Berita baik bagi anda yang mencari tips untuk cepat kurus tapi tak nak tinggalkan diet biasa anda.

Kebanyakan wanita inginkan bentuk badan yang langsing dan cantik tetapi tidak tahan dengan rutin diet yang ekstrem dan jika kembali ke diet yang asal, bentuk badan pasti akan naik kembali. Tambah lagi dengan rutian harian yang begitu sibuk membuatkan anda tiada masa untuk bersenam. Jangan risau, meh saya kongsikan 11 cara mudah untuk turunkan berat badan bagi anda yang tidak suka bersenam atau yang tidak punya waktu untuk melakukannya.

Jangan lupa minum air

anak-minum-air-putih_20150621_082341

Air adalah elemen penting dalam kehidupan dan pastinya anda tidak menyangka bahawa air memberikan manfaat kepada sistem metabolisme jika anda minum air pada waktu-waktu tertentu. Oh, bila tu? Ok, pertama sekali waktu terbaik untuk minum air  adalah satu hingga 2 gelas air 30 minit sebelum makan. Dengan cara ini proses metabolik badan akan memulakan proses yang baru dan perut anda akan separuh penuh secara itdak langsung akan mempengaruhi kuantiti pengambilan makanan anda. Rejim penghidratan ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk makan makanan manis dan sekaligus membantu mengurangkan pengambilan gula dalam badan anda.

Beri perhatian kepada Makanan

Related image

Majoriti daripada kita biasanya akan makan sambil berborak. Betul tak? Seeloknya, di meja makan, anda seharusnya memberikan sepenuh perhatian ketika sedang makan. Simple je. Duduk, jangan tergesa-gesa, jangan buat kerja lain, fikir pun jangan. Jangan menonton televisyen dan jangan menjawab panggilan telefon. Perhatikan apa yang anda makan, kunyah perlahan-lahan. Sedangkan Baginda Rasulullah juga telah menasihatkan kita mengenai adab-adab di meja makan dan sewaktu makan iaitu salah satunya adalah mengunyah makan sebanyak 40 kali. Hal ini akan membantu Sistem dalam badan kita untuk berfungsi secara baik. Deria penglihatan, bau, dan rasa akan bergerak akift menghantar signal kepada otak yang mana sel-sel otak akan menghasilkan stimulus lalu dihantar ke seluruh badan terutama bahagian perut bagi menghasilkan enzim untuk bersedia memproses makanan yang diambil. Menarik kan?

Gunakan Pinggan Yang Kecil dan Penyepit

Related imageNak tau tak korang kenapa ramai orang Cina, Jepun, Korea badan mereka ramping je. Sedangkan badan kita macam buah epal. haha. Salah satu sebabnya adalah mereka gemar mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Untuk mengelakkan makan dengan terlalu banyak, mereka akan makan dalam pinggan yang kecil, comel je. Agak-agak cukup satu bowl. Cuba compare dengan pinggan kita. Berganda-ganda besar dia. haha. Pulak tu, kita susun lauk-pauk  biar penuh sekeliling pinggan. Manalah perut masing-masing tak ke depan. huhu. Cuba minimumkan saiz pinggan anda, sekaligus minimumkan saiz hidangan. Makan dengan perlahan nescaya, anda akan merasa nikmat kenyang yang sebenarnya.

Lebihkan Tidur

Image result for sleepingTidur yang mencukupi adalah sebahagian daripada diet. Sekiranya anda tidur, otak akan menghantar stimulus kepada perut bagi mengurangkan penghasilan enzim untuk memproses makanan, secara tidak langsung, anda akan merasa kurang lapar. Selain itu, tidur malam yang mencukupi mempunyai impak yang besar terhadap metabolisme dan turut memberikan tahap hormon yang seimbang sekaligus membantu anda untuk kekal sihat. Anda juga tidak perlu melakukan sebarang akivtiti semasa tidur kerana badan anda akan membakar sebanyak 50-100 kalori sejam.

Tidur dalam suhu Sejuk

Image result for sleeping in cold

Menurut kajian daripada National Institutes of Health, tidur dalam suhu yang rendah membantu badan anda menyingkirkan kalori dengan lebih cepat kerana sistem dalam badan akan berfungsi secara aktif membakar lemak bagi mengekalkan suhu badan.

Tambahkan Makanan ynag Membakar Lemak

Berita baik bagi anda yang mencari tips untuk cepat kurus tapi tak nak tinggalkan diet biasa anda. Dengan kata lain, diet tapi nak makan semua. haha. Simple je, anda cuma perlu pelbagaikan menu makanan anda dengan variasi makanan yang membantu meningkatkan metabolisme dan turut membakar lemak dengan lebih cepat. Antara makan yang boleh anda cuba adalah:

Image result for salmon egg olive oil

  • Ikan Salmon
  • Telur
  • Kacang
  • Minyak Zaitun (Olive Oil)
  • Lada
  • Teh Hijau
  • Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)

Cuba juga untuk amalkan menghidu aroma buah sitrus atau peppermint kerana ia boleh mengurangkan selera makan anda.

Cuba untuk tidak tetapkan Pantang Larang kepada Badan

Related image

Ada waktu dan ketika terutama sekali bagi Kaum Hawa, mereka akan merasa teringin nak makan kek, coklat ataupun segala benda yang membuatkan diri terliur tambah lagi beberapa hari sebelum Menstruation. Sis faham sangat simptom yang satu ni. hihi. Ok, kalau anda teringin nak makan, jangan tahan diri. Makan sahaja! Cuma kena berhait-hati dengan jumlah pengambilan makanan tