Skip That Cup of Coffee and Try One of These Foods to Boost Your Energy

05/11/2018 0 By Nutrisi Guru
Skip That Cup of Coffee and Try One of These Foods to Boost Your Energy

Seiring dengan perkembangan teknologi yang berterusan, beban kerja yang berat, jadual latihan yang padat, dan sentiasa sibuk dengan kegiatan sosial, tidak hairanlah anda sentiasa letih dan seringkali rasa tidak bertenaga setiap pagi. Anda tidak bersendirian sebenarnya menurut kajian ke atas 85% penduduk Amerika, rata-rata mereka bangun pagi dalam keadaan tidak bertenaga.

Tidur yang mencukupi, selama lapan jam adalah permulaan yang baik untuk mengelakkan keletihan, malangnya disebabkan aktiviti seharian kita yang sibuk, ramai yang tidak berpeluang mendapatkan tidur yang cukup lantas kelihatan kusam, letih dan tersengguk-sengguk keesokan harinya.

Tabiat harian anda boleh mengisi jurang tenaga jika anda makan makanan yang sihat, menurut Jenna A. Werner, RD, pencipta Happy Slim Healthy. “Makanan adalah bahan bakar kita. Kalori sebenarnya adalah unit tenaga. Apabila kita makan makanan yang betul dengan kombinasi makanan yang betul kita benar-benar membekalkan tenaga kepada badan kita.

“Berikut adalah antara jenis makanan yang diluluskan oleh RD yang akan memuatkan anda lebih bersemangat sehingga anda boleh merancang masa tidur anda dengan lebih baik.

1.AVOCADO

BUAH Avocado mungkin tidak sepopular buah-buahan import lain seperti epal atau kiwi yang sudah lama berada di pasaran negara ini.

Bagaimanapun buah yang berbentuk lonjong berwarna hijau ini sebenarnya mengandungi khasiat pemakanan yang hebat. Dalam kalangan wanita di negara ini mungkin sekian lama tahu mengenai buah avocado ini tetapi tahap pemahamannya hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan.

Avocado sebenarnya mempunyai rasa yang lemak dengan isinya yang halus. Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara masaknya seperti snek, salad, pencuci mulut atau sup. Menurut Jodie Campbell selaku penyelaras kursus dan latihan dari Agri-Science Queensland

“Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K,” katanya.

Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

Katanya, hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol. Selain itu, buah itu juga kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser.

”Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta,” katanya.

Bukan itu sahaja, buah Avocado juga sesuai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.

2. Sayuran Hijau

Sayuran merupakan salah satu bahan pokok makanan utama karena kandungan nutrisinya yang baik bagi tubuh. Sejak kecil kita telah diajarkan untuk rajin mengkonsumsi sayuran karena termasuk dalam menu 4 sehat 5 sempurna, namun tidak sedikit yang kurang menyukainya. Hal ini dikarenakan rasanya yang sedikit hambar padahal jika kita dapat mengolahnya dengan baik, sayuran dapat menjadi panganan yang melezatkan. Sayuran merupakan salah satu bahan makanan yang cukup menarik kerana terdiri dalam pelbagai warna walaupun banyak didominasi oleh warna hijau.

Semakin hijau warna sayuran maka semakin banyak pula antioksidan yang terkandung di dalamnya. Warna hijau yang ada pada sayuran disebabkan karena adanya zat hijau daun atau yang biasa dikenal dengan klorofil. Selain berfungsi memberi warna hijau pada sayuran, klorofil juga ternyata berperanan sebagai pelindung bagi tubuh. Klorofil berguna untuk melindungi sel yang telah lemah dari serangan sel kanser. Selain itu klorofil juga berfungsi sebagai natural detoxification yang dapat menghilangkan racun dalam tubuh.

Selain daripada sumber mineral,sumber vitamin dan bagus untuk sistem pencernaan, sayuran hijau kaya dengan zat besi yang penting dalam pembentukan hemoglobin yang berfungsi sebagai pembawa oksigen dalam sel darah

3. Ubi Keledek (Sweet Potato)

Khasiat Ubi Keledek Baik Untuk Kesihatan,ok!: Ubi keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat dan kuih talam. Bagaimanapun daun ubi keledek yang kaya dengan nutrisi biasanya dibuang begitu saja atau dijadikan makanan ternakan.

Kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan ‘homocysteine’ kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.


Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang ‘stress’. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.

Kandungan Vitamin D dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.

