Penyakit kayap ini juga digelar ‘shingles’ dalam Bahasa Inggeris dan berpunca daripada virus dipanggil ‘varicella zoster’. Virus ini juga merupakan penyebab kepada penyakit cacar air (chicken pox).
Dalam kepercayaan masyarakat tempatan, ramai yang percaya bahawa sekiranya ruam kayap ini bertemu mengelilingi badan akan membawa maut, tetapi sebenarnya kepercayaan ini adalah salah dan penyakit ini jarang menyebabkan kematian.
Pengenalan kepada Kayap
Penyakit kayap merupakan suatu jangkitan virus yang mengakibatkan ruam yang sakit. Walaupun kayap boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, pada kebiasaannya ia akan timbul sebagai ruam yang melilit pada bahagian kiri atau kanan tubuh.
Ruam kayap tidak akan melintas garis tengah badan dan biasanya hanya melibatkan satu bahagian badan sahaja.
Sekiranya ruam kayap ini timbul pada muka, ia mungkin akan melibatkan mata saraf muka, atau telinga. Dalam kes-kes tersebut, pesakit-pesakit kayap dinasihati untuk berjumpa dengan doktor segera kerana ruam kayap ini boleh mengakibatkan kerosakan mata yang berkekalan.
Seseorang yang menghidap penyakit kayap boleh menjangkiti orang yang tidak pernah menghidap penyakit cacar dengan virus ‘varicella zoster’. Virus ini mudah disebarkan melalui cecair pada ruam kayap.
Namun demikian, seseorang yang dijangkit ini akan menghidap penyakit cacar dan bukan kayap.
Oleh itu, sekiranya ruam kayap belum berkuping, pesakit kayap dinasihati supaya mengelakkan golongan yang belum menghidap penyakit cacar terutamanya bayi dan wanita yang mengandung.
Punca-punca Penyakit Kayap
Penyakit kayap ini berpunca dari pengaktifan semula virus ‘varicella zoster’ yang juga merupakan penyebab kepada penyakit cacar air. Sesiapa yang pernah menghidap penyakit cacar berkemungkinan untuk mendapat kayap pada masa hadapan. Hal ini disebabkan virus ‘varicella zoster’ ini akan kekal dalam sistem saraf dalam bentuk yang tidak aktif selepas seseorang itu pulih daripada jangkitan cacar air. Disebabkan beberapa faktor, virus ini akan menjadi aktif semula dan merebak mengikut saluran saraf pada kulit, lalu mengakibatkan ruam kayap yang melilit pada badan. Walaupun demikian, bukan semua orang yang mendapat penyakit cacar akan menghidap kayap.
Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko mengalami kayap
- Usia yang meningkat
- Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan oleh penyakit HIV atau rawatan kemoterapi dan ubat-ubat seperti steroid
Simptom-Simptom Penyakit Kayap
Penyakit kayap biasanya mengambil masa 3-5 minggu untuk pulih. Kebanyakannya seseorang hanya akan menghidap kayap sekali sahaja dalam kehidupan. Penyakit kayap mempunyai 3 fasa jangkitan yang mempunyai gejala berlainan:
1) Fasa sebelum ruam
Pada masa ini, pesakit akan mengadu rasa sakit pada kawasan kulit yang terlibat. Biasanya hal ini berlaku selama 2-3 hari sebelum ruam terjadi. Pesakit juga mungkin akan mengalami:
- Demam
- Sakit kepala
- Sakit-sakit badan
- Berasa letih
2) Ruam
Ketika ini, ruam akan timbul pada kawasan kulit yang terlibat. Ciri-ciri ruam:
- Berbentuk lepuh (‘blister’) kecil yang akan mengeluarkan air dan kering dalam masa 7-10 hari. Parut akan hilang dalam masa 2-4 minggu.
- Sakit yang teruk di bahagian kulit tersebut akibat keradangan saraf oleh virus
- Rasa kebas dan seperti terbakar atau dicucuk
- Kulit yang terlibat akan menjadi sensitif jika disentuh
- Gatal
- Sekiranya ruam timbul pada muka, pesakit hendaklah berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mengelakkan berlakunya komplikasi berpanjangan.
3) Selepas ruam
Selepas ruam kayap telah sembuh, pesakit kayap mungkin masih merasa sakit pada bahagian tersebut untuk beberapa bulan. Tapi bergantung kepada individu ya. Perkara ini hanya berlaku kepada 20-40% dari pesakit kayap sahaja. Tak semua ya.
