ianya dapat membantu kita kekal bertenaga walaupun berpuasa. Terutamanya untuk membantu ibu-ibu hamil dan menyusukan anak untuk menjalankan ibadah puasa dengan baik, tanpa melemahkan diri sendiri dan bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!