Ketahui Langkah Utama Perlu Buat Kalau Bayi Anda Demam Disini

09/03/2019 0 By Nutrisi Guru
Ketahui Langkah Utama Perlu Buat Kalau Bayi Anda Demam Disini

Ibu-ibu mesti panik kan bila dapat tahu anak demam. Bukan demam je, malah kalau anak tu nampak macam tak bermaya, letih, batuk pun mesti dah start gabra kan? Firstly, rileks, jangan gabra nanti caca merba.

  • Demam biasanya terjadi apabila 
  • Anak anak terkena jangkitan kuman ( samada virus atau bakteria)
  • Apabila anak anak nak pandai buat sesuatu ( sebab badan menjadi agak stress sedikit).
  • Apabila bermain panas terlalu lama
  • Apabila terkejut akan sesuatu perkara contoh jatuh katil ( badan jadi stress sikit)
  • Selepas kena cucuk ( badan nak berinteraksi dengan ubat)

Demam menunjukkan sistem imunisasi anak anda bekerja dengan baik kerana memberikan tindak balas terhadap perubahan badan. Biarkan imun badan dia menjadi kuat secara natural. Diakan sedang membesar.

Pertama sekali, ibu-ibu kena pantau suhu badan anak ni. Benda paling penting, kalau boleh, setiap rumah wajib ada termometer. Cari yang elok sikit supaya reading thermometer tu tepat.

Periksa suhu anak.

Jom periksa suhu anak anda. 

  • Normal adalah 36-37.4 darjah selsius.
  • 37.5-37.9 adalah subfebrile (demam sikit)
  • 38.5 dan ke atas dikira demam tinggi.

Sekiranya suhu anak anda melebihi 38.5 darjah selsius, seeloknya bagi anak ubat melalui punggung. Ada yang tak pernah dengar ke ubat masuk melalui punggung ni? Jangan risau, ianya normal dan ibu saya sendiri pun selalu buat bilamana adik bongsu saya diserang demam panas. Bukan apa, budak-budak ni, kalau dah demam, mereka memang tak berselera untuk makan. Jadi memang nak kena paksa baru makan. Tu pun dalam kuantiti yang sedikit.

Akan tetapi, jika anda belum pernah ada pengalaman anak demam dan masuk ubat melalui punggung ni, tak yakin dan tak tahu berapa kena bagi (dose), bagi ubat demam biasa (cecair) dan lap-lap badan anak atau seaiknya kerap mandikan dia.

Seeloknya bagilah ubat demam 6-8 jam sekali.

Periksa semula suhu anak setengah jam selepas ubat diberikan.

Jika suhu menurun, Alhamdulillah. Kemudian wajib pantau suhu semula.

Jika tidak turun juga, tengok keadaan dia. Nampak biasa atau luar biasa. Buka semua baju dia.

Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal atau stoking bagai. Pakaikan baju yang nipis dan berlubang lubang kecil tu supaya haba panas keluar.

Bolehkah mandikan anak dengan air sejuk?


Boleh tapi seeloknya mandikan atau laplah menggunakan air suam biasa. Kesianlah anak tu kejung sebab sejuk sangat nanti.

Apa yang kita perlu risau sewaktu anak demam?

1. Anak aktif ke tak?
2. Anak boleh makan ke tak?
3. Kalau tak boleh makan, dia boleh minum atau tidak?
4. Ada nafas laju atau nafas bunyi tak?
5. Ada muntah dan cirit tak?
6. Ada buang air besar tak?
7. Pampers anak basah tak? ( biasanya kita tukar pampers 5-6 jam sekali kan, jadi bila tukar tu kita tengok, basah ke tak)
8. Anak merengek tak?
9. Bunyi dan cara bernafas anak pelik tak sewaktu tidur?
10. Anak anda respon dengan baik atau biasa tak?
11. Anak anda tarik (sawan) tak?
12. Ada ruam ruam atau tidak?

Jika ada simptom simptom seperti di atas, tolong bawa anak anda ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kalau demam tinggi atau demam melebihi tiga hari, darah akan diambil untuk kita ketahui punca demam.

Ada masanya darah susah nak dapat sebab salur darah anak menjadi sempit akibat dehidrasi ( kurang air) dan sebab itu sekali cucuk tak dapat. 

Jadi, para ibu kena banyak bersabar. Jangan terus melulu salahkan doktor atau nurse atau penolong pegawai perubatan cucuk dua tiga kali. Be rational okay, promise?

 

Boleh kah terus bagi antibiotik kepada anak?

Takboleh. Antibiotik tak boleh bagi sembarangan tau. Wajib periksa darah dahulu samada perlu mulakan antibiotik atau tak. 

