Assalamualaikum
Entry hari ini adalah mengenai diri anda, diri saya, diri kita semua. Sesungguhnya setiap dari kita diberi kelebihan masing-masing yang kalau bijak digunakan, nescaya beruntunglah kita. Ok, mari kita baca selanjutnya mengenai kisah teladan antara Burung dan Si Pemancing Ikan.
Once upon a time.. it was a long time ago..
kisah suatu masa dahulu, semasa burung boleh bercakap… (ate pesan awai2, ini kisah dongeng je.. )
****************************************
Ada seekor burung, tinggal dalam sarang tinggi nun jauh di atas pokok..
Pada suatu hari, burung tersebut bangun awal pagi bersiap untuk terbang mencari makanan bagi mengalas perut…Terbanglah ia merata, ke sana ke mari demi mencari cacing tapi tak juga jumpa..
Kemudian, dari atas jauh, ia ternampak, ada seseorang sedang memancing di tepi anak sungai…. Jadi si burung pipit ini pun, terbang turun, lalu berhenti hinggap ditepi batu hampir dengan si pemancing tadi..
Si burung pipit kemudian bermonolog,
“owhhh patutlah aku cari cacing tak jumpa, rupanya cacing ni ada dalam bekas ni.”. (sebekas cacing umpan,)..
si burung tadi pun memberanikan diri, mendekati si pemancing tadi.
Burung tersebut bertanya,
” Tuan, tuan, banyaknya cacing, boleh tak beri pada saya seekor??’
si pemancing tadi :
“boleh, tapi kena trade in… boleh beri bulu pelepah??” jawab si pemancing.
si burung pipit
“boleh, apa ada hal” lalu burung tadi cabut bulu pelepahnya…
jadi dapatlah ia cacing seekor…lalu ia pun makan dan kenyang, terus terbang pulang…
Namun, peristiwa ini tidak berhenti di sini. Keesokan harinya perkara yang sama juga berlaku.. si burung masih trade in bulu pelepahnya demi cacing… perkara yang sama berulang, hingga beberapa hari, sehinggalah si burung-burung lain singgah di sarang burung pipit tadi, bertanyakan khabar..
“hai pipit, lama tak nampak, kau tak keluar cari makan ke??
si pipit menjawab,
“kau orang pergi lah… aku keluar nanti…aku dah kenyang..” jawab si burung sambil berfikir untuk trade in lagi keesokan harinya.
Esoknya.. hujan turun dengan lebatnya.. si pipit tadi merasa sangat lapar.. Oleh kerana ia dah menghafal laluan ke tempat si pemancing tadi, jadi ia pun terbanglah keluar dari sarang.. sepenuh perasaan dia kepakkan sayap.. tapi akhirnya tak juga naik ke atas..
Masa itu baru si burung pipit ini sedar, yang bulu pelepahnya dah tak cukup untuk buat ia terbang…. akhirnya kerana kesejukan dan kelaparan, si pipit ini mati dalam sarangnya….
************************************
Moral of the story,
Sebenarnya, kita punya kekuatan fizikal, akal fikiran..
Si pipit tadi, dia tak gunakan kekuatan sayapnya untuk terbang mencari selain daripada cacing, walhal dalam dunia ni rezeki banyak, merata-rata… gandum, jagung,,, kenapa cari cacing sahaja… belalang pun banyak…
Samalah macam kita, kalau satu cara tak boleh, gunakan cara lain pula…Kalau satu pintu tertutup, gunakan pintu lain.
Usaha, gunakan semua peluang yang ada..yang pastinya tiada jalan mudah..
Semua orang dianugerahkan Allah dengan kelebihan & keistimewaan tersendiri.
Oleh itu cuba gunakan ia sebaik mungkin.. korek dalam diri, cari apa kelebihan anda??
Semua orang punya peluang dan ruang yang sama…tonjolkan kekuatan anda..
Jadikan kisah ini sebagai iktibar, jangan jadi seperti pipit, akhirnya mati merana..
Pandang masa hadapan, bayangkan sesuatu yang lebih dari biasa 10 tahun lagi… Anda pasti boleh! Be Extraordinary..
Focus on your “I CAN DO IT!” attitude today. Believing is the first step towards achieving your goals!!
A little progress each day adds up to BIG RESULTS!!
Anda sangat Istimewa! Hargailah diri Sendiri, Percaya pada Kelebihan diri!
PERCAYA SEBELUM BERJAYA!!!
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509