Tanda-Tanda Ini Buat Saya Yakin 100% Anak Saya Dijangkiti Cacar (Chickenpox)

Anak anda mempunyai ruam merah pada bahagian belakang badan?

Ruam merah bertambah banyak, dan mendatangkan kegatalan?

Suhu badan anak anda sangat tinggi serta hilang selera makan?

Adakah anak anda mengalami simptom-simptom seperti di atas? Anda buntu untuk berbuat sesuatu? Apa yang perlu anda lakukan?

Jangan risau, bukan anda seorang sahaja sebenarnya yang buntu. Ramai lagi diluar sana yang akan mudah panik apabila berhadapan dengan situasi ini meskipun pernah mengalaminya suatu ketika dahulu.

Baiklah, sini saya kongsikan dengan anda beberapa info penting mengenai simptom yang dialami oleh anak anda. Besar kemungkinan, anak anda telah dijangkiti penyakit cacar. 

Penyakit cacar merupakan sejenis penyakit bawaan virus yang dikenali sebagai ‘varicella zoster’. Penyakit cacar juga mempunyai nama samaran lain iaitu ‘chickenpox’. Anda tidak perlu risau kerana masalah ini boleh diselesaikan sekiranya pesakit mendapat rawatan segera. Rawatan yang boleh diberikan ialah memastikan pesakit mendapat suntikan vaksin bagi penyakit cacar ini.

Selain itu, anda harus memastikan pesakit tidak menggaru ruam yang gatal tersebut kerana sekiranya ruam tersebut pecah dan cecair terkeluar maka ia akan meninggalkan parut dan ianya ada yang kekal sehingga ke usia dewasa. Anda juga harus memastikan anak anda minum air yang banyak kerana penyakit ini akan menjadikan badan  pesakit kekurangan air. Di samping itu, anda juga boleh memberikan ubat demam untuk menurunkan suhu badan pesakit yang tinggi itu. Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana masalah ini boleh diselesaikan jika mengikuti langkah yang diberitahu.

Pengenalan kepada Penyakit Cacar

Pada zaman sekarang, penyakit cacar sememangnya sangat umum menjangkiti masyarakat kita. Walau bagaimana teliti sekalipun kita menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan jangkitan ini berlaku, namun ianya sangat susah kerana jangkitan ini sangat mudah merebak.

  1. Penyakit cacar ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penyakit cacar air dan penyakit cacar api.
  2. Penyakit cacar air atau lebih dikenali sebagai ‘chickenpox’ ini merupakan sebuah penyakit di mana individu terbabit mempunyai jangkitan virus ‘varicella zoster’. Virus ini kebiasaannya menjangkiti golongan muda seperti bayi, kanak-kanak serta remaja. Namun begitu, ia juga boleh menjangkiti golongan dewasa.
  3. Penyakit cacar yang melibatkan golongan dewasa merupakan penyakit cacar api dan ini dikenali sebagai ‘herpes zoster’atau‘shingles’.

Punca terjadinya Penyakit Cacar

  • Seperti yang dinyatakan, punca penyakit cacar berpunca dari sejenis virus yang dikenali sebagai ‘varicella zoster’. Virus ini kebiasaannya menjadikan golongan muda sebagai sasaran utama kerana sistem imun mereka lemah.
  • Walaupun demikian, golongan dewasa juga tidak terkecuali. Hal ini kerana virus ini juga boleh menjangkiti golongan dewasa. Virus yang menjangkiti golongan dewasa ini dikenali sebagai ‘herpes zoster’ atau ‘shingles’.
  • Seseorang individu boleh dijangkiti virus ini dengan begitu mudah apabila berada berdekatan dengan orang yang mempunyai jangkitan ini.Sekiranya seseorang yang dijangkiti virus ini bersin, batuk mahupun meludah maka kemungkinan besar virus ini akan merebak kepada orang yang berada berhampiran dengan mereka dan menjadi penyebab berlakunya penyakit cacar air ini. 
  • Manakala, bagi mereka yang menghidap penyakit ‘shingles’, virus ini akan kekal dalam sistem saraf mereka untuk masa yang lama agak dalam bertahun-tahun sehingga ia menjadi aktif semula. Apabila ia menjadi aktif, maka individu yang terlibat akan mempunyai penyakit cacar api ini.

Tanda-tanda awal Penyakit Cacar

Penyakit cacar ini harus dikenal pasti dalam kadar segera supaya para ibu dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan masalah ini tidak berulang atau menjadi lebih teruk. Oleh itu, para ibubapa haruslah mengawasi anak kecil mereka sekiranya mereka mendapat sebarang ciri-ciri yang menandakan jangkitan virus ini.