Ubi Keledek mengandungi besi (iron). Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting didalam badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal. Selain itu, Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium), ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.

Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

4. Pisang

Pisang merupakan buah yang sering kita temui di Malaysia. Ia mudah didapati di semua tempat pada harga yang berpatutan. Pisang sering digunakan sebagai pencuci mulut. Rasanya yang manis menjadi kegemaran ramai. Ia enak dimakan begitu saja ataupun dijadikan ramuan pencuci mulut seperti kuih muih, kek dan sebagainya. Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.

Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar. Pisang berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit

5. Coklat Hitam

Coklat hitam ataupun juga dikenali sebagai coklat gelap (dark chocolate) mempunyai banyak khasiat dan nutrisi yang boleh memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Coklat hitam yang diperbuat daripada biji koko, merupakan salah satu sumber antioksida yang terbaik di dunia. Kajian mendapati bahawa coklat hitam boleh meningkatkan kadar kesihatan dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Flavanols yang terdapat di dalam coklat hitam boleh meransang endothelium, iaitu lapisan arteri untuk menghasilkan nitric oxide (NO) – sejenis gas.

Salah satu fungsi NO adalah untuk menghantar isyarat ke arteri untuk mengendur, yang mana boleh mengurangkan kadar rintangan peredaran darah – lantas mengurangkan tekanan darah.

Terdapat juga beberapa kes yang menunjukkan bahawa biji koko dan coklat hitam boleh meningkatkan kadar peredaran darah dan mengurangkan tekanan, tetapi kesannya sangat sedikit. Selain itu, Flavanol juga boleh melindungi kulit anda daripada kesan cahaya matahari dari dalam kulit. Pada masa yang sama mempertingkatkan kadar peredaran darah ke kulit dan meningkatkan ketumpatan kulit dan hidrasi.

6. Water

Ramai orang beranggapan minum air kosong dalam kuantiti yang banyak baik untuk kesihatan, namun berbeza pula dengan pendapat Kavin Zahri. Menurut beliau, pengambilan air kosong secara berlebihan juga boleh membahayakan kesihatan.

Formula ringkas yang dapat saya ambil melalui catatan di blog beliau berkenaan kesan minum air berlebihan, selain daripada rasa haus cara terbaik untuk mengukur adalah dengan melihat pada warna air kencing.

Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik.

Jadi, sudah cukup jelas bahawa pengambilan air kosong atau air mineral dalam kehidupan seharian amat penting untuk kesihatan. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang mempunyai masalah tak suka minum air kosong?

Saya kata begitu sebab ketika saya kecil dahulu, saya juga mempunyai masalah tak suka minum air kosong. Sebabnya tak sedap! Hahaha. Oleh itu, jika anda juga mempunyai masalah yang sama atau sering terlupa untuk minum air kosong, di sini saya ada sedikit tip mudah yang boleh anda amalkan setiap hari.

Memetik dari portal Penerangan Malaysia, pengambilan air kosong setiap hari sangat penting, ini kerana air kosong dapat memelihara kesihatan tubuh dan melancarkan sistem metabolisme dalam badan.

Selain itu, air kosong juga dapat membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.

Dan ini adalah 4 waktu terbaik untuk minum air kosong yang boleh anda amalkan dengan mudah setiap hari.

1. Sebelum Tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

2. Bangun Tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita

3. Sebelum Mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

4. Sebelum Makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya.

4 waktu di atas adalah kuantiti minima jika anda memang yang jenis tak suka langsung minum air kosong. Saya pernah menulis status di Facebook bertanyakan soalan ini:

“Kenapa perempuan bila dah kurus automatik nampak cantik siap dengan pakej putih sekali?”

Dan antara jawapan paling win saya terima, sebab minum air kosong yang mencukupi, itu yang kulit jadi lawa dan putih. Detox katanya. Nah, ini tip ekstra untuk anda, minum air kosong pun boleh jadi cantik, tak perlu pakai produk mahal-mahal.

Kesimpulannya,

Anda sebenarnya boleh dan sangat boleh kekal aktif, bertenaga tanpa bantuan coffee. Cuba amalkan diet pemakanan seimbang dan selitkan juga menu-menu menarik diatas bagi membantu untuk memberi kecergasan kepada tubuh badan sepanjang hari. Bahkan dengan pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi, tiada lagi  rungutan seperti monday blues, wajah kelihatan kusam, letih dan tersengguk-sengguk keesokan harinya.

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509