Apakah psoriasis?
Psoriasis merupakan sejenis penyakit kulit. Gejala utamanya ialah kulit akan menjadi kemerahan, gatal, tebal, dan bertompok-tompok. Tompok ini akan bertukar menjadi warna perak dan kelihatan bersisik. Penyakit Psoriasis ini bukanlah penyakit yang berjangkit. Jadi, usah risau ya Tuan-tuan dan Puan-puan..
Bagaimana psoriasis berlaku?
Punca psoriasis tidak diketahui secara menyeluruh, tetapi sering dilihat sebagai penyakit yang diwarisi. Psoriasis juga boleh disebabkan kulit tercedera, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, dijangkiti kuman, tekanan psikologi, alkohol, merokok dan sebagainya.
Psoriasis merupakan sejenis penyakit kulit. Gejala utamanya ialah kulit akan menjadi kemerahan, gatal, tebal, bersisik.
Bolehkah psoriasis diubati? Apakah rawatannya?
Setakat ini, psoriasis tidak dapat diubati dengan sepenuhnya, hanya dapat bantu mengurangkan kesakitan sahaja. Bagi tidak memburukkan keadaan, pesakit haruslah mengawal penyakit psoriasis dengan teliti dan secara berterusan.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala Psoriasis
Gejala dan tahap kronik psoriasis adalah bergantung kepada setiap individu. Keadaan psoriasis adalah tidak tentu, ianya akan menjadi baik atau buruk dari semasa ke semasa. Gejala-gejala psoriasis adalah seperti berikut:
- Tompok kulit yang merah, bengkak, atau tebal; menyebabkan kegatalan atau kesakitan.
- Tompok bersisik yang berwarna perak
- Kuku semakin menebal dan berlekuk-lekuk
- Lepuh yang bernanah(Jarang berlaku)
Gejala-gejala di atas boleh di mana-mana bahagian badan seperti kulit kepala, ketiak, celah peha, sekitar payudara,atau kemaluan. Jenis psoriasis adalah merujuk kepada bahagian badan yang telah terjejas. Oleh kerana penyakit kulit yang lain adalah berkemungkinan mempunyai gejala-gejala seperti yang telah dinyatakan, oleh itu, jika anda mengalami gejala-gejala tersebut, sila dapatkan diagnosis daripada klinik dermatologi yang berdekatan.
Kesan Negatif Psoriasis
Kesan negatif psoriasis yang sering terjadi adalah seperti berikut.
- Artritis Psoriatik
Secara umumnya,ia adalah suatu peradangan sendi yang terjadi pada pengidap psoriasis (Sendi mengalami bengkak dan sakit).
- Gangguan Emosi Atau Sosial
Kulit yang teruk akan menimbulkan perasaan malu dan mengakibatkan gangguan emosi atau sosial seperti kurang keyakinan diri, kemurungan, gangguan kebimbangan, berasa tidak selesa semasa pergaulan dan lain-lain lagi.
- Lain-lain
Walaupun alasannya tidak ketara, namun, kebarangkalian pesakit psoriasis mengidap penyakit lain adalah lebih tinggi, penyakit seperti obesiti, kencing manis, penyakit yang berkaitan dengan mata, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit Parkinson, penyakit buah pinggang dan sebagainya.
Penyebab dan Punca Psoriasis
Walaupun psoriasis adalah berkemungkinan diwarisi, tetapi penyebabnya tidak diketahui secara menyeluruh. Sesetengah orang menganggap psoriasis adalah berkaitan dengan sistem imun yang tidak dapat berfungsi dengan baik, di mana mampu mempercepatkan kadar pertumbuhan sel-sel kulit. Hal ini telah menyebabkan kulit semakin menebal, dan mengelupas. Walaubagaimanapun, punca masalah ini masih belum ada petunjuknya setakat ini.
Punca-punca yang boleh mengakibatkan atau memburukkan keadaan psoriasis adalah seperti berikut:
- Kulit tercedera, selaran matahari
- Jangkitan kulit
- Sakit tekak
- Tekanan
- Penggunaan sesetengah ubat-ubatan
- Musim sejuk
- Merokok
- Pengambilan alkohol
Rawatan Psoriasis
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, setakat ini, psoriasis tidak dapat diubati dengan sepenuhnya, hanya dapat bantu mengurangkan kesakitan atau mengawal keadaan sahaja. Sila dapatkan maklumat dan cadangan yang lanjut daripada doktor kulit anda. Dalam keadaan yang tertentu, rawatan-rawatan juga dapat dijalankan pada masa yang sama.
Ubat-ubatan Jenis Aplikasi Luaran
- Sesetengah ubat jenis sapu dapat mencegah keradangan dan kegatalan.
