Makanan Sejuk Beku Boleh Sebabkan Kanser? Betul Ke?
“ Tak bahayakah beri makanan yang sudah masak dan disejukbekukan macam tu kepada anak?” tanya seorang ibu muda.
“ Pernahkan puan terfikir soalan yang sama tentang makanan yang disediakan sebelum anak lahir lagi dan boleh bertahan sehingga sambutan hari lahir anak yang kedua?”
“ Puan, betul ke makanan yang dah disejuk bekukan boleh menyebabkan kanser? Bagaimana saya nak sediakan makanan setiap hari. Adakah saya perlu beli lauk di pasar segar setiap hari? Ikan , ayam di pasar pun biasanya dah disejuk bekukan. Tolong bagi pencerahan Puan.” Mesej seorang Ibu muda kepada saya di awal pagi.
“ oooo..betul la..makan makanan sejuk beku ni boleh sebab kanser. Jiran saya bagitau, dia selalu makan makanan sejuk beku ni. Sebab tu kena kanser.”
“ Kawan saya beritahu, anak dia kena kanser sebab suka makan makanan yang dah disejuk beku ni. Habis susu ibu yang dibekukan semua tu macamana. Boleh ke nak bagi anak minum? Macamana dengan makanan puri yang disejuk bekukan. Habis la anak saya ken kanser pula nanti.” Tanya pula seorang lagi sahabat saya.
************
Penyakit kanser adalah sesuatu yang sangat ditakuti oleh setiap individu. Rawatan kanser dan kesan daripada rawatan kanser banyak memberi kesan kepada pesakit dan juga keluarga. Mari ikuti penerangan daripada seorang Dietician ini yang telah 10 tahun berkhidmat dalam pediatrik Onkologi, yang mana telah ramai pesakit yang dilihat dan diikuti perjalanan mereka.
Baca juga: Cara Masak Makanan Sejuk Beku (Frozen Food) Yang Ramai Orang Tak Tahu, Dari Nutritionist
Punca penyakit kanser adalah disebabkan oleh pelbagai faktor luaran seperti, merokok, jangkitan microorganisma seperti bacteria H.Pylori, diet yang tidak sihat dan gaya hidup yang tidak sihat. Selain itu, faktor dalaman turut menyumbang kepada penyakit kanser ini seperti mutasi genetik, hormone dan imuniti tubuh.
Saya hanya mahu sentuh topik diet sahaja hari ni. Diet dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti kanser perut, kanser mulut, kanser paru-paru, dan kanser usus.
Apakah contoh diet yang menyebabkan ia boleh membawa kepada kanser?
3. Makanan Diproses :
Roti, biskut, bijirin sarapan segera, produk kentang (potato chips, fries, hashbrowns), kopi adalah antara makanan yang mengandungi acrylamide.
Baca Juga : Baca Ini : Tempoh Pencernaan Sesuatu Makanan Dalam Tubuh Badan
Apa itu acrylamide?
Ia merupakan bahan kimia yang terbentuk daripada asid amino(aspargine) dan gula asli yang terkandung di dalam makanan yang berkanji dimasak dengan suhu yang tinggi semasa menggoreng, membakar dan memanggang. Ia turut didapati di dalam makanan mentah dalam jumlah yang rendah. Namun apabila didedahkan kepada suhu yang tinggi, ia akan meningkatkan aras acrylamide dalam makanan tersebut.
Senang cerita, apabila kita membakar jagung, atau kentang atau roti atau mengubah-suai tepung menjadi roti dan kek contohnya, ia akan menyebabkan penghasilan acrylamide. Sama juga apabila kita mengubah-suai ubi-ubian -menjadi kerepek dan kudap-kudapan, ia akan menghasilkan acrylamide.
Bagaimanapun cara masak seperti merebus, mengukus dan masak menggunakan ketuhar gelombang mikro tidak menghasilkan acrylamide. Tempoh memasak yang lama dan suhu yang tinggi melebihi 120C turut sama meningkatkan penghasilannya di dalam makanan.
