Anda dah dapatkan Set Gastrik, tetapi tak tahu bagaimana nak start? Baiklah saya kongsikan dengan anda caranya ya.
Menurut Pakar Perunding Gastroenterologi UiTM Private Specialist Centre (UiTMPSC) Dr Rafiz Abdul Rani, lazimnya orang yang biasa mengalami gastrik, mereka akan rasa sakit di bahagian perut sama ada di bahagian tengah atau bawah dada.
Ada setengah orang mengaitkannya dengan pedih ulu hati. Pedih ulu hati tidak sama dengan gastrik, ia dipanggil refluks, iaitu keadaan ketidakselesaan yang berlaku apabila asid perut mengalir balik ke atas.
Rawatan
Rawatan yang paling asas adalah menghentikan dahulu penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAIDs dan ditukarkan kepada jenis ubat tahan sakit yang lain jika perlu lagi
Ubat-ubatan:
- Antasid: iaitu ubat yang mempunyai sifat alkali berfungsi untuk meneutralkan asid di dalam perut. Jika anda sakit perut disebabkan gastritis, maka pengambilan ubat ini akan menghilangkan sakit perut itu dengan sekejap. Ia terdiri daripada magnesium tricylicate, aluminium hydroxide daan beberapa jenis lagi
- H2 blocker: Histamine merupakan salah satu kompaun penting untuk mengawal rembesan asid dalam perut. Ia secara spesifik dikesan oleh Histamine 2 reseptor. Histamine(H2) blocker pula berfungsi untuk mengelakkan histamin daripada melekat kepada reseptor tersebut dan menyebabkan rembesan asid ke dalam perut semakin berkurang. Contoh H2 blocker adalah seperti ranitidine dan cimetidine
- Proton pump inhibitor: yang menyebabkan keadaan asid didalam perut adalah kerana wujudnya satu pam ini iaitu ‘proton pump’ dimana fungsinya memasukkan ion hydrogen(proton) ke dalam bahagian perut. Apabila, kepekatan ion hydrogen di dalam perut bertambah, maka keasidannya pun bertambah. Ubat proton pump inhibitor ini akan merencat fungsi pam tersebut dan menyebabkan keasidan dalam perut berkurangan. Contoh ubat adalah seperti omeprazol, pantoprazole dan banyak lagi
- Antibiotik: untuk merawat jangkitan H. pylori pula perlunya antibiotik. Selalunya di kita akan memberi kombinasi 3 jenis ubat iaitu
- 1) Proton pump inhibitor seperti omeprazole.
- 2) Antibiotik: Clarithromycin
- 3) Antibiotik: Amoxicillin
Rawatan jenis ubatan yang mendapat preskripsi dari Doktor adalah selamat sekiranya tidak melebihi dos yang telah ditetapkan. Akan tetapi, untuk jangkas masa yang panjang, dengan pengambilan ubat-ubatan secara kerap, boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang individu malah boleh menyebabkan pesakit menjadi drug-overdose.
Mari kita lihat cara terbaik untuk mencegah gastrik secara semulajadi.
CARA UNTUK MENCEGAH GASTRIK DENGAN MENGUBAH GAYA HIDUP DAN TABIAT PEMAKANAN
Sebenarnya kita boleh mencegah gastrik ni daripada menyerang ataupun mengelakkan gastrik daripada berulang. Cara untuk mencegah gastrik adalah dengan mengubah gaya hidup kita atau lifestyle serta tabiat pemakanan kita. Sebagai contoh mungkin sebelum ini ada yang suka merokok jadi boleh cuba ubah gaya hidup dengan cara berhenti merokok. Antara cara lain untuk mencegah gastrik adalah seperti di bawah.
- Amalkan tabiat pemakanan yang baik dengan mengambil diet makanan yang sihat dan seimbang setiap hari
- Elakkan daripada mengambil makanan yang masam, pedas, berminyak, berempah dan makanan yang banyak bahan pengawet
- Elakkan juga daripada minum minuman kafein, minuman gas dan berkarbonat serta minuman yang tinggi gula seperti kordial
- Elakkan makan makanan yang dijeruk atau diperap seperti jeruk buah-buahan
- Berhenti merokok serta berhenti minum alkohol
- Kurangkan mengambil makanan yang berangin
- Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
- Jangan skip makan pada setiap waktu makan
- Banyakkan minum susu. Ini kerana susu adalah bersifat alkali dan berupaya meneutralkan keasidan perut
- Sekiranya bercadang untuk puasa lewatkan waktu makan sahur
- Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
- Lakukan aktiviti bersenam dengan teratur serta elakkan daripada stress
- Mengambil vitamin dan suplemen yang membantu untuk mengatasi gastrik
Inilah antara cara-cara yang boleh dilakukan untuk mencegah gastrik daripada menyerang atau berulang. Paling menarik, dengan cara ini, anda dah tak perlu lagi untuk bergantung dengan ubat tahan sakit kerana penggunaan ubat-ubatan seperti ini adalah tidak elok untuk jangka masa panjang. (*Overdose & over-consumption)
Mengambil vitamin atau makanan tambahan sebenarnya boleh membantu untuk mengurangkan gastrik seterusnya menambahkan keperluan nutrisi dalam badan kita. Jadi apa pilihan vitamin yang ada?
