Rambut gugur dianggap fenomena biasa yang tidak perlu dirisaukan. Hal ini kerana rambut mempunyai kitaran sendiri, di mana ia akan gugur dan tumbuh semula setelah melalui beberapa peringkat atau fasa tertentu.Setiap bulan rambut akan tumbuh atau panjang sebanyak 1 cm dan tumbuh ditempat rambut gugur.
6 Sebab Kenapa Rambut Gugur & Cara Mengatasi

Menurut Dr Sorya A.Aziz, setiap hari rambut harus gugur dan tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:
- FASA PERTUMBUHAN(Anagen) – berakhir sehingga 2-6 tahun.
- FASA SEGENERASI SPERA(Catagen) – berakhir sehingga2-6 tahun
- FASA REHAT (Telogen) – berakhir sehingga 2-3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya.
Nota *jangka hayat rambut adalah lebih kurang 5 tahun.
Setiap hari rambut gugur kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan,manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran iaitu lebih kurang 100 helai rambut sehari.
Punca rambut gugur berbeza-beza pada setiap orang. Masalah rambut gugur ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa atau wanita bersalin.
Apapun, jangan buat tak kisah! Keguguran rambut secara berlebihan boleh menyebabkan kebotakan. Jadi, bagi kita yang sedang mengalami masalah rambut gugur dan ingin mentetahui dengan jelas apa sahaja yang boleh menjadi punca rambut gugur, wajib baca artikel ini sampai habis.
BERIKUT ADALAH BEBERAPA PUNCA RAMBUT GUGUR TERUK
1. PENGARUH HORMON
Hampir 60% punca rambut gugur pada lelaki dan wanita adalah kerana masalah hormon. Hormon Dihydrostesteron (DHT), dikatakan bertanggungjawab terhadap terjadinya rambut gugur.
Apatah lagi, jika anda sudah berusia 30 tahun ke atas. Perubahan hormon tersebut boleh menjadi punca menyebabkan rambut kita gugur dengan banyak sekali.
2. MENGGUNAKAN PRODUK RAMBUT YANG MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN KIMIA
Menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan kimia juga boleh menyebabkan rambut gugur.

Lebih-lebih lagi jika kita kerap melakukannya. Bahan-bahan kimia tersebut boleh didapati pada beberapa produk rambut dan pewarna rambut.
3. MASALAH STRESS

Gangguan psikologi, terutama stress merupakan salah satu penyebab rambut gugur buat orang dewasa. Selain menganggu kesihatan mental, stress juga boleh menyebabkan gangguan perjalanan darah di sekitar kepala sehingga akar rambut akan menjadi semakin lemah dan merapuh.
4. PENGARUH PENYAKIT
Walaupun tidak semua penyakit menjadi punca rambut gugur, namun ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan rambut kita menjadi banyak gugur.

Infeksi kulit kepala seperti kurap dan tumbuhnya bakteria pada kulit kepala boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah. Selain penyakit pada kulit kepala, penyakit diabetis dan kanser juga boleh menjadi penyebab rambut gugur. Begitu juga dengan proses kimoterapi yang dilalui oleh pesakit kanser.
5. PENGGUNAAN HAIR DRYER

Punca lain yang menyebabkan rambut gugur adalah kerana penggunaan pengering rambut atau hair dryer.
Tidak ada masalah jika kita hanya menggunakannya sekali sekala. Rambut akan mudah rosak jika terlalu kerap menggunakannya.
6. LIAT MENCUCI RAMBUT
Jarang mencuci rambut turut menjadi salah satu penyebab rambut kita mudah gugur. Mencuci rambut dapat membantu menghilangkan kekotoran yang melekat di rambut dan kulit kepala.
Sama ada debu, peluh dan juga kotoran lain. Kotoran-kotoran itulah yang menjadi punca rambut kurang nutrisi dan menjadi mudah gugur serta rosak.
CARA MUDAH UNTUK MENGATASI ATAU MERAWAT RAMBUT GUGUR
Bagi kita yang mengalami masalah rambut gugur dan sudah mencuba pelbagai cara, namun tidak berhasil menghentikan keguguran rambut yang dialami, jangan stress ok. Cubalah beberapa cara mengatasi seperti di bawah ini.
MADU mampu membuatkan rambut menjadi subur dan lebih kuat. Kita hanya perlu menyapu madu pada seluruh bahagian permukaan kulit kepala dan rambut sambil mengurutnya perlahan-lahan.
Lakukan urutan tersebut selama 10 minit dan pratikkannya secara rutin bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

Protein tinggi yang terdapat pada telur boleh dimanfaatkan sebagai penyelamat kepala masalah rambut gugur.
TELUR DAN AIR PERAHAN LEMON Ambil sebiji telur, kemudian kacau di dalam sebuah mangkuk. Setelah itu, titiskan perahan air lemon ke dalam telur yang sudah dikacau tadi. Kemudian sapukan pada seluruh helain rambut.

* BUAH AVOKADO
Buah avokado yang masak dihancurkan, lalu dijadikan masker rambut. Sapukan masker avokado tersebut dari pangkal rambut sehingga hujung rambut. Setelah itu, biarkan selama 30 minit, kemudian bilaslah sehingga bersih.
Buah avokado ini mengandungi sejuta vitamin dan kaya dengan mineral yang mampu menyuburkan rambut sekaligus menyelesaikan masalah rambut ataupun gugur.

CARA PALING MUDAH UNTUK MENGATASI ATAU MERAWAT RAMBUT GUGUR
Atasi Masalah Rambut Beruban Dengan Vivix
Vivix adalah suppleman kesihatan yang sangat berkhasiat dan kaya dengan resveratrol. Resveratrol sangat terkenal dan terbukti secara klinikal dalam meremajakan semula tubuh dan melambatkan proses penuaan. Pengambilannya walaupun mungkin tidak dapat untuk menghitamkan semula rambut yang beruban, tetapi ia dapat membantu dalam mengurangkan masalah rambut gugur. Secara ringkasnya:
- Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
- Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
- Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Itulah beberapa tip tentang punca rambut gugur serta cara mengatasinyanya dengan menggunakan bahan semulajadi.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa SHARE ya!
1 thought on “Punca Rambut Gugur & Cara Mengatasi atau Merawat Rambut Gugur”