Selain itu, lemak atau minyak yang digunakan apabila kita memasak akan teroksida dan membentuk acrolein atau asid acrylic. Kanji daripada kentang contohnya akan ditukarkan menjadi gula ringkas dan boleh juga membentuk acrylamide di dalam makanan,
Acrylamide banyak didapati daripada sumber tumbuhan seperti ubi-ubian (kentang dan produknya), serta makanan bjiirin.
Namun ia tidak didapati daripada makanan daging dan ikan, susu dan produk tenusu dan juga sayur-sayuran berdaun. Apatah lagi susu ibu. Menyejuk bekukan makanan ini tidak akan meningkatkan risiko mendapat kanser.
Namun begitu, ROKOK mempunyai aras acrylamide yang tinggi baik kepada perokok ataupun kepada orang di sekelilingnya (silent smoker). Merokok bukan sahaja membawa kemudaratan kepada perokok malah kepada anak kecil yang masih lemah imunitinya. Jauhi perokok dan elakkan dari berada di persekitaran yang toksik ini.
Acrylamide juga boleh didapati dalam kehidupan seharian hasil pendedahan kepada bahan ini di dalam bahan kosmetik, pemprosesan makanan, pengilangan produk kertas, industri pembinaan dan pelbagai lagi yang boleh meningkatkan risiko kanser.
Diet sahaja bukan menjadi faktor utama mendapat kanser.
Baca Juga : Skip That Cup of Coffee and Try One of These Foods to Boost Your Energy
Bagaimana untuk mengurangkan acrylamide?
Acrylamide boleh didapati samada dalam masakan di rumah, atau di dalam makanan terproses.
Langkah awal adalah elakkan makanan diproses yang telah dinyatakan untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan ini.
Simpan kentang dan sayuran berubi di luar peti sejuk kerana acrylamide meningkat apabila disimpan di dalam peti sejuk.
Rendam kentang di dalam air dalam tempoh 15 minit sebelum menggoreng atau memanggang untuk mengurangkan acrylamide. (thaw)
Lebihkan cara masak merebus dan memasak sayuran berubi berbanding memanggang, menggoreng dan membakar di atas api dalam suhu yang tinggi.
Elakkan menggoreng kentang sehingga bertukar warna coklat gelap. Ini akan meningkatkan aras acrylamide.
Apabila membakar roti, hanya bakar sebentar sahaja sehingga ia bertukar warna coklat cair sahaja.
Bahagian yang berwarna coklat gelap mempunyai kandungan acrylamide yang lebih tinggi.
Baca Juga : 4 Jenis Makanan Menyelerakan Ini Perlu Dielakkan Ketika Haid. Ini sebabnya.
2.Daging Diproses
Sosej, nugget, burger, daging cincang dan pelbagai lagi jenis makanan yang diproses dikaitkan dengan risiko kanser yang tinggi. Ini adalah disebabkan oleh kandungan sodium nitrat dan nitrit yang tinggi digunakan untuk mengawet daging bagi mengekalkan warna merah pada daging dan mengelakkan makanan itu cepat rosak. Bahan ini kemudiannya akan ditukarkan kepada bahan kimia yang dipanggil N-nitroso di dalam badan yang boleh menyebabkan kanser.
Makanan ini juga mengandungi kandungan garam dan lemak yang tinggi apabila bahan yang digunakan di dalamnya termasuklah organ, lemak dan lebihan daging .
Memasak daging dalam suhu yang tinggi seperti membakar atau barbeku juga boleh menghasilkan bahan kimia heterocyclic amines (HCAs) and polycyclic amines (PCAs).
Hasilkan nuget dan sosej yang segar di rumah berbanding makanan yang terproses. Pasti lebih selamat. Pasti lebih baik berbanding makanan di luar. Bagaimana membuatnya? Banyak resepi yang telah dikongsikan masa kini mengenai cara penghasilan nuget dan sosej yang mudah. Tuan Puan boleh buat carian di internet dan mengaplikasikannya di rumah.