Kegemukan atau obesiti (perkataan obesiti akan digunakan seterusnya) adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. 10 tahun dahulu, obesiti hanyalah dikenal pasti sebagai faktor risiko kesihatan terutamanya untuk penyakit kardiovaskular khususnya penyakit jantung. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan, bersandarkan penemuan saintifk baru, masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius pada individu yang terdedah kepada obesiti terutamanya penyakit jantung dan diabetes.
Manakala statistik di Malaysia melalui National Health Morbidity Survey yang di jalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas adalah obese. Ini menunjukkan peningkatan berbanding dengan 14% pada tahun 2006. Ini bermakna seramai 2.6 juta populasi dewasa di Malaysia adalah obese menjadikan Malaysia negara tertinggi mempunyai kadar obesiti di kalangan negara-negara asia tenggara.
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengakibatkan risiko obesiti, kencing manis seterusnya penyakit jantung.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6). Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama.
WHO juga menganjurkan pengambilan gula dihadkan sekitar 50 gram sehari untuk orang dewasa. 50 gram ini meliputi semua sumber makanan, minuman, kudapan ringan, gula-gula serta ais krim.
Risiko Obesiti Adalah Tinggi Dalam Minuman Tin.
Antara sumber gula yang utama adalah daripada minuman seperti kopi tin.
Era globalisasi. Cepat, mudah dibawa, membangkitkan aroma dan paling penting harganya berpatutan. Inilah pilihan ramai. Namun, inilah antara minuman yang mempunyai kandungan gula yang amat tinggi.
Mengikut kajian di pasaran Malaysia, di sini saya senaraikan ranking 3 teratas kopi tin paling banyak gula serta ranking 3 teratas paling sedikit kandungan gula.
Ranking 3 PALING BANYAK kandungan gula;
- Ali Cafe Original (25.7 gram gula = 6.2 sudu teh gula)
Ingat ini hanyalah kandungan setin. Bayangkan seorang individu mengambil 2 tin sehari. - Wonda Kopi Tarik (23 gram gula = 5.8 sudu teh gula) – Sedap tapi itulah penuh bergula. Paling tinggi dalam kategori Wonda.
- Pearl Coffee (21.5 gram gula = 5.2 sudu teh gula) – Biasa diminum kaum wanita.
Ranking 3 PALING SEDIKIT kandungan gula;
- Nescafe Americano
Produk ini TIADA GULA langsung. Memang tidak ada rasa manis. Dikeluarkan sempena World Coffee Day pada tahun ini dan hanya boleh didapati di stesen minyak SHELL. Harganya sama dengan Nescafe yang lain. - Nescafe Cold Brew
4.3 gram gula = 1 sudu teh gula. Ayat yang digunakan adalah ‘ lightly sweetened”. Harga sedikit mahal. RM 3 ke atas. - Wonda Zero Max
5.8 gram gula = 1.5 sudu teh gula. Kategori paling rendah gula dalam adik beradik Wonda. Harga lebih mahal berbanding Wonda yang lain. Harga RM 2.90.
Implikasi Kegemukan (Obesiti)
Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:
- Diabetes Mellitus
- Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
- Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
- Metabolic syndrome
- Sleep apnoea
- Penyakit jantung koronari
- Cerebrovascular disease
- Kegagalan jantung
- Tekanan darah tinggi (hypertension)
- Osteoarthritis
- Gout
Secara rumusannya, perbanyakkan minum air masak daripada minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air masak memang dah confirm tiada gula. Kalau rasa kekurangan gula atau hypoglyemic, anda boleh ambil gula dalam bentuk makanan/ snack bar. Even buah-buahan juga mempunyai gula. Selain itu, nilai kalori setiap tin adalah berbeza. Selain kandungan gula, ada kopi, krimer, produk tenusu, pemanis tiruan yang turut mempunyai nilai kalori.
Sekiranya alasan anda adalah,
“saya tak boleh tak minum coffee / nescafe…”
“Coffee is life..”
“I’m a coffee addict”
Cuba ganti Nescafe berperisa dengan Nescafe Americano. Ianya pahit tapi lebih baik daripada Nescafe latte/mocha/caramel. Tiada gula. Pilihlah dengan bijak.
Excessive consumption of coffee or caffeine can lead to dehydration, emotional weariness and exhaustion. Excess caffeine consumption can cause symptoms such as headache, anxiety , tremors, acidity , palpitations and lack of sleep. With long-term use, some may get anxiety and develop depression..
But if one is suffering from headache, fatigue, anxiety , irritability, depressed mood and difficulty in concentrating, then the person is likely to be suffering from caffeine addic ..
Sumber: Economic Times
Akhir kata, kurangkan manis dalam minuman, tambahlah kemanisan senyuman. 🙂
Rujukan:
- https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obesity/symptoms-causes/syc-20375742 (visited 28 Disember 2018)
- Complications Of Obesity George A. Bray, M.D. Ann Intern Med. 1985;103(6_Part_2):1052-1062. Doi:10.7326/0003-4819-103-6-1052
- http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/18/nation/12591415&sec=nation (visited 25 April 2013)