Amaran : Mungkinkah Ulser Lidah (Tongue Ulcer) Simptom Awal Kanser Dan Bagaimana Cara Rawatannya?

16/12/2018 0 By Nutrisi Guru
Amaran : Mungkinkah Ulser Lidah (Tongue Ulcer) Simptom Awal Kanser Dan Bagaimana Cara Rawatannya?
Ulser lidah adalah sejenis luka terbuka pada permukaan lidah yang terjadi apabila berlaku sebarang kecederaan pada permukaan lidah tersebut.
Kebiasaannya, punca berlakunya ulser lidah ialah adalah disebabkan amalan kurang minum air. Hal ini demikian kerana apabila kita kurang minum air yang mencukupi maka badan akan mengalami masalah kekeringan  terutama pada bahagian mulut serta lama kelamaan ia akan berkembang menjadi ulser bukan sahaja di dinding dalam mulut malah pada permukaan lidah juga.
Selain itu, masalah ulser lidah ini juga mungkin berpunca daripada tabiat selalu makan makanan pedas. Kenapa? Kerana makanan pedas bersifat asidik dan apabila terkena pada ulser akan menyebabkan ulser tersebut menjadi makin teruk. Di samping itu, rawatan yang boleh dilakukan di rumah ialah dengan berkumur dengan air garam untuk memastikan ulser tersebut bebas dari bakteria serta sentiasa menjaga kebersihan mulut.

Punca Ulser Lidah?

Ulser lidah merupakan sejenis luka terbuka pada permukaan lidah yang terjadi apabila berlaku sebarang kecederaan pada permukaan lidah tersebut. Ulser boleh timbul dipelbagai tempat pada anggota badan kita. Ianya dikategorikan sama ada sebagai ulser dalaman atau ulser luaran. Namun demikian ulser pada permukaan lidah serta mulut merupakan salah satu ulser yang umum dan tidak berbahaya.
  1. Faktor utama terjadinyanya ulser lidah ialah kecederaan pada permukaan lidah. Hal ini boleh berlaku apabila melakukan kegiatan seperti menggosok gigi atau tergigit lidah dengan kuat. Berikutan perkara ini, ianya akan menyebabkan permukaan lidah kita luka sekaligus mendatangkan ulser. Kecederaan lidah akan menyebabkan permukaan lidah kita terkupas atau tergores sedikit yang memudahkan bakteria menjangkiti luka tersebut lalu membentuk ulser.
  2. Selain itu, punca lain berlakunya ulser lidah ialah pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa. Hal ini kerana pembiakan kulat ini [terdapat di permukaan lidah akan menimbulkan sejenis keputihan yang pekat]. Masalah ini apabila berlarutan akan berkembang menjadi ulser lidah. Perkara ini juga akan menyebabkan seseorang individu tersebut hilang deria rasa mereka.
  3. Di samping itu, sesetengah ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah individu dan ianya boleh menyumbang kepada pembentukan ulser lidah. Hal ini kerana bahan kimia seperti ‘sodium lauryl sulfate’ yang jika digunakan secara berleluasa boleh membuatkan kulit dalaman mulut dan juga lidah menggelupas. Justeru itu, penggelupasan tersebut boleh mendatangkan masalah ulser lidah atau ulser mulut yang sakit.
  4. Terdapat juga kajian yang menyatakan ulser lidah berpunca daripada masalah dehidrasi. Hal ini demikian kerana apabila seseorang itu kekurangan sejumlah air dalam badan serta mulut mereka, ianya akan menyebabkan berlakunya kekeringaan dikawasan mulut. Jika berleluasa, masalah ini boleh menyebabkan terjadinya ulser lidah dengan lebih mudah kerana mulut terlalu kering. Berikutan itu, ulser menjadi sukar untuk sembuh.
  5. Seterusnya, masalah ulser lidah juga boleh berpunca daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem imun. Hal ini demikian kerana penyakit sistem imun ini akan menyebabkan sel dalam badan menyerang tisu-tisu dalam mulut serta permukaan lidah. Justeru itu, ini akan menyebabkan berlakunya keradangan dan apabila berlarutan mendatangkan ulser bukan sahaja di mulut malah pada lidah juga.
  6. Tambahan pula, terdapat ulser lidah yang boleh diundang melalui hubungan seks secara oral. Hal ini terjadi kerana penyakit kelamin tersebut boleh merebak dan menyerang sel pada permukaan lidah justeru mendatangkan ulser pada permukaan lidah. Ulser yang datang melalui kaedah ini selalunya merupakan ulser yang tidak sakit. Ini juga akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh kerana penyakit kelamin tersebut harus dirawat terlebih dahulu.
  7. Selain daripada itu, salah satu lagi punca yang ramai tidak maklum adalah kanser lidah. Berikutan ini, individu terbabit akan mempunyai ulser pada lidah mereka namun ulser ini tidak seperti yang lain kerana ianya tidak mendatangkan kesakitan serta saiz ulser tersebut akan bertambah besar dalam masa yang singkat.