Rawatan kepada Penyakit Kayap
1. Penyakit kayap tidak dapat disembuhkan sepenuhnya dengan ubat, namun rawatan kayap yang ada sekarang adalah untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan jangka masa untuk pulih
2. Ubat antiviral: Ubatan yang boleh digunakan untuk mencepatkan pemulihan ruam kayap ialah aciclovir, sejenis ubat antiviral. Ubat ini paling berkesan sekiranya dimulakan dalam masa 3 hari selepas ruam timbul. Sebelum mengambil ubat ini, pesakit kayap haruslah memahami kesan-kesan sampingan ubat ini. Disebabkan iannya adalah ubatan antiviral, yang mana konsepnya sama dengan antibiotik, ubat ini haruslah diambil mengikut arahan doktor.
3. Ubat tahan sakit: Biasanya diberikan kepada pesakit supaya lebih selesa. Ubat tahan sakit yang biasa digunakan seperti Panadol biasanya tidak berkesan untuk mengurangkan kesakitan kayap kerana sakit radang saraf merupakan jenis sakit kategori berbeza. Ubat tahan sakit boleh diberikan dalam bentuk lain.
4. Ubat sapu yang mampu mengebaskan kawasan kulit yang sakit
5. Ubat narkotik seperti codeine
6. Ubat sawan yang berkesan dalam mengurangkan sakit kayap
7. Losyen ‘calamine’ yang biasa digunakan untuk merawat ruam juga boleh digunakan untuk melegakan kawasan kulit yang terlibat. Pesakit juga digalakkan supaya tidak menggaru ruam tersebut untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada lepuh-lepuh yang pecah.
8. Vaksin untuk kayap merupakan suntikan sekali sahaja. Vaksin kayap (digelar Zostavax) juga disyorkan kepada orang ramai, terutamanya golongan yang sudah lanjut usianya (60 ke atas), serta golongan yang mempunyai sistem pertahanan badan yang rendah. Golongan tersebut digalakkan untuk mendapat perlindungan vaksin ini walaupun sudah pernah mendapat kayap atau tidak pernah mendapat penyakit cacar. Walaupun vaksin kayap tidak boleh merawat kes kayap yang sedang aktif, namun vaksin ini mampu mengelakkan kayap dari berlaku sekali lagi.
Kesimpulannya, pesakit yang mendapati simptom-simptom penyakit kayap haruslah segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat mengenai rawatan yang sesuai serta haruslah prihatin dalam mengasingkan diri daripada golongan yang tidak pernah mendapat penyakit cacar atau kayap. Bagi golongan yang tidak pernah mendapat kayap, langkah yang paling penting untuk mencegah penyakit ini adalah dengan mengambil vaksin Zostavax.
Rawatan Alternatif Penyakit Kayap dengan Suplemen Shaklee
1. Nutriferon
Nutriferon memiliki interferon. Interferon ini berfungsi untuk “memberi alarm” kepada antibodi untuk bertindak melawan virus, bakteria, kuman (bendasing) yang datang dalam badan. Jadi, pertahanan badan akan meningkat dan terus aktif dan melawan bendasing ini.
Apabila pesakit yang mengalami kayap ini mengambil Nutriferon, interferon akan meningkatkan sistem pertahanan badan dan mula bekerja keras untuk melawan virus ini. Jika sistem pertahanan badan tidak ditingkatkan, bagaimana ia mahu melawan virus dengan kadar yang cepat? Di sini lah perlunya nutriferon.
2. Vivix
Vivix memiliki satu teknologi yang membantu dalam memulihkan sel sehingga ke DNA. Ia merupakan antioksidan yang sangat tinggi. Gabungan Vivix dan Nutriferon akan membuatkan sistem pertahanan badan semakin meningkat dengan jayanya.
Pada masa yang sama akan membantu memulihkan pesakit kayap pulih dengan lebih cepat. Vivix membantu dalam mengatasi simptom-simptom sakit saraf atau keradangan yang dirasai oleh pesakit kayap ini. Juga membantu memberikan tenaga yang cepat secara semulajadi.
3. Garlic Complex
Garlic Complex adalah daripada ekstrak bawang putih. Sebiji Garlic Complex mengandungi segugus bawang putih. Seperti yang kita tahu, bawang putih secara semulajadi bertindak sebagai antibiotik.
Pesakit kayap memerlukan antivirus dan antibiotik untuk kembali pulih. Garlic membantu dalam membekalkan antibiotik yang semulajadi kepada pesakit kayap.
KESIMPULANNYA, apa pun cara rawatan yang ada, saya pasti anda cukup bijak membuat keputusan terbaik demi menangani masalah ini. Come on, siapa yang nak sakit kan? Semua nak sihat kalau boleh sepanjang masa. Jadi, jom cegah sebelum melarat.
****************************************
Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee seperti di atas? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.
Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509