Adakah anda percaya bahawa di dalam diri anda terdapat berlian yang berharga? Ya, sebenarnya di dalam diri anda terdapat berlian berharga.
Berlian terbentuk dari karbon yang berasal dari gunung berapi yang terdapat ratusan meter di bawah permukaan bumi dengan suhu atau temperature yang sangat tinggi/panas. Batu berlian tersebut kemudian terbawa ke permukaan bumi melalui letusan Gunung berapi (Volcanic Eruption) Proses naiknya berlian ke permukaan bumi sendiri memerlukan waktu yang sangat lama, yaitu sekitar 1 – 3 Billion tahun.
Berlian termasuk salah satu jenis batu permata yang sangat kuat dan keras dengan satuan tingkat kekerasan 10 Mohs (Mohs scale of mineral hardness is a qualitative ordinal scale characterizing scratch resistance of various minerals through the ability of harder material to scratch softer material) .Nama berlian diambil dari bahasa Yunani kuno yang artinya ‘Tak Terkalahkan’.
Berlian adalah batu permata paling berharga di dunia. Berlian terhasil lebih kurang 161 kilometer atau 100 batu di dalam bumi.
Bagi menghasilkan berlian karbon di dalam bumi, ianya perlu mendapat tekanan seberat 435,113 paun bagi setiap inci persegi (psi) dan dipanaskan pada suhu yang tidak kurang daripada 400 darjah celcius. Apabila kedua-dua tekanan dan suhu ini tidak mencapai tahap yang disebutkan berlian tidak terhasil. Sebaliknya yang terhasil adalah grafit. Grafit adalah karbon yang lembut.
Grafit sebagaimana berlian ialah salah satu alotrop karbon. Ia dinamakan oleh Abraham Gottlob Werner pada 1789 dari perkataan Greek γραφειν (graphein): “melukis/menulis”, kerana kegunaanya dalam pensel. Berbeza dengan berlian, grafit merupakan pengalir elektrik separuh logam, dan boleh digunakan, sebagai contoh, dalam elektrod lampu. Grafit memegang penghormatan sebagai bentuk paling stabil karbon di bawah suhu dan tekanan piawai.
Kebanyakan berlian yang kita lihat pada hari ini terhasil di bawah bumi jutaan tahun dahulu. Ini menjadikan berlian bahan mineral paling keras di muka bumi.
Sebenarnya manusia memiliki berlian di dalam dirinya kerana lebih daripada 18% jasad manusia terdiri daripada karbon. Namun berlian di dalam diri manusia tidak terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi tidak terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian di dalam diri manusia hanya terhasil apabila kesabarannya diuji, kecekalannya dicabar, kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketakwaannya ditapis.
Apabila manusia berjaya melepasi ujian-ujian ini, dia menjadi permata umat yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Pada masa itu dia mencapai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Manusia menjadi lebih matang dan mantap setelah mendapat ujian. Tanpa ujian potensi diri tidak akan ditemukan. Kita seharusnya bersyukur jika di berikan ujian. Allah memberi jaminan bahwa kesusahan adalah jambatan menuju keberhasilan.Firman Allah S.W.T bermaksud:
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.” (Al-Insyirah ayat 5-6 )
Sampai sini je dulu, jumpa next entry ya. Assalamualaikum.