Sakit Perut Sebelah Kanan, Selain Apendisitis Ini Puncanya

14/10/2018 0 By Nutrisi Guru
Sakit Perut Sebelah Kanan, Selain Apendisitis Ini Puncanya

Sakit perut yang teruk adalah sebab paling kerap dalam kalangan pesakit berumur 15 tahun ke atas ke jabatan kecemasan. Dalam sebahagian besar kes, pesakit akan mengadu sakit perut sebelah kanan.

Walaupun apendisitis adalah penyebab utama keadaan ini, pelbagai jenis penyakit berkaitan gastrousus, saluran kencing dan anggota reproduktif wanita boleh menjadi puncanya.

Abdomen atau perut

Bahagian abdomen (biasa disebut sebagai perut) manusia merujuk kepada ruang badan antara dada dan pelvis (peha). Abdomen mengandungi semua organ pencernaan termasuklah perut, usus, pankreas, hati dan hempedu. Selain itu, abdomen juga mengandungi buah pinggang dan limpa.

Oleh itu, ketidakselesaan atau rasa sakit pada abdomen mungkin berpunca daripada pelbagai organ yang terletak pada bahagian badan ini. Ini termasuklah masalah pada organ perut atau organ lain. Sakit perut sebelah kanan bukanlah merujuk kepada sakit pada organ bernama perut di dalam abdomen, sebaliknya merujuk kepada sakit pada bahagian kanan abdomen.

Apa itu apendisitis?

Apendisitis adalah sebab utama pembedahan abdomen di dunia. Keadaan ini merujuk kepada keradangan akut pada apendiks atau usus buntu, iaitu tisu kecil yang berada di pertemuan usus besar dan usus kecil. Keradangan ini menyebabkan rasa sakit perut sebelah kanan.

Keadaan ini memerlukan perhatian perubatan segera. Doktor mungkin menentukan pembedahan untuk membuang apendiks bagi menghalang organ daripada pecah dan menyebabkan komplikasi lain. Jika apendisitis teruk, doktor mungkin mengeluarkan apendiks dengan serta-merta.

Punca-punca lain sakit perut sebelah kanan

Punca-punca ini adalah penyebab paling biasa bagi kesakitan pada bahagian bawah abdomen. Walaupun anda mungkin berasa tidak selesa di sebelah kanan, kesakitan ini juga boleh berlaku di sebelah kiri.

1. Gas

Gas dalam usus berpunca daripada makanan yang tidak dipecahkan sepenuhnya. Semakin banyak makanan yang tidak tercerna, semakin banyak gas yang akan dihasilkan tubuh. Apabila gas terkumpul, ia boleh menyebabkan sakit perut, kembung perut, dan tidak selesa pada perut.

Sendawa dan buang angin biasanya memberikan kelegaan. Malah, adalah biasa bagi seseorang untuk mengeluarkan gas sehingga 20 kali sehari.

Bagaimanapun, gas yang berlebihan mungkin merupakan tanda gangguan pencernaan, seperti diabetes atau intoleransi laktosa. Sebab-sebab lain untuk perut bergas termasuklah menelan lebih banyak udara daripada biasa, terlebih makan, gula-gula getah dan merokok.

2. Ketakcernaan (Dispepsia)

Dispepsia yang disifatkan sebagai rasa senak biasanya berlaku selepas makan atau minum sesuatu. Sakit biasanya berlaku di bahagian atas abdomen, walaupun ia mungkin berlaku di bahagian bawah.

Masalah ketakcernaan ringan akan hilang dengan cepat dan boleh dirawat dengan ubat-ubatan tanpa preskripsi. Tetapi jika simptom berterusan selama lebih 2 minggu, seseorang itu harus berjumpa doktor untuk menolak kemungkinan masalah pencernaan yang lain.

3. Hernia

Hernia berlaku apabila bahagian badan atau organ dalaman menolak melalui tisu atau otot yang memegangnya. Terdapat beberapa jenis hernia, yang kebanyakannya berlaku di abdomen. Setiap jenis boleh menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan di kawasan yang terjejas.

4. Jangkitan buah pinggang/ginjal

Jangkitan buah pinggang disebabkan oleh bakteria yang biasanya berasal dari pundi kencing, ureter, atau uretra. Satu atau kedua-dua buah pinggang boleh terjejas disebabkan jangkitan. Walaupun wujud sakit perut belah kanan, ketidakselesaan daripada jangkitan buah pinggang lebih kerap berlaku di belakang, sisi, atau pangkal paha.

Apabila tidak dirawat, jangkitan buah pinggang boleh menyebabkan kerosakan kekal. Sekiranya anda melihat sebarang simptom, segeralah berjumpa dengan doktor.

4. Batu karang ginjal

Batu karang ginjal adalah adalah pengumpulan keras mineral dan garam yang terbentuk dalam buah pinggang. Seseorang mungkin tidak merasakan kesakitan sehingga batu ginjal mula bergerak atau masuk ke saluran yang menghubungkan buah pinggang dengan pundi kencing anda.

Apabila ini berlaku, ia menyebabkan kesakitan yang teruk di bahagian belakang dan sisi, di bawah tulang rusuk dan di seluruh bahagian bawah perut dan pangkal paha. Tahap kesakitan dan lokasi rasa sakit boleh berubah apabila batu karang bergeser dan bergerak melalui saluran kencing.

5. Sindrom usus iritabel

Sindrom usus iritabel atau IBS adalah penyakit kronik yang menjejaskan usus besar. IBS menyebabkan kekejangan, kembung perut, gas, cirit-birit, sembelit, sakit perut, perubahan pergerakan usus dan lendir dalam najis.

Punca IBS tidak diketahui, walaupun beberapa faktor dikenalpasti. Ini termasuklah pengecutan usus yang lebih kuat daripada biasa dan kelainan pada sistem saraf organ pencernaan.

6. Penyakit radang usus

IBS tidak harus dikelirukan dengan penyakit radang usus (IBD). IBD adalah sekumpulan gangguan pencernaan yang menyebabkan perubahan pada tisu usus dan meningkatkan risiko kanser kolorektal.

Kolitis ulseratif dan penyakit Crohn adalah 2 penyebab utama IBD. Kedua-dua keadaan kronik menyebabkan keradangan dalam saluran penghadaman, yang boleh membawa kepada sakit perut.

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!