TAHUKAH ANDA?
Pedih ulu hati tidak sama dengan gastrik, ia dipanggil refluks, iaitu keadaan ketidakselesaan yang berlaku apabila asid perut mengalir balik ke atas.
BAGAIMANAKAH SHAKLEE BOLEH MEMBANTU UNTUK MENGATASI MASALAH GASTRIK ?
Shaklee ada menyediakan satu set lengkap khas untuk masalah gastrik iaitu Set Gastrik Shaklee. Terdapat 3 produk dalam set ini seperti di bawah.
❤ ESP
❤ Ostematrix
❤ Peppermint Ginger Plus
ENERGIZING SOY PROTEIN
🍀 ESP kaya dengan protein jadi protein ini membantu untuk memulihkan sel-sel yang telah rosak dan membina sel-sel baru yang sihat dalam perut
🍀 ESP bersifat alkali jadi ia mampu untuk meneutralkan keadaan berasid dalam perut
🍀 Apabila terasa lapar segera ambil ESP kerana ESP boleh menggantikan minum atau sarapan pagi dan juga minum petang. ESP juga boleh diambil ketika late supper. Sebagai contoh pada waktu tengah malam terasa lapar bolehlah ambil ESP untuk menggantikan burger atau makanan lain yang kurang khasiatnya
Cara Makan : Sebelum Sarapan
1 sudu besar ESP + campur dengan 350 ml susu/air masak biasa (kalau macam pekat boleh tambah air masak sikit) dan shake kan..
-
- air panas tak boleh tau, air sejuk atau air masak boleh
- ESP sehari maximum 3 sudu besar atau kalau ada Powder Scoop, maximum adalah 2 Scoop sahaja
Pastikan minum air banyak (8 gelas sehari). Air bukan sekadar perlu minum sebab nak ambil suplemen je tapi air juga berperanan menjadi agen utama dalam pengangkutan semua zat dalam darah/usus ke seluruh tubuh anda. Dengan minum air sangat membantu dalam menyampaikan zat dari suplemen yang anda ambil ke sel tubuh yang memerlukannya. Dan pastikan elakkan mengambil vitamin dengan minuman berkafein. Kafein ni mempunyai struktur yang dapat menghalang penyerapan nutrisi lain selain mempercepat kehilangan air dari badan.
OSTEMATRIX
🍀 Memperbaiki hiperaktiviti perut serta melegakan sakit gastrik
🍀 Membantu untuk membuang angin dalam badan
🍀 Mengurangkan sakit kepala dan menjadikan tidur lebih lena
🍀 Mengandungi Magnesium yang membantu untuk melegakan sembelit
Cara Makan : 3 biji Ostematrix sebelum tidur
PEPPERMINT GINGER PLUS (PGP)
🍀 Kandungan Pudina di dalamnya dapat melegakan otot perut
🍀 Membantu untuk melegakan pedih ulu hati dan cirit-birit
🍀 Membantu untuk melegakan masalah pencernaan dan menghilangkan kembung perut
🍀 Melegakan ketidakselesaan perut serta mengurangkan rasa loya dan muntah
Cara Makan : Selepas Lunch & Dinner
2 biji Peppermint Ginger Plus 💊💊 (selepas Lunch) dan 1@2 biji Peppermint Ginger Plus 💊 (selepas dinner)
(PGP selepas Dinner ambil ikut keselesaan perut, kalau rasa tak selesa boleh ambil 2 biji..Kalau perut rasa biasa je 1 biji pun dah memadai)
Pastikan minum air masak lebih sikit daripada biasa tapi jangan pula lebih 8 gelas sehari ya. Berpada-pada orang tua-tua pesan.
Jadi saya sangat mengesyorkan kepada anda yang mempunyai masalah gastrik cubalah ambil Set Gastrik Shaklee. Dengan izin Allah set ini pasti akan dapat membantu anda untuk mengatasi masalah gastrik anda. Boleh klik disini untuk dapatkan Set Gastrik segera.