Ada beberapa perkara yang perlu anda elak dan ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan ketika kulit mengalami fasa jerawat. Mungkin selama ini ada benda yang anda buat tanpa sedari ia sebenarnya memudaratkan lagi kulit wajah.
DO’s
1) Kurangkan bengkak dengan ais
Untuk jerawat yang membengkak, meradang dan kemerah-merahan umpama siren merah menyala, anda boleh tuam dengan ais perlahan-lahan di kawasan yang bengkak itu selama 1 minit atau lebih. Ia mungkin tidak berkesan sepenuhnya untuk semua orang, tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba. Jangan biarkan ais terlalu lama pula di atas kulit, khuatir ia akan memberi kerengsaan kepada kulit anda.
Jika tidak tahan sejuk, boleh balut ais kiub dengan tuala muka nipis yang bersih.
Biasanya, tuaman ais ini dibuat sebelum sapu ubat jerawat.
Ternyata ianya lebih cepat kecut dan kurang kemerahan.
2) Merawat jerawat dengan krim yang mengandungi sulfur
Cari ubat jerawat yang mengandungi benzoyl peroksida atau sulfur yang boleh membantu mengurangkan jerawat anda.
Namun begitu, kulit dalam fasa rawatan jerawat kebiasaannya akan menjadi lebih kering. Sebab ubat di dalam produk jerawat itu sememangnya mempunyai fungsi mengeringkan/mengecutkan.
Jadi, sila semak dulu dengan ahli farmasi atau doktor kulit sebelum menggunakan mana-mana produk ya.
3) Cuba minyak tea tree (tea tree oil)
Jika anda mahukan alternatif lain selain drug atau ubatan kimia, mungkin anda boleh cuba minyak tea tree. Minyak tea tree bersifat astringent yang boleh mengawal minyak muka berlebihan dan juga mempunyai sifat antibakteria semulajadi untuk membunuh bakteria. Cuba sapu sikit saja dulu di kawasan tertentu untuk memastikan anda tidak mempunyai reaksi alergi.
Peratusan kepekatan minyak tea tree yang sesuai untuk kulit ialah antara 1-2.5%. Jika terlalu tinggi, ia mungkin akan membuatkan kulit bertukar menjadi kemerahan pula.
Ketahui cara paling efektif untuk dapatkan wajah yang sihat, natural dan flawless semulajadi di sini
DON’T
1) Memicit jerawat
Tolong… jangan picit jerawat!
Tahukah anda, kalau picit jerawat, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh ?
Jerawat ni ambil masa 1-2 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Ini juga akan meningkatkan risiko jangkitan kuman pada kulit. Parut juga akan menjadi lebih dalam dan hitam. Jerawat yang terbuka juga sukar untuk ditutup dengan solekan kerana permukaan kuit anda tidak sekata.
2) Gunakan Ubat Gigi??
Jangan gunakan ubat gigi. Walaupun ada petua yang mengatakan boleh sapu ubat gigi pada jerawat, namun ada bahan lain di dalam ubat gigi yang boleh menerukkan lagi keadaan jerawat.
Bahan bahan seperti fluorida dan agen pemutihan boleh menyebabkan tindak balas alahan (allergy) apabila digunakan pada kulit, terutamanya jika kulit anda jenis sensitif.
3) Dapatkan rawatan wajah
Bukan tidak boleh.. cuma tidak disarankan terburu-buru melakukan rawatan spa apabila terutamanya jika anda ada majlis atau apa-apa event dalam masa terdekat! Kadang-kadang memang rawatan spa dapat membantu menyembuhkan jerawat, namun perlu diketahui, hasilnya bukan dalam jangka masa yang cepat.
Dalam jangka masa pendek, kulit anda mungkin kelihatan lebih teruk. Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan oleh therapist yang kurang berkemahiran.
Testimoni dari Puan Ony Nurhusni, ahli farmasi;-
Saya pernah ada pengalaman buat facial di satu spa. Mungkin therapist-nya masih baru. Habis dia korek semua dengan kasar. Sedangkan, ada jenis-jenis jerawat yang tidak boleh sesuka hati di picit. Dah tu, esoknya lagi meradang kulit saya. Macam nak nangis rasa. Menyesal tak sudah.
Kalau anda masih memerlukan facial, pastikan buat di pusat rawatan yang profesional dan bertauliah sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum apa-apa majlis. Ini untuk beri peluang ‘downtime’ period pada kulit dan kulit sempat sembuh atau reda.
Saya sangat syorkan anda sentiasa disiplin dengan pantang larang sewaktu tempoh fasa jerawat ini. Hal ini demikian kerana parut jerawat akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh seperti sediakala. Jadi, sekiranya anda sangat pentingkan penampilan diri, pasti anda sangat menitikberatkan isu jerawat, jeragat dan kecantikan diri.
Sekiranya anda ingin mengetahui cara paling efektif untuk dapatkan wajah yang sihat, natural dan flawless semulajadi, boleh klik sini
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509
1 thought on “DO’s & DONT’s dalam penjagaan kulit wajah yang berjerawat.”