Bagaimana Menghilangkan Rasa Mengantuk? Cuba 6 Cara Ini!

Ditegur kerana sering mengantuk dan menguap di mana sahaja. Anda Sering Mengantuk? Buntu Dengan Diri Sendiri Kerana Banyak Tidur?

NAGNTUK1

Korang pernah alami situasi mengantuk yang amat sangat. Nak buka mata pun dah tak larat. Rasa nak lelap, 10 minit pun jadilah. Ataupun, korang ada kawan yang macam ini? Jujur saya katakan perasaan mengantuk ni, orang tua-tua cakap kalau mengantuk ubatnya hanya tidur. Memang betul. Semua kerja kena stop kejap, kalau tak semuanya tak effisyen. Kerja tak berkualiti.

Tapi di pejabat takkan nak tidur pulak kan? Kalau buat perangai asyik tidur di pejabat, hujung tahun orang lain melompat tengok bonus berbulan bulan. Kita? Menangis hujung katil mengenang nasib diri.

NAGNTUK2Bagi seorang pelajar pula, nak study pun tak masuk. Kalau study jugak, bukan kita yang study, buku yang study kita. Kalau tengok TV, bukan kita yang tengok, TV yang tengok kita balik. Eheh.Nak masak pun tak de mood. Nak buat apa pun tak nak. Nak katil je. Hehe. Tapi kalau rasa mengantuk ni datang jarang-jarang takpe, ni dah jadi satu masalah pula bilamana kita selalu mengantuk tak bertempat.  Tambah lagi tengah driving, bahaya maut tu kita tak tau. Risau kan? Jangan risau, anda bukan keseorangan. Malah ramai yang mengalami masalah sering mengantuk tak kira tempat ni. Tapi sebaiknya jangan diambil mudah masalah ini. Walaupun nampak tak serius sebenarnya anda dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah perkara ini.

Suka atau tidak kita kena cari cara bagaimana nak mengatasi mengantuk yang tak tertahan tahan. Tak kisah la samaada di pejabat atau rumah atau library hatta dalam kereta sekalipun. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti ini, anda mungkin berminat dengan petua petua yang disenaraikan di bawah. Mana tahu boleh membantu.

1. MINUM AIR KOSONG

NAGNTUK3

Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan tahap kosentrasi menurun sehingga menyebabkan penglihatan menjadi kabur serta dehidrasi. Masalah dehidrasi itulah yang menjadi salah satu faktor penyebab munculnya rasa mengantuk dan penat badan. Punca badan tak bermaya biasanya berlaku bila badan kita tidak cukup air. 

Jadi sediakan botol air di pejabat dan sentiasa minum. Waktu pejabat dari jam 8 pagi hingga 5 petang boleh habiskan sekurang kurangnya 2 liter air. Air masak mengandungi banyak oksigen, sehingga pengambilan oksigen yang diperlukan oleh tubuh, terutama otak dapat dipenuhi dan pastinya kosentrasi atau fokus anda akan kembali terisi. Amalkan setiap hari dan rasakan perbezaannya.

2.  BASUH MUKA

NAGNTUK4

Teknik ini memang tidak menjadi masalah kepada kaum lelaki. Tapi bagi kaum wanita, ia pasti tidak akan dipraktikkan tambah tambah lagi dengan mekap tebal dan berbulu mata palsu. Nanti comot pula kan? Ok, bagi kaum wanita boleh skip tips ni, cuba tips atau petua yang lain.

3. SENAMAN RINGAN (STRETCHING)

NAGNTUK7

Mengantuk boleh menjadi petanda bahawa metabolisme anda menurun. Duduk dalam tempoh yang lama akan membuatkan pengaliran darah menjadi kurang lancar sehingga menyebabkan pengaliran darah ke otak juga menurun. Disebabkan itu nutrisi untuk otak seperti oksigen dan nutrisi daripada makanan juga turut menurun membuatkan kita jadi mengantuk. 

Apabila rasa mengantuk, cuba lakukan senaman ringan di kiub tempat kerja anda. Lakukan regangan ringan serta mungkin boleh teruskan kerja dengan cara berdiri dan membuat sedikit gerakan. Jangan pedulikan pandangan rakan sekerja yang lain, janji boleh menghilangkan rasa mengantuk kita.

