Sebagai seorang wanita lebih-lebih lagi yang melalui proses peningkatan usia sedikit sebanyak pasti mahu kecantikan miliknya mampu diperlambatkan.
Oleh itu pengambilan suplemen adalah langkah paling mudah untuk mencegah penuaan ataupun meningkatkan tenaga. Tetapi, ramai wanita yang ‘tertipu’ dengan produk yang berada di pasaran.
Dr. Izzar Anwari telah berkongsi tentang pemilihan yang wajar dilakukan oleh wanita sebelum membeli produk atau suplemen.
Kongsinya, “Produk ubat-ubat, suplemen dan ubat tradisional yang dijual di pasaran Malaysia mesti diuji oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk ini, melalui skim pendaftaran dan perlesenan. Barulah pengguna dapat menggunakan produk-produk yang berkualiti dan yang penting, SELAMAT.
Ramai yang mendakwa suplemen keluaran mereka mempunyai bukti ujian sekian dan sekian. Kita sebagai pengguna pula sememangnya nak yang terbaik, jadi bila ada pihak yang claim produk mereka telah menjalani peringkat ujian tertentu, mudah sahaja kita terpedaya dan kita main beli saja tanpa soal apa-apa.
Kali ini saya ingin kongsikan mengenai jenis-jenis ujian yang dilakukan ke atas suplemen.
Ramai yang tak tahu, rupanya
Suplemen Tidak Wajib Ada Kajian Klinikal
Ya betul, suplemen tidak wajib menjalani ujian klinikal. Kebanyakan syarikat fokus pada mempromosikan produk. Jika bayar artis sebagai duta sahaja banyak menelan belanja. Menjadi penaja program realiti dah berjuta biaya. Kualiti Produk? Entah jadi keutamaan nombor berapa. Shaklee pula komited membelanjakan USD250 juta dalam program kajiannya.
Tetapi suplemen pula adalah dalam kategori makanan dan ia sebenarnya tidak perlu dibuat ujian klinikal sebelum dipasarkan. Anda boleh memproses produk, hantar ke makmal untuk kelulusan KKM dan boleh terus dipasarkan. Tidak perlu ujian klinikal. Yang tiada kelulusan KKM pun melambak di pasaran.
KKM Hanya Luluskan Jika Tiada Bahan Berbahaya
Bagaimanapun kajian seumpama yang dijalankan oleh KKM masih tidak dapat memastikan kesan jangkamasa panjang, sebabnya KKM hanya uji produk untuk mengelakkan adanya bahan berbahaya. Itupun masih ada syarikat yang tipu iaitu sampel hantar lain, produk yang dipasarkan gunakan ramuan lain.
Atas sebab itu apabila ada laporan kesan sampingan barulah produk itu di tarik balik dari pasaran. Bukan suplement sahaja, ubat yang melalui pelbagai tahap ujian pun ada juga yang di tarik balik dari pasaran kerana ramai yang mati selepas makan. Ha? Betul. Serius. Ini fakta bukan auta.
Ramai yang salahkan KKM. Hakikatnya kita sendiri bertanggungjawab terhadap diri kita. Semak dulu, lakukan sedikit study sebelum anda ambil apa-apa suplemen.
Jadi hari ini saya kongsikan berkenaan jenis-jenis ujian ke atas suplemen, itu pun jika suplemen itu ada buat ujian. Mind you, kebanyakan produk tempatan kita tiada kajian klinikal ya. Baca balik perenggan saya di atas berkaitan kos dan artis.
Satu lagi, kalau anda terdengar atau terbaca iklan ubat yang mendakwa boleh menyembuhkan penyakit dan lain-lain, sah-sah tu TIPU. Ada 20 JENIS PENYAKIT yang tak boleh diiklankan. Kalau dia ada iklan salah satu daripada 20 penyakit tu, itu tak benar.

Setiap produk berdaftar ada nombor pendaftaran MAL. Inilah ‘IC’ kepada produk tersebut. Kita boleh check produk tu di website NPRA dengan menggunakan nombor MAL ini. Maklumat kandungan aktif produk, pengeluar dan lain-lain boleh kita stalk di situ.
Produk berdaftar juga ada Pelekat Hologram Meditag sendiri. Cara membaca nombor MAL n tengok rupa Meditag tu.
Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama iaitu:
- Nombor Pendaftaran MAL
- Pelekat Hologram MeditagTM
Kedua-dua ciri ini perlu dipamerkan pada setiap pek jualan ubat-ubatan.