Gejala penyakit cacar ini ialah seperti:

  1. Demam
  2. Ruam merah. Ruam ini boleh muncul pada mana-mana bahagian badan terutamanya bahagian dada, bahagian belakang badab serta punggung
  3. Ruam akan berasa sangat gatal
  4. Ruam mempunyai cecair di dalam dan sekiranya digaru akan pecah dan meninggalkan paru
  5. Ruam akan hilang dalam masa seminggu dan akan hilang dengan sendiri sekiranya tidak dikacau
  6. Rasa tidak bermaya dan lesu
  7. Tiada nafsu makan
  8. Sakit kepala
  9. Otot akan berasa sangat sakit
  10. Jika dibandingkan dengan cacar api, ruamnya akan berbentuk kecil sedikit dan mengandungi cecair serta individu terbabit akan merasa sakit yang melampau

Walaupun gejala yang berikutan penyakit ini merupakan perkara yang kelihatan tidak serius namun tidak seharusnya kita mengabaikannya kerana ianya boleh menjadi sangat kritikal dan pesakit harus dirawat dengan segera supaya dapat memastikan individu yang terlibat kembali cergas dan sihat serta tidak mendapat sebarang komplikasi yang membahayakan.

Rawatan Penyakit Cacar

Peyakit cacar ini sememangnya mempunyai ubatan yang tersendiri untuk memastikan penyakit ini dapat diubati. Oleh itu, ianya cukup memadai sekiranya kita dapat mengenal pasti ciri-ciri penyakit ini serta gejala yang berikutan untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan.

  • Rawatan yang dapat diberikan ialah vaksin bagi penyakit cacar air. Vaksin ini diberikan sebagai sebuah langkah pencegahan supaya anak anda tidak mudah mendapat jangkitan ini serta memastikan ianya tidak menular daripada orang lain. Ini terutamanya ditujukan kepada kanak-kanak kecil yang lebih mudah dijangkiti.
  • Selain itu, bagi penyakit cacar api pula, rawatan yang boleh diberikan hanayalah satu iaitu ubat acyclovir. Ubat ini terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu ubat sapu atau pun ubat makan. Ubat ini perlu diambil atau digunakan setiap hari atas arahan doktor dan seperti yang dinasihatkan oleh doktor supaya penyakit ini dapat disembuhkan dengan cepat dan tanpa sebarang komplikasi lain.
  • Di samping itu, berikutan penyakit cacar ini, sekiranya individu yang terlibat mempunyai demam maka doktor akan memberikan ubat untuk menurunkan suhu badan yang tinggi.
  • Tambahan pula, kita juga boleh mengambil langkah-langkah mudah untuk memastikan penyakit cacar ini akan sembuh dengan cepat seperti minum air yang banyak. Hal ini kerana penyakit cacar akan menyebabkan badan kita kekurangan air yang banyak. Oleh itu, pesakit dikehendaki minum air yang banyak untuk menggantikan sebarang kehilangan air dalam badan dan memastikan badan tidak mengalami dehidrasi.
  • Seterusnya, kita juga haruslah memastikan pakaian individu yang mempunyai penyakit cacar ini diasingkan apabila dibasuh. Hal ini kerana ini juga boleh menjadi sebuah medium untuk virus ini merebak kepada individu lain. Selain itu, pastikan anda membasuh tangan dengan lebih kerap menggunakan sabun untuk membasmi segala kotoran yang terdapat di tangan dan memastikan kebersihan diri sentiasa terjaga.

Rawatan Alternatif Penyakit Cacar dengan Suplemen Shaklee

 

  • Nutriferon – Bantu meningkatkan antibodi bagi melawan penyakit. Nutriferon merupakan satu-satunya supplement yang dihasilkan oleh pakar imun dengan penyelidikan lebih 40 tahun.
  • Garlic complex – Bertindak sebagai antibiotik semulajadi.
  • Vitamin C Sustain Released – Meningkatkan sistem imun badan dan mencantikkan kulit supaya lebih cerah dan berseri.
  • ESP –  Memberi tenaga segera dan membina sel baru pada kulit yang diserang parut chicken pox.
  • Vitamin E – Membantu memudarkan parut chicken pox yang teruk pada tubuh dan wajah dan memperbaiki tekstur kulit.
  • Krim Herbal Blend – Memberi kelegaan kepada  kulit yang tidak selesa/gatal akibat chicken pox

 

 

Kesimpulannya, apa pun cara rawatan yang ada, saya pasti anda cukup bijak membuat keputusan terbaik demi menangani masalah ini. Come on, siapa yang nak sakit kan? Semua nak sihat kalau boleh sepanjang masa. Jadi, jom cegah sebelum melarat.

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee yang mana memang terkenal sebagai suplemen makanan tambahan berkualiti tinggi? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!