Sakit Ketika Membuang Air Kecil. Mungkinkah Saya Menghidap Penyakit Kencing Kotor?

Pernahkah anda mempunyai masalah kepedihan apabila membuang air kecil? Atau rasa tidak selesa di bahagian ari-ari yang menyebabkan anda sukar melakukan kegiatan seharian, kencing berbau busuk. Atau terasa nak terkencing tetapi apabila ke tandas kuantiti air kencing yang keluar hanyalah sedikit?

Tahukah anda, mengenai masalah kesihatan yang sedang anda alami?

Besar kemungkinan anda telah mendapat jangkitan kuman pada saluran air kencing yang dikenali sebagai kencing kotor / jangkitan sistem urinari atau ‘urinary tract infection (UTI)’. Kencing kotor ialah jangkitan kuman pada saluran air kencing. Hal ini sangat biasa didapati oleh golongan wanita kerana wanita memiliki saluran buang air kecil yang sangat pendek malah mereka lebih senang dijangkiti.

Patofisiologi

Saluran air kecing selalunya tidak mengandungi sebarang bakteria. Akan tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu terutamanya bagi seorang wanita, bakteria boleh masuk ke dalam saluran kencing.

Air kencing merupakan medium yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Ini kerana ia mengandungi kepekatan urea yang tinggi, mempunyai pH yang rendah iaitu 5.5 dan mempunyai asid organik. Bahan-bahan ini akan memberi makanan dan tempat tinggal yang sesuai bagi organisma tersebut.

Apakah Faktor Penyebab Kepada Kencing Kotor?

  • Penyebab utama kencing kotor atau lebih dikenali dengan nama ‘urinary tract infection (UTI)’ ialah jangkitan kuman pada tempat pengeluaran air kecil. Penyakit ini selalunya dialami oleh para wanita. Hal ini kerana wanita mempunyai saluran air kencing yang pendek yang memudahkan pembiakan bakteria. Bukan sahaja ia pendek tetapi sangat hampir dengan tempat buang air besar yang mana kita tahu terdapat 1001 jenis bakteria di sana. Bakteria yang paling kerap menjangkiti tempat buang air kecil ialah Escherichia coli (E.coli).
  • Selain itu, kencing kotor juga boleh terjadi melalui hubungan seks. Perkara ini lebih memberi kesan kepada golongan wanita daripada lelaki namun begitu kekerapan meminum air dapat membantu menghindari masalah ini.
  • Selain itu, terdapat juga beberapa masalah lain yang menjadi penyebab UTI ini seperti pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti batu karang atau masalah pundi kencing.
  • Wanita mengandung juga haruslah berwaspada kerana mereka mudah mendapat penyakit ini. Hal ini kerana badan wanita semasa mengandung akan menghasilkan hormon yang mengakibatkan saluran buang air mereka menjadi besar.
  • Selain itu, mereka yang mempunyai  sistem imun badan yang lemah seperti pesakit HIV atau AIDS juga turut menjadi penyebba kepada masalah penyakit kencing kotor ini.

Apakah Simptom Penyakit Kencing Kotor?

Simptom kencing kotor yang perlu diawasi ialah kepedihan semasa dan selepas membuang air kecil. Selain itu, pesakit juga akan mengadu sakit pada bahagian bawah perut dan kekerapan rasa nak kencing walaupun kuantitinya sedikit. Seterusnya, urine yang keluar akan berbau busuk, mengandungi darah dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Tambahan pula, ada sesetengah orang yang mempunyai air kencing keruh disebabkan jangkitan ini dan simptom lain adalah seperti demam dan menggigil.

Rawatan Penyakit Kencing Kotor

  • Kencing kotor dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik. Buat masa sekarang, antibiotik sememangnya merupakan rawatan yang paling berkesan. Namun tidak semua orang akan diberi antibiotik. Hal ini kerana pemberian antibiotik secara berleluasa akan memberi peluang kepada bakteria melawan antibiotik. Sekiranya ini berlaku, bakteria akan menjadi kebal terhadap antibiotik yang diberi dan terus menguasai kesihatan pesakit.
  • Oleh itu, terdapat kriteria yang perlu dipatuhi semasa pemberian antibiotik. Contohnya, pesakit haruslah mempunyai simptom kencing kotor dan pesakit yang mengandung tetapi tidak mempunyai simptom. Hanya 2 golongan ini yang digalakkan diberi antibiotik. Golongan yang tidak mempunyai simptom dan tidak mengandung disarankan minum banyak air untuk mencuci saluran air kencing sekaligus membasmikan kuman.