Dan tolonglah buang antibiotik yang dah lepas. Anda wajib makan antibiotik mengikut dose dan cukupkan seminggu. Kalau ada lebihan, sila buang.

Bolehkah bagi ubat punggung saja sebab anak susah nak makan ubat?

Takboleh. Ubat punggung diberikan bila suhu melangit sahaja dan tidak boleh melebihi dua kali sehari atau melebihi tiga hari.

Ianya menurunkan suhu badan dengan cepat jadi agak berbahaya jika diberi jika suhu tidak tinggi mana (bawah 38)

Bolehkah anak minum air kelapa sewaktu demam?

Boleh. Cuma jangan berlebihan.

 

Bolehkah anak minum 100plus sewaktu demam?

Takboleh. Minuman bergas adalah tidak bagus untuk kanak kanak atau orang dewasa. Yang tiada gas pun tak boleh sebab 100plus mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi dan menyebabkan dehidrasi menjadi lebih teruk.

Bolehkah bagi aiskrim ketika anak demam?

Boleh. Ianya untuk melegakan tekak sahaja. Membuatkan tekak anak menjadi sedikit kebas supaya dia berasa sedikit selesa untuk makan.

Jangan paksa jika dia taknak makan nasi. Bagi apa yang dia nak makan. Seeloknya benda yang lembut dan sejuk macam puding atau agar agar. Dapat bagi sup pun dah ok.

Jangan paksa jika anak tak mahu menyusu. Cuma perlu pastikan dia mahu minum air masak.

Apa lagi yang perlu dilakukan Si Ibu?

Kalau anda dah baca sampai kebawah ni bermakna anda memang seorang ibu yang serius untuk sembuhkan anak anda. Tunggu, ibu mana yang tak gabra kan kalau anak sakit. Cuma tak semua ibu akan sanggup buat kajian terlebih dahulu sebelum bagi rawatan pada anak-anak. Kebanyakan ibu lebih cenderung bertanya terus kepada ibubapa/mertua/orang-orang terdekat. Tapi, bagaimana pula si ibu yang memang berjauhan dari keluarga, orang tua pun dah tiada untuk bagi nasihat parenting, kawan tak ramai. Nak buat apa ni? Jadi, mari saya bawa anda kepada langkah seterusnya. 

Apa yang anda perlu buat adalah

Baiklah sini, saya kongsikan lagi apa yang anda perlu lakukan. Pantau pampers dia. Jika dah tukar 2 kali pun masih kering, bawalah anak berjumpa doktor. Dehidrasi adalah merbahaya kerana boleh membawa maut. Bila dah jadi ibu bapa, memang jarang nak dapat tidur yang empuk dan lena. Periksa suhu dan keadaan anak malam malam. Biasanya suhu badan anak akan melangit bila tengah malam sampai ke subuh. Jika suhu melebihi 38.5, bagilah ubat punggung. Periksa balik suhu anak selepas setengah jam atau sejam.

Ingat, jika anda rasa anak anda pelik, bawa sahaja untuk diperiksa. Insha Allah, anak anda akan sihat jika langkah awal diambil.

Bolehkah kalau nak bagi air bacaan ayat suci Al Quran sahaja?

Boleh nak bagi air bacaan ayat suci Al Quran tapi eloklah kita tahu dahulu apa PUNCA demam anak kita. Janganlah semua pun nak dikaitkan dengan jin.

Bolehkah bagi supplemen pada anak anak?

Ada doktor yang mencadangkan supaya tak perlu pun bagi suplemen ni pada anak. Tapi sebagai ibu, memang kita nak yang terbaik buat si anak kan? Doktor memang boleh cakap tak perlu sebab beliau  adalah doktor. Beliau tahu bila masa perlu bawa anak beliau ke hospital, bila masa anak perlu IV Drip, dan sebagainya. Kita yang memang kerja bukan bidang perubatan ni memang sangat perlukan bekalan suplemen supaya anak terhindar dari penyakit merbahaya. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, bukan?

Persekitaran kerja kita berbeza dengan doktor okay. Jadi, kalau nak bawa anak ke hospital ke, memang kena apply cuti, cari replacement untuk siapkan tugas kita, set everything first baru boleh cuti. Susah kan? Kalau doktor pula, mudah bagi mereka, sebab dah memang kerja pun dalam hospital, maka sama ada bawa balik ubat, atau beli ubat, atau bawa anak ke hospital yang dah memang one way ke tempat kerja. Faham ke faham?

‎مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.”
(HR Bukhari).

Anak yang sihat adalah anak yang mendapat makanan yang sihat, gembira ceria dan aktif. Jadi, jangan gabra, normal pun anak demam ni. Cuma si ibu kena ada ilmu, faham apa nak buat dan bawa bertenang banyak-banyak ye.

Baca juga:

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509