Jadi, kalau penjual promote ubat was-was tu, tanyalah dia ada no MAL tak. Tengok ada Meditag tak. Check dulu kat website NPRA. Kalau takde no. MAL, bye-bye la. Dan kalau dia claim melampau, tak payah beli. Check senarai 20 penyakit yang saya terangkan tadi.
Pelbagai Jenis Ujian ke atas Suplemen
1. Kajian Tabung Uji
Kajian tabung uji sama juga dikenali sebagai ujian in vitro. Dalam kajian tabung uji, ia dilakukan ke atas mikroorganisma, sel, atau molekul biologi di luar konteks biologi normal mereka.
Kajian ini secara tradisinya telah dilakukan dalam tiub ujian, termos, hidangan Petri, dan lain-lain, dan sejak bermulanya biologi molekul, melibatkan teknik-teknik seperti Omics. Kajian tabung uji dijalankan menggunakan komponen organisma yang telah diasingkan daripada persekitaran biologi mereka, justeru membenarkan analisis yang lebih terperinci atau lebih mudah daripada yang boleh dilakukan dengan organisma keseluruhan.
Kelemahan utama dalam kajian tabung uji adalah bahawa ia boleh dicabar disebabkan ia dilakukan di luar konteks normal biologi sel tersebut. Contohnya dalam badan manusia mengandungi banyak enzim yang saling berkaitan ke atas setiap sel biologi, walaupun sesetengah uji kaji telah lulus di peringkat kajian tabung uji, ia tidak semestinya sesuai untuk manusia disebabkan ia masih diperingkat saringan tabung uji.
Banyak bahan yang dihasilkan oleh rakyat kita masih di peringkat tabung uji contohnya daun rerama, durian belanda, B17 dan macam-macam lagi.
2. Kajian Kultur Sel
Kultur sel adalah proses di mana sel-sel yang dipastikan berada didalam keadaan terkawal walaupun berada di luar persekitaran semula jadi mereka. Ada banyak jenis kultur sel contohnya kultur darah dan lain-lain lagi. Kajian ini membantu kita memahami bagaimana sesuatu suplemen dapat memberikan kesan ke atas sel (unit terkecil badan manusia).
Ujian ini turut dilakukan ke atas Vivix. Sebab itu saintis tahu bagaimana Vivix dapat membantu memperbaiki tahap sel.
3. Kajian Ke Atas Haiwan
Kajian haiwan adalah satu bidang yang diiktiraf baru-baru ini di mana binatang yang dikaji dalam pelbagai cara sempadan. Dalam konteks suplemen, kajian dilakukan ke atas haiwan yang diberikan suplemen berbanding haiwan yang tidak diberikan suplemen.
Namun kajian ke atas haiwan tidak semestinya tepat jika diaplikasikan ke atas manusia.
4. Kajian Klinikal
Seperti yang saya sebutkan di atas, kajian klinikal adalah ujian yang dijalankan ke atas manusia, dengan membandingkan kumpulan yang menggunakan rawatan ini berbanding kumpulan yang tidak menggunakan (placebo).
Kajian seperti ini memerlukan biaya yang sangat besar. Menelan puluhan ribu sehingga ke jutaan ringgit bergantung kepada besar saiz kumpulan ujian.
Ada beberapa fasa dalam kajian klinikal seperti dalam gambarajah dibawah:


Kajian Klinikal dan Landmark Study Shaklee
Boleh bayangkan tak Shaklee memang komited seperti mana di bawah:
- Shaklee melakukan ujian bertahun-tahun – contohnya Nutriferon adalah hasil selama 40 tahun ujikaji.
- Setiap ramuan dan produk Shaklee wajib dijalankan kajian klinikal ke atasnya dan ujian keselamatan
- Shaklee menjalani landmark study yang dibuat selama 20 tahun! Efficacy & Safety!
Bila saya tengok gambarajah ini, oh wow! Saya teruja, pilihan saya tepat sekali! Alhamdulillah Allah lorongkan saya pilih yang terbaik untuk hidup saya dan keluarga saya. Boleh dikatakan semua ahli keluarga saya telah saya Shaklee kan. Demi kesihatan mereka. Anda pula bagaimana?
Dan seperti yang saya terangkan di atas tadi, Produk yang berdaftar dengan PBKD mempunyai dua ciri-ciri utama iaitu:
- Nombor Pendaftaran MAL
- Pelekat Hologram MeditagTM
Kedua-dua ciri ini perlu dipamerkan pada setiap pek jualan ubat-ubatan. Dan Shaklee mempunyai kedua-duanya sekali. Jadi sebab itulah saya sangat yakin dengan suplemen Shaklee. Bukan hanya omongan kosong. Shaklee berdaftar dengan KKM dan turut mempunyai Meditag.
Pesanan saya, walaupun jenama suplemen anda adalah jenama tersohor dari negara Korea, US atau UK, anda berhak mendapatkan penjelasan mereka mengenai kajian klinikal ke atas produk mereka. Jangan segan nak tanya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah hubungi saya.
Anda Berminat Ingin Mencuba? Dapatkan Vitamin Shaklee Sekarang!
Nak tahu apa kata mereka yang telah mengambil Vitamin dan Suplemen Shaklee dan testimoni jujur mereka? Hubungi saya segera.
Bagaimana Nak Beli Vitamin Shaklee?
Sila hubungi 0133465509 atau klik link di bawah
Saya Nak Beli Vitamin Shaklee Tapi Tak Tahu Nak Beli Yang Mana, Klik Sini
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Fara Hana
SID 1284203
No tel: 0133465509
Pengedar Sah Shaklee
RUJUKAN
- https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/soalan-lazim/bagaimana-mengenal-pasti-ubat-ubatan-berdaftar.html
- https://npra.gov.my/index.php/my/consumers-2/maklumat/carian-produk-berdaftar-bernotifikasi.html