Amat malang sekali apabila negara menjuarai statistik global dalam perkara yang tidak diingini.
Susulan epidemik jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu, Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan pencemaran udara tertinggi dunia.
Berdasarkan cerapan indeks pencemaran udara (IPU) oleh World Air Quality Index (WAQI) pada Rabu jam 6.20 pagi, Malaysia mencatat bacaan IPU 266.
Ia merupakan bacaan tertinggi di dunia, diikuti dengan Afrika Selatan (217), Indonesia (207), dan India (194). Box berwarna purple tu kira tahap kritikal dan tertinggi dunia la tu. Manakala box berwarna hijau merupakan bacaan yang selamat yang mana kalau sesiapa nak melancong buat masa sekarang, pergilah melancong ke negara yang mempunyai bacaan IPU terendah. Bukan apa, nanti balik Malaysia, sakit-sakit pula.
Dahsyat betul bacaan IPU Malaysia. Tengok kat bawah ni.
Bagi anda yang tertanya-tanya, jerebu tu macam mana nak beza? Saya nampak ok je keadaan sekeliling, cuma matahari je macam malu-malu nak keluar, nak kata panas pun tak, nak kata hujan nak turun pun tak.
Bagi yang masih tak boleh beza sama ada jerebu ke mendung tu, ni ha, boleh baca keterangan ringkas mengenai jerebu di bawah ni.
Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca – Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
- Pembakaran Secara Terbuka
- Asap Dari Kilang
- Asap Dari Kenderaan
HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU | STATUS |
0 – 50 | Baik |
51 – 100 | Sederhana |
101 – 200 | Tidak Sihat |
201 – 300 | Sangat Tidak Sihat |
301 – 500 | Berbahaya |
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah – Iangkah pencegahan.
Jerebu ni bahaya tau. Kajian telah dilakukan (Klik sini: jtd-08-01-E69) dan kesannya, udara yang tercemar boleh menyebabkan kerosakan sistem pernafan manusia serta boleh menyumbang kepada kanser. Saya akan kongsikan dengan anda beberapa langkah pencegahan yang boleh anda ambil semasa jerebu. Klik sini.
Rujukan:
- The Impact of PM2.5 on the Human Respiratory System
- http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/51