Kenapa Orang Berjaya Adalah Mereka Yang Selalu Bangun Awal Pagi Sebelum Subuh?

Pernah tak tertanya kenapa orang yang bangun sebelum subuh semua berjaya? Ini Sebabnya,

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan mereka yang bangun sebelum subuh,

اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا

“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.” (HR. Abu Daud no. 2606, Tirmidzi no. 1212 dan Ibnu Majah no. 2236. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)

Ketika Rasulullah pulang dari shalat Shubuh dari Masjid Nabawi, beliau  mendapati putrinya bernama Fatimah masih dalam kondisi tidur. Maka beliau bersabda: 

Wahai anakku, …bangunlah, Saksikan rezeki Tuhan-mu dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai, Karena Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya antara terbit fajar dengan terbit matahari. ”    ( H.R. Imam Ahmad Dan Al-Baihaqi)

Waktu subuh adalah waktu emas bagi kita. Di waktu itu terdapat banyak manfaat serta kebaikan yang boleh diperolehi umat islam dan kita juga amat digalakkan bangun sebelum waktu subuh untuk mengerjakan amalan  rohaniah seperti solat, zikir dan baca al-Quran. Fadilatnya sangat besar. Amalan bangun sebelum subuh merupakan amalan yang dilakukan kebanyakan orang-orang yang berjaya. Tak percaya? Jom ikuti perkongsian daripada saudara Afnan Rosli ini.

“Dulu saya tak faham kenapa Allah suruh Solat Subuh. Waktu tu waktu orang tidur. Saya memang duk fikir soalan ni dari dulu lagi.

Then when I got into personal development, saya study orang-orang berjaya dan berpengaruh dalam dunia, saya dapati mereka semua ada satu persamaan. Orang yang bangun sebelum Subuh, mereka bagi impak besar pada dunia sekeliling dia. Tak kira dia jahat atau baik, pasti dia jenis orang yang bagi impak pada dunia sekeliling dia. Even Adolf Hitler yang jahat tu pun bangun awal pagi.

Kenapa? Orang yang berjaya bangun awal ni mereka adalah Over achievers.

Tapi tuan, saya pun bangun sebelum Subuh, bersiap-siap, sebelum subuh lagi saya dah drive pergi kerja.

No, thats a different kind of story. Saya tak cakap pasal yang bangun sebab terpaksa gi kerja awal, elak jam. Bangun pulak kalut-kalut bersiap. Itu dah Vibrates at desperation dah. Cerita lain.

Ini yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal pada jam 4-5 pagi kerana memang pilihan mereka. Mereka bangun, dan mereka ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri.

Ini 5 SEBAB ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:

MIND OVER MATTERS

Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi. Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka.

When you start to control your mind, you start to control your life.

MORE PRODUCTIVITY

Bila kita dah bangun 2, 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat Mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh productivity nanti. Orang-orang Spartan ada satu pepatah

“He who sweats more in Training, bleeds less in War.”

Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.

STRENGTHEN WILL POWER

Antara kunci kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi. Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah! Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.

START WITH VICTORY

Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan yang besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri. Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.

PEACEFUL

Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang. Robin Sharma kata,

“Achieve more while the world is still sleeping.”

Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam.

So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best. Start bangun awal mulai hari ini! Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!

“The body Achieves what the mind believes”

Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!,” kongsinya.

Semoga Bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita yang lain

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!