Penyakit slip disc merupakan sejenis penyakit dimana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asalnya dan menyebabkan rasa sakit. Biasanya, pesakit akan merasa sakit belakang apabila mengangkat bahan berat serta ketidakupayaan berjalan jarak dekat kerana timbul sakit pada bahagian belakang. Selain itu, pesakit juga sering mempunyai masalah kebas yang merebak sehingga ke jari kaki. Ini kesemuanya sememangnya berkait rapat dengan penyakit slip disc.
Seterusnya, faktor umur juga harus diambil perhatian kerana semakin tua seseorang individu itu, maka dengan cepat ia akan membawa kepada masalah tulang belakang haus dan menyebabkan disc tersebut terkeluar. Oleh itu, sekiranya ada mengesan beberapa simptom seperti diatas, anda dinasihatkan agar segera berjumpa dengan doktor serta merta untuk mendapatkan rawatan selanjutnya bagi merawat masalah tersebut.
Apa itu Penyakit Slip Disc?
Tulang belakang kita merangkumi beberapa jenis tulang yang bernama ‘cervical’ sebanyak 7 tulang, ‘thoracic’ sebanyak 12 tulang, ‘lumbar’ sebanyak 5 tulang, ‘sacrum’ sebanyak 5 tulang dan ‘coccyx’ sebanyak 4 tulang. Kesemua tulang ini dilindungi oleh sejenis disc yang akan membantu melindungi tulang tersebut dari segala kecederaan.
Setiap disc mempunyai dua bahagian iaitu bahagian lembut yang bergelatin pada bahagian dalam dan bahagian luar yang bersifat keras. Kebiasaannya, kecederaan akan menyebabkan bahagian dalam disk tersebut menonjol sehingga ke bahagian luar. Inilah yang dipanggil sebagai penyakit slip disc. Ini akan mengakibatkan sakit dan perasaan kurang selesa. Kadang kala ia juga boleh menghimpit saraf yang berhampiran sehingga terasa kebas.
Punca-Punca Terjadinya Slip Disc
Penyakit slip disc merupakan sejenis penyakit yang mungkin berbahaya jika berada ditahap yang serius. Hal ini harus diawasi dan kita haruslah berjaga-jaga dengan punca yang mencetuskan keadaan seperti ini. Terdapat beberapa penyebab yang membawa kepada berlakunya kejadian seperti ini.
Antaranya ialah seperti:
- Umur. Hal ini kerana penyakit slip disc ini selalunya berlaku apabila usia berlanjutan kerana bahagian luaran yang melindungi disc akan menjadi haus lebih cepat dan mengakibatkan disc lebih mudah bergerak dari tempat asalnya.
- Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba. Hal ini kerana sesetengah pergerakan yang dilakukan secara tiba-tiba terutamanya pada usia yang tua akan membawa kepada masalah slip disc ini.
- Mengangkat objek yang berat. Hal ini juga turut menyumbang kepada berlakunya penyakit slip disc ini. Dengan mengangkat objek berat ianya memberi tekanan yang tinggi kepada tulang belakang kita. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan disc bergerak keluar dari tempat asalnya sehingga mendatangkan sakit serta boleh menjadi penyebab penyakit slip disc.
- Berat badan yang melampau. Hal ini kerana apabila seseorang itu mempunyai berat badan yang melampau atau obesiti ianya boleh membawa kepada masalah slip disc kerana tulang belakang mereka tidak dapat menampung berat badan mereka yang melampau sekali gus menyebabkan golongan ini terdedah kepada penyakit slip disc.
- Otot yang lemah. Sesetengah individu yang tidak melakukan sebarang pergerakan atau senaman untuk menguatkan otot mereka boleh terjebak ke dalam masalah slip disc ini. Ini kerana otot mereka lemah dan tidak dapat membantu menyokong tulang belakang mereka dengan kukuh.
- Kehidupan yang sedenteri. Ini selalunya merujuk kepada golongan yang berkerja di pejabat kerana pergerakan mereka terbatas. Hal ini kerana aktiviti duduk dikerusi dalam jangka waktu yang lama, ianya dapat memberi tekanan yang tinggi kepada tulang belakang bahagian bawah. Ini secara tidak langsung boleh membawa kepada masalah slip disc ini.
Simptom – Simptom Penyakit Slip Disc
Bagi mereka yang masih ragu-ragu tentang penyakit ini, terdapat beberapa gejala yang penting yang harus dikenalpasti oleh setiap individu untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai penyakit slip disc ini atau tidak. Antara gejala yang berikutan ialah seperti:
- Sakit dan kebas selalunya pada sebelah badan sahaja
- Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
- Sakit yang bertambah teruk pada waktu malam
- Sakit yang bertambah teruk dengan sesetengah pergerakan
- Sakit apabila berdiri atau duduk
- Sakit apabila berjalan jarak yang pendek
- Lemah otot secara tiba-tiba
- Kepedihan pada bahagian yang terbabit
Kesemua gejala ini kemungkinan akan berubah dari seorang ke seorang. Oleh itu, ianya lebih baik untuk merujuk kepada doktor yang berpengetahuan / Chiropractor
Rawatan Kepada Penyakit Slip Disc
Rawatan bagi penyakit slip disc ini berubah dari kaedah konservatif ke kaedah surgikal. Kaedah konservatif ialah dengan mengambil beberapa ubat untuk membantu mengatasi masalah yang dialami. Antara ubat yang boleh diberikan ialah seperti:
- Ubat tahan sakit. Ini boleh membantu pesakit untuk meredakan sakit yang mereka alami.
- ‘Muscle relaxants’. Ini akan dapat membantu melegakan kekejangan otot yang berlaku.
- Ubat saraf. Ini untuk melegakan sakit saraf yang terlampau teruk.
Selain pilihan ubatan, terdapat juga pilihan surgikal/pembedahan. Ini selalunya akan dilakukan apabila mendapati ubat-ubatan tidak dapat membantu. Antara pembedahan yang boleh dilakukan ialah seperti:
- ‘Mikrodiscetomy’. Ini merupakan kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
- ‘Disc replacement’. Ini merupakan kaedah di mana keseluruhan disc tersebut akan dikeluarkan dan disc palsu akan diletakkan kembali
Apakah Komplikasi Berikutan Penyakit Slip Disc
Penyakit slip disc ini sememangnya merupakan sebuah penyakit yang berbahaya dan ianya harus dirawat dengan segera. Hal ini kerana jika sakit belakang yang wujud disebabkan penyakit ini tidak cepat dirawat maka ia boleh membawa kepada pelbagai komplikasi. Antara komplikasi yang dimaksudkan ialah seperti:
- Kecederaan yang ‘permanent’ pada saraf
- Menyebabkan keputusan ‘impulse’ kepada saraf ‘cauda equina’ yang boleh menyebabkan kehilangan kawalan pada pundi kencing dan usus
- ‘Saddle anaesthesia’. Ini merupakan sebuah keadaan di mana akan kehilangan deria rasa pada bahagian dalam paha, di belakang kaki dan bahagian dubur.
Rawatan Alternatif dengan Suplemen Shaklee Ternyata Berkesan
Vivix™
Ostematrix
Omega Guard
Kesimpulannya, apa pun cara rawatan yang ada, saya pasti anda cukup bijak membuat keputusan terbaik demi menangani masalah ini. Come on, siapa yang nak sakit kan? Semua nak sihat kalau boleh sepanjang masa. Jadi, jom cegah sebelum melarat.
****************************************
Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee yang mana memang terkenal sebagai suplemen makanan tambahan berkualiti tinggi? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.
Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509