- Ada juga ubat sapu yang mengandungi Vitamin D yang dapat melambatkan pertumbuhan sel-sel kulit.
- Sesetengah bahan kimia dapat digunakan untuk menghapuskan kulit bersisik.
- Syampu yang mengandungi asid salisilik dapat menghapuskan sel-sel mati serta mengurangkan pembentukan kulit bersisik.
- Krim, salap dan syampu yang mengandungi tar arang batu dapat mengurangkan kegatalan, keradangan dan kulit bersisik.
- Perhatian:Asid salisilik dan tar arang batu tidak akan membawa kesan sampingan yang serius. Walaubagaimanapun,kebanyakan ubat jenis aplikasi luaran yang berfungi untuk merawat psoriasis adalah berkemungkinan memberi kesan sampingan negatif. Oleh itu, pesakit haruslah mematuhi arahan daripada doktor kulit sebelum menggunakannya.
Terapi Cahaya
- Terapi cahaya merupakan jenis rawatan yang mendedahkan ultraungu pada kulit yang telah dipengaruhi. Sumber UV termasuklah cahaya matahari atau alat perubatan. Ultraungu yang secukupnya dapat menggelakkan daripada keradangan dan mengawal pembentukan kulit bersisik.
- Dalam kes-kes yang lebih teruk, rawatan UV dan rawatan tar arang batu dapat digabungkan. Tar arang batu dapat meningkatkan sensitiviti kulit terhadap cahaya. Juga boleh menggunakan bahan kimia lain yang berfungsi sedemikian untuk menggantikan tar arang batu.
- Rawatan UV dapat mengakibatkan kesan sampingan yang sementara seperti kulit kemerahan, gatal, menjadi kering, berlepuh dan sebagainya. Keparahan serta tempoh kemunculan kesan-kesan sampingan ini adalah berdasarkan kepada jenis sumber UV yang digunakan.
- Menerima rawatan UV dalam jangka panjang yang menyebabkan kesan sampingan yang berkekalan, seperti penuaan dan meningkatkan kebarangkalian mengidap kanser kulit.
Ubat-ubatan Oral/Suntikan
- Sesetengah ubat-ubatan oral dan suntikan dapat mengawal keradangan, mengurangkan kegatalan, melambatkan kadar pertumbuhan sel-sel kulit dan lain-lain.
- Perhatian : Oleh kerana kebanyakan jenis ubat-ubatan ini dapat mengakibatkan kesan sampingan yang serius, oleh itu, hanya sesuai untuk pesakit psoriasis yang lebih serius.
Lain-lain
- Rawatan yang berdasarkan keadaan individu
- Kaunseling dapat bantu mengawal tekanan psikologi dan gangguan emosi.
- Aloe vera adalah berkemungkinan dapat mengurangkan kegatalan, kemerahan, keradangan serta pembentukan kulit bersisik.
- Minyak ikan dapat mengawal keradangan (Pengambilan seharian tidak lebih daripada 3 gram)
Perhatian : Disebabkan psoriasis tidak dapat dirawati dengan sepenuhnya, oleh itu, cara mengatasinya adalah sangat penting.
Cara Mengatasi Psoriasis
Bagi tidak memburukkan keadaan psoriasis, seharusnya mengatasinya secara teliti dan berterusan. Cadangan-cadangan adalah seperti berikut:
- Mandi setiap hari
- Mandi air yang bersuhu sederhana
- Guna gel mandi yang sesuai
- Menjaga kebersihan dan kesihatan untuk menggelakkan daripada dijangkiti kuman
- Elakkan daripada kulit tercedera
- Guna krim pelembap dan cecair pelincir supaya kulit tidak kering
- Bertenang, elakkan daripada tekanan psikologi. Jika perlu, boleh mendapatkan bantuan daripada kaunseling.
- Mendapatkan sinaran cahaya matahari yang secukupnya pada bahagian yang terjejas. Oleh kerana mendedahkan diri dengan sinaran cahaya matahari yang berlebihan akan memburukkan keadaan, adalah dicadangkan bahawa mendapatkan pandangan daripada pakar kulit dahulu.
- Tidak merokok.
- Tidak minum arak atau mengambil alcohol.
Secara keseluruhannya, sila elakkan diri daripada penyebab yang mampu memburukkan keadaan. Oleh kerana punca-punca ini adalah mengikut keadaan individu, dicadangkan bahawa berbincang dengan doktor kulit mengenai punca psoriasis yang mempengaruhi keadaan anda.
Rawatan Alternatif Dengan Suplemen Shaklee
Nak tau dengan lebih lanjut, boleh klik sini, saya terangkan mengenai fungsi bagi setiap suplemen di atas.
****************************************
Berminat untuk mendapatkan produk-produk di atas? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.
Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509