4. TARIK DAN HEMBUS NAFAS

Untuk tarik dan hembus nafas, ada teknik yang tertentu. Normal kita akan tarik dan hembuskan nafas dengan laju. Namun kali ini tekniknya sedikit berbeza. Tarik nafas dalam dalam dan tahan nafas serta hembus perlahan lahan. Kira dalam hati hembusan yang dilakukan sehingga mencapai 21 saat. Anda pasti akan rasa perbezaannya. Cubalah.

5. TIDUR AWAL

Waktu tidur yang paling sesuai setiap malam adalah antara jam 10 malam hingga 2 pagi. Menurut kajian, 4 jam waktu tidur adalah waktu tidur yang paling lena atau dalam Bahasa Inggeris disebut “deep sleep”. Sebolehnya kita uruskan masa seharian supaya tiada sebarang aktiviti dilakukan bermula jam 10 malam.

NAGNTUK5Selesaikan segala urusan sebelum jam 10 dan masuk tidur awal. Bila bangun nanti badan pasti lebih segar dan tidak lesu. Disiplin kan seluruh ahli keluarga supaya mengikut waktu tidur ini setiap hari. Lagipun, kalau tidur awal memudahkan kita untuk bangun solat malam.

6. LIHAT OBJEK YANG BERWARNA HIJAU

Bonus untuk mereka yang pejabatnya di sebelah padang golf dan mempunyai dinding lutsinar. Memang sejuk mata apabila memandang kawasan hijau. Kalau boleh keluar dari ruang kawasan pejabat, mungkin boleh keluar dan melihat lihat pohon pohon hijau. Kalau tiada semua itu, cari apa apa yang berwarna hijau dan tenung. Warna hijau memang menyejukkan mata.

NAGNTUK6Kerap mengantuk sebenarnya memberi gambaran yang negatif kepada orang di sekeliling kita. Bukan apa, setiap hari asyik mengantuk memang akan menggambarkan kita seperti ada masalah kesihatan. Kita jadi tak aktif dan lemau. Badan juga sentiasa rasa lesu. Kerja dan juga pasti terganggu. Kita pun mesti tak tertanggung nak melayan mengantuk sepanjang masa setiap hari di pejabat kan?

Jadi, seelok eloknya kita perlu mencari ikhtiar untuk mengatasi masalah ini dengan segera. Antara produk yang boleh membantu mengatasi masalah mengantuk adalah B Complex, CoQ Health Plus, Vitalea,  dan Cinch Tea Mix. Ini dia 4 suplemen yang utama.

1. B Complex – Mengandungi  jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Menguatkan jantung, paru-paru dan beberapa organ yang lain. Menukarkan makanan kepada tenaga. Boleh ambil 2 biji sehari untuk badan rasa cergas. B Complex pun bagus untuk mengurangkan stress.
2. CoQ Health Plus – Menggalakkan penghasilan tenaga untuk jantung. Melindungi arteri yang kekal sihat terhadap pengoksidaan kolesterol LDL. Meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras CoQ10 sihat dalam darah. CoQ10 dalam tubuh adalah seperti tenaga yang diberikan kepada sel tubuh badan.
3. Vitalea Iron Formula – Multivitamin ni bagus, buat anda rasa segar dan kurang mengantuk. biasalah, badan nak sihat, jadi kenalah khasiat cukup, dan inilah kerja vitalea, bagi cukupkan apa yang perlu. 
4. Cinch Energy Tea Mix – untuk bagi badan cergas memang terbukti. Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph! Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. Nak minum panas, boleh, nak minum sejuk pun boleh!

Kena beli kesemua ke? Sebenarnya tak perlu pun beli semua. Bergantung kepada individu. Ada yang cukup dengan mengamalkan pengambilan Vitalea sahaja. Ada juga sesetengah orang yang letih dan mengantuk berpanjangan, golongan ini disarankan untuk mengambil Vitalea bersama B complex. Dan ada juga yang lesu, tak bermaya, kulit kusam, boleh ambil sekali CoQ Health ini sebab ia membantu memberi tenaga direct kepada sel-sel dalam badan. Ada juga yang selesa dengan minuman teh, so boleh consume Cinch Energy Tea Mix.

Minuman ESP secara peribadi adalah pilihan saya. Dan Alhamdulillah setakat ini tidak mengecewakan. Mengantuk hilang. Tenaga berlebihan. Dapat bantu kawal selera makan. Wah. Banyaknya bonus. Best sangat kan? Rugi kalau tak cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!