Cara Mengetahui Adakah Anda Menghidap Penyakit Kencing Kotor

  • Cara yang paling utama untuk mengesan jangkitan kuman ini adalah dengan mengkaji air kencing pesakit tersebut. Air kencing yang diambil haruslah ‘mid-stream urine’ yang bermaksud air kencing tersebut haruslah diambil dari pertengahan kencing dan bukan pada mula atau akhir. Hal ini kerana sekiranya pesakit mengambil air kencing pada permulaan maka bekas yang diberi akan dicemari bakteria yang berada di saluran awal air kencing.
  • Apabila air kencing telah didapati, ujian air kencing yang bernama ‘urine full examination and microscopic examination’ serta ‘urine culture’ akan dilakukan. Ujian ini membantu mengkaji kandungan air kencing serta melihat bakteria apa yang membiak di air kencing. Ujian ini juga dapat mengenal pasti sekiranya air kencing tersebut mempunyai sel darah merah atau putih atau glukosa.
  • Kencing kotor akan menghasilkan keputusan kencing yang memiliki elemen nitrate dan sel darah putih serta sedikit sel darah merah. Hal ini dapat mengukuhkan lagi diagnosa kencing kotor.

Apakah Yang Akan Berlaku Jika Dibiarkan Tanpa Rawatan?

Sekiranya seseorang itu dijangkiti kuman pada saluran air kencing dan tidak mengambil ubat untuk merawatnya kebarangkalian tinggi jangkitan kuman tersebut boleh merebak ke bahagian lain saluran kencing seperti buah pinggang atau pundi kencing. Salah satu tanda utama buah pinggang telah dijangkiti kuman ialah apabila air kencing menjadi keruh. Keadaan ini dikenali sebagai ‘pyelonephritis’.

Bakteria juga boleh menjangkiti testis dikenali ‘orchitis’,  jangkitan kuman di pundi kencing iaitu ‘cystitis’ dan jangkitan kuman yang tersebar dalam saluran darah iaitu ‘urosepsis’. Semua perkara ini sangat membahayakan kerana boleh merosakkan organ-organ tersebut lalu menyebabkan fatality. Jadi, perkara ini harus dibendung dari awal lagi supaya tidak menjadi serius pada masa akan datang.

Cara-Cara Pencegahan Bagi Penyakit Kencing Kotor

  • Cara yang paling utama untuk mencegah masalah ini ialah minum sekurang-kurangnya 10 gelas air sehari untuk membantu mencuci saluran air kencing. Selain itu, setelah membuang air besar, cara pencuciannya haruslah dari belakang dan bukan dari depan.
  • Kebanyakan wanita mempunyai tabiat mencuci dari depan. Oleh itu, bakteria dari belakang akan terbawa ke faraj lalu memasuki saluran air kencing dan mengundang jangkitan kuman.
  • Cara lain adalah dengan menukar tuala wanita dengan lebih kerap, membuang air kecil sebelum dan selepas hubungan seks, tidak memakai pakaian dalam yang ketat untuk memberikan pengudaraan yang cukup.

Bolehkah Kaum Lelaki Mendapat Kencing Kotor?

Semua pihak boleh mendapat kencing kotor mahupun lelaki atau perempuan tetapi kekerapannya lebih tinggi bagi golongan wanita. Ianya jarang berlaku pada kaum lelaki kerana mereka mempunyai saluran air kencing yang panjang. Justeru itu, bakteria susah untuk membiak di tempat tersebut tetapi sekiranya bakteria berjaya menembusi penghadang tersebut dan membiak, maka lelaki tersebut akan dapat kencing kotor.
Sebagai kesimpulannya, dengan mengetahui secara penyebab kencing kotor ini seseorang itu hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan supaya kejadian ini tidak berlaku dan mengganggu kehidupan seharian. Selain itu, kita juga haruslah minum air dalam kuantiti yang banyak setiap hari untuk kehidupan yang lebih sihat serta sentiasa menjaga kebersihan diri.

RAWATAN ALTERNATIF DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

  1. ALFALFA COMPLEX – berfungsi sebagai anti kulat. Dipercayai sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang.
  2. GARLIC COMPLEX– berfungsi sebagai antibiotik semulajadi. Menghalang jangkitan kulat, kuman, bakteria, virus.
  3. ZINC COMPLEX – membantu pemulihan saluran urinari
  4. VIT C PLUS – mengasidkan urin, menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak dan mengukuhkan sistem imun badan.

Kesimpulannya, jika masalah jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing tidak dirawat, kuman boleh naik ke bahagian atas dan menyebabkan jangkitan kuman dibuah pinggang pula. Masalah itu dinamakan sebagai pyelonephritis. Jadi, masalah kencing kotor ini, haruslah dirawat bermula dari peringkat awal. Anda perlu mengambil serius akan permasalahan ini.

****************************************

Berminat untuk mendapatkan rawatan alternatif dengan suplemen Shaklee yang mana memang terkenal sebagai suplemen makanan tambahan berkualiti tinggi? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

 

*Rujukan – Istilah Perubatan

Kencing kotor: Juga dikenali sebagai jangkitan kuman pada tempat buang air kecil / urinary tract infection
Pyelonephritis: Jangkitan kuman pada buah pinggang
Patofisiologi: Bagaimana penyakit itu berlaku
Prognosis: Kesudahan kepada pesakit tersebut

Comments

31/08/2018 at 9:24 AM

terima kasih…perkongsian yang sangat menarik



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!