Sudah pasti ramai diantara kita tidak kita lelaki atau wanita ingin maintain atau kekal muda. Namun fitrah yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t bahawa tiada yang kekal didunia. Cuma kita boleh mengambil ikhtiar supaya proses penuaan tersebut diperlahankan.
Dengan niat untuk nenjadi sihat agar beribadah kepada Allah s.w.t dan memberi manfaat sesama manusia.
Jom semak beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk menangani masalah ini.
1. Menguruskan Stress
Setiap orang mempunyai stress level yang berbeza. Namun, orang yang bijak adalah mereka yang pandai menguruskan tekanan dengan baik. Cuba balancekan tekanan / stress yang anda hadapi sama ada di tempat kerja ataupun dalam rutin harian anda.
Apabila seseorang mengalami stress, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak asid dan hormon-hormon stress. Jadi badan cepat lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit.
Diri akan nampak lebih tua dan lesu apabila mengalami stress dan masalah kesihatan.
Untuk mengawal hormon Stress, boleh amalkan 1 sudu cuka epal dibancuh bersama perahan zaitun atau minyak kelapa dara dan disertai doa kepada Allah s.w.t dan selawat ke atas Rasul.
2. Minum air putih secukupnya
Pilihlah air putih atau air kosong berbanding air manis dan yang lain. Sekurang-kurangnya u8 gelas atau 3 liter sehari.
Bagi mereka yang tinggal dibandar, disarankan menyewa water dispenser atau water filter supaya air yang diminum bersih dan segar lantas mudah diserap oleh badan.
Manakala pada yang sibuk bekerja, Â sediakan reminder ditelefon bimbit anda supaya dapat mengurus jadual yang tepat bagi waktu minum air.
3. Say no to Junk Food
Maaf kepada peminat junk food. Anda boleh gantikan junk food dengan makanan ringan yang lain seperti kekacang yang mengandungi pelbagai khasiat contohnya badam, biji bunga matahari, chia seed, flaxseed, sesame seed dan lain-lain.
Selain itu, perhatikan setiap hari apakah khasiat dan manfaat yang anda boleh perolehi daripada pilihan pemakanan anda.
4. Membaca Al- Quran dan Zikir
Wah! Tahukah anda bacaan Al-Quran dan Zikir mampu menenangkan hati seseorang. Disamping amalan ini dapat memjemput keredhaan Allah s.w.t, anda juga boleh awet muda dengan mengamalkan bacaan Al- Quran dan Zikir.
Tidak percaya? Cuba saja anda cari dan jumpa kembali ustaz atauh ustazah yang mengajar anda mengaji ketika kecil dulu. Awet mudakan?
Namun sebagai umat Islam kita seharusnya menjadikan Al-Quran dan Zikir sebagai amalan dengan mengharap redha dan ganjaran pahala dari Allah s.w.t.
5. Berkebun
Selalunya aktiviti berkebun ni cukup sinonim dengan golongan mak-mak. Aktiviti berkebun ni sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan sebab selain daripada dapat bercucuk tanam, ianya secara tidak langsung menyebabkan badan anda berpeluh. Berpeluh menandakan anda telah mengeluarkan toksik melalui liang peluh anda. Selain itu, sinaran matahari pada waktu pagi adalah sangat baik untuk kulit anda.
Lakukan aktiviti ini dipagi hari dengan menyiram pokok-pokok bunga yang dapat memberikan aura dan energy positif kepada anda.
Tanamlah pokok-pokok bunga yang mempunyai bau-bauan yang harum dan mudah dijaga serta pokok buah-buahan. Apabila penat berkebun, sudah tentu anda berpuas hati dan tidak sabar melihat hasil tanaman. Best kan, kalau keluar rumah dapat tengok pemandangan hijau yang dikelilingi bau harum bunga-bungaan dan sayur segar serta rama-rama berterbangan.. 🙂
6. Senaman dan regangan
Sebaik-baik senaman adalah berenang. Namun jangan lupakan sapukan lotion sun block dan anti cholorine cream sebelum berenang.
Tak tahu berenang? Mengikut kata pakar tulang belakang Malaysia dari Tropicana Medical Center, Dr. Muhammad Nawar, kita disarankan berenang atau ‘kodek-kodek kaki” dalam air selama 30 minit sebanyak tiga kali dalam seminggu. Jadi tidak perlu gusar kepada yang tidak tahu berenang. Sekadar berendam sambil melakukan pegerakan didalam air selama 30 minit sudah memadai.
Anda juga boleh melakukan aktiviti lain sekiranya anda meminati sebarang sukan atau jenis senaman yang lain.
7. Persekitaran Positif
Pernahkah anda melihat seseorang yang positif kelihatan sunggul dan lesu?
Belajarlah menjadi insan yang sentiasa bermuhasabah diri dan melihat perkara yang positif dalam setiap perkara yang berlaku.
Pastikan diri dan kawan-kawan disekeliling anda sentiasa melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan memberi manfaat sesama makhluk.
Jauhi berita-berita berbau negatif dan pilihlah siaran TV atau Radio yang hanya memberi kecerian dan memberi banyak pelajaran serta ilmu yang bermanfaat sahaja.
Ingat segala masalah didunia bukanlah milik kita. Jadi berpada-pada apabila anda menonton berita dan hal ehwal semasa.
8. Rehat secukupnya
Tubuh manusia perlukan rehat. Jalan yang terbaik adalah mengambil tidur yang secukupnya selama 5 hingga 7 jam sehari. Ini kerana badan manusia melakukan penyingkiran toksik bermula seawal 10.00 malam sehingga 2.00 pagi.
Jadikan ini sebagai satu semangat untuk anda tidur dan bangun awal. Dan dipercayai bangun seawal pagi sebelum subuh adalah wakti terbaik untuk mengoptimumkan hari seseorang. Jadi tidak hairanlah Islam menganjurkan bangun solat tahajjud pada 1/3 malam.
9. Vitamin E
10. Susu
Selain daripada penjagaan luaran, adalah penting untuk kita turut menjaga kesihatan dalaman. Hal ini kerana kecantikan luaran bermula daripada kecantikan dalaman. Badan yang sihat akan menampakkan kesan wajah yang bersih, sihat dan kurang kedutan. Sekiranya anda ingin mengetahui cara  paling efektif untuk dapatkan wajah yang sihat, natural dan flawless semulajadi, boleh klik sini
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509