Simptom Ulser Lidah

Antara simptom-simptom awal ulser lidah adalah seperti:
  • Ulser akan kelihatan bulat atau bujur, permukaan tengah berwarna putih atau kuning serta perimeter berwarna merah
  • Sebelum ulser datang, kita akan rasa pedih pada tempat tersebut
  • Sakit
  • Kemungkinan akan meninggalkan bekas setelah hilang
  • Mengambil masa sekurang-kurangnya 3 minggu untuk hilang dan bergantung juga pada saiz ulser

 

Rawatan Ulser Lidah

Ulser lidah ini sememangnya merupakan sebuah perkara yang sangat menjengkelkan kerana ia menyukarkan kita untuk menelan makanan. Hal ini kerana ulser lidah amat sakit dan menganggu proses pengunyahan makanan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mempunyai masalah ulser lidah ini, mereka selalunya akan berusaha untuk mendapatkan rawatan dan hilangkan ulser tersebut dengan cepat.
Rawatan yang boleh diberikan untuk masalah ulser lidah terbahagi kepada rawatan menggunakan bahan semula jadi ataupun rawatan dengan menggunakan ubat-ubatan. Rawatan semula jadi yang boleh diberikan untuk ulser lidah ialah seperti:
  • Kumur mulut dengan menggunakan air garam untuk memastikan ulser tesebut sentiasa bebas dari jangkitan bakteria
  • Gunakan pencuci mulut yang mengandungi steroid kerana ianya dapat membantu meredakan keradangan
  • Pastikan air diminum dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan
  • Baking soda boleh dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan ubat sapuan pada ulser lidah tersebut.
  • Ais batu juga boleh dituamkan dibahagian ulser tersebut untuk melegakan rasa sakit
Selain itu, rawatan dari segi  ubat-ubatan yang direkomen oleh pihak doktor untuk merawat ulser lidah adalah:
  1. Oral aid
  2. Bonjela
Sekiranya ulser tersebut berpunca daripada penyakit kelamin maka ianya memerlukan rawatan yang lebih serius dan ianya perlu dirujuk dengan doktor.

Rawatan Alternatif  Ulser Lidah (Tongue Ulcer) dengan Suplemen Shaklee

Testimoni Rawatan Alternatif  Ulser Lidah (Tongue Ulcer) dengan Suplemen Shaklee

Saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi Shaklee Effect setelah mengamalkan supplemen Shaklee.
.
Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.
.
Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.
.
Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam. Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.
.
Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.
Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.
.
Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.
.
Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah… sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.
.
Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.
.
Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B-Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.
.
Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.
.
Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.
Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Kesimpulannya, ulser lidah merupakan sebuah isu yang remeh sahaja dan boleh diubati dengan segera. Ianya memerlukan sedikit perhatian daripada individu yang terbabit supaya dapat dicegah dengan lebih mudah dan cepat. Jadi, jom cegah sebelum melarat.

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee yang mana memang terkenal sebagai suplemen makanan tambahan berkualiti tinggi? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509