Ketahui Vitamin Apa Yang Diperlukan Mengikut Kategori Umur Anda

14/11/2018 0 By Nutrisi Guru
Ketahui Vitamin Apa Yang Diperlukan Mengikut Kategori Umur Anda

Pemilihan vitamin yang tepat masih boleh menggembirakan. Tubuh kita sentiasa berubah, dan dengan begitu banyak pilihan, bagaimana kita dapat memastikan bahawa badan kita mendapat nutrien yang diperlukan sepanjang hidup?

Rachel Posner, pakar diet klinikal di Hospital Parish St. Tammany di Covington, Louisiana, menyatakan bahawa kebanyakan nutrien yang diperlukan perlu datang dari diet pemakanan kita sehari-hari, manakala fungsi vitamin dan suplemen pula adalah bagi membantu mengisi lompong-lompong vitamin yang diperlukan oleh.

Menurut Rachel, belum pernah tercipta lagi vitamin yang lengkap dengan segala bagai nutrient di dalamnya. Namun begitu, multivitamin seperti contoh Vitalea adalah merupakan satu contoh terbaik. Vitalea merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Ianya dirumus khas bagi memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

“Carilah multivitamin yang mengandungi 100 peratus nilai harian untuk setiap nutrien,” kata Rachel “Namun begitu, perlu diingat bahawa keperluan nutrien berubah seiring dengan usia kita.” Setiap dekad, terdapat pengubahsuaian mudah yang boleh kita lakukan untuk diet pemakanan kita seharian bagi membantu meringankan kesakitan, dari jerawat hingga menopaus.

Vitamin yang diperlukan pada usia 20-an

Pada usia umur 20-an, rata-rata daripada kita berhadapan dengan stress. Sama ada stress dengan sekolah, university, kolej ataupun stress dengan teman lelaki atau wanita yang kurang memahami. Ditambah pula dengan tabiat pemakanan yang tidak seimbang, factor sebegini secara tidak langsung akan memberi impak kepada kesihatan kita secara amnya.

Adalah disarankan bahawa golongan yang berusia 20-an ini mengambil zat besi untuk mengatasi kekurangan zat besi yang boleh menjadi tipikal pada wanita dalam usia 20-an dan asid folik jika anda merancang kehamilan. Tetapi cadangan terbaiknya untuk wanita berusia 20-an ialah minyak ikan. Otak orang dewasa tidak sepenuhnya berkembang sehingga umur 25 tahun, dan mendapatkan asid lemak yang disediakan oleh minyak ikan adalah penting untuk meneruskan pembangunan kognitif.

“If you are unable to consume at least two 4-ounce servings of fatty fish per week, taking a fish oil supplement containing 1,000 milligrams of EPA and DHA [omega-3 fatty acids in fish] combined may help improve attention span, mood [and] overall brain function,” Posner says.

Vitamin yang diperlukan pada usia 30-an

Posner sekali lagi mencadangkan asid besi dan asid folik bagi wanita dalam linkungan 30-an. Hal ini demikian kerana, peringkat ini merupakan satu peringkat klimaks bagi wanita untuk hamil. Selain itu, penambahan suplemen vitamin C boleh membawa pelbagai manfaat untuk penuaan kulit – termasuk melindungi kulit kering, berkedut dan rosak akiat sinaran UV.

Dr. Christel Malinski dari Benson Dermatology di Ponchatoula, Louisiana, turut bersetuju, dengan pendapat beliau bahawa vitamin C dapat membantu “meningkatkan pengeluaran kolagen” dan mengurangkan kemerahan.

Sekiranya anda mengambil multivitamin, adalah dicadangkan multivitamin tersebut mengandungi sekurang-kurangnya 75 miligram vitamin C, tetapi jika anda mengambilnya secara khusus, pastikan amoun vitamin c tidak melebihi 2,000 miligram.

Jika jerawat merupakan musuh utama anda, Malinski mencadangkan vitamin A kepada pesakitnya. Vitamin A ternyata berkait rapat dengan jerawat. Malah ianya merrupakan salah satu nutrisi penting yang dapat membantu membasmi jerawat bahkan mencegah kemunculannya.

Ini karena ketika apabila kadar vitamin A dalam tubuh rendah, maka penghasilan keratin (protein semulajadi pada rambut) akan meningkat pesat sehingga terlebih dari jumlah yang sepatutnya ada disekitar rambut.

Keadaan ini akan menghasilkan minyak di bahagian kulit kepala sekaligus ke bahagian kulit wajah sehingga menyebabkan pori-pori di wajah tersumbat dan akhirnya menimbulkan jerawat.

Vitamin yang diperlukan pada usia 40-an

Perimenopause (peralihan ke menopaus) biasanya bermula pada masa ini dan menyebabkan penurunan kadar estrogen serta gejala seperti panas melampau, kembung dan pola tidur yang tidak teratur. Beliau mencadangkan penggunaan minyak ikan untuk “mengatasi kesan perubahan hormon yang menyebabkan panas melampau.”

Di samping itu, beliau mencadangkan probiotik untuk masalah pencernaan berkaitan hormon, imun sistem dan juga untuk kestabilan mental.”Apabila memilih probiotik, pertimbangkan masalah pencernaan dan jangan abaikan fungsi label di setiap produk probiotik bagi mendapat manfaat kesihatan yang optimum,” katanya.

Posner juga mengesyorkan suplemen magnesium untuk kumpulan umur ini, kerana ia dapat membantu untuk melegakan otot, mendapat tidur yang lebih selesa dan juga dapat mengawal tekanan darah dan insulin.

“RDA [Recommended Dietary Allowance] untuk magnesium bagi wanita dalam kumpulan umur ini ialah 320 miligram,” jelasnya.

Jika diet anda adalah makanan yang mengandungi kuantiti magnesium yang sedikit, [seperti] bayam, brokoli, kacang atau kekacang, cuba pertimbangkan untuk mengambil suplemen magnesium.

Vitamin yang diperlukan pada usia 50-an

Sebaik sahaja anda telah beralih sepenuhnya ke peringkat menopaus, kalsium adalah sangat penting bagi anda pada ketika ini kerana anda paling mudah terdedah kepada kehilangan ketumpatan tulang utama yang membawa kepada osteoporosis dan patah tulang.

“RDA untuk kalsium untuk wanita meningkat dari 1,000 miligram sehari ke 1,200 miligram sehari apabila anda berusia lebih dari 50 tahun,” kata Posner, sambil menyatakan bahwa penting untuk mencari suplemen yang mengandungi kalsium sitrat, yang mana tidak memerlukan asid perut untuk membantu proses penyerapan kerana pengeluaran gastric acid juga menurun dengan seriring dengan peningkatan usia. Apabila usia makin bertambah, keguguran rambut juga mulai ketara dalam kalangan wanita.

“Low levels of biotin can be associated with hair loss. [While] an excess of biotin is not necessarily helpful for hair growth, I do recommend supplements such as Nutrafol that contain biotin along with turmeric and other helpful ingredients,” menurut Malinski 

Apapun, cubalah berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan bagi mendapatkan cadangan untuk kesihatan anda. Kadang-kadang, suplemen atau vitamin yang dimakan lebih dari amaun yang dicadangkan adalah sangat merbahaya kerana ianya boleh menyebabkan pelbagai masalah kronik seperti buah pinggang gagal berfungsi dengan baik atau mungkin toxicity.

“Some supplements in large doses can lead to adverse effects or even toxicity”

“Taking a multitude of supplements cannot override the effects of unhealthy eating habits and lifestyle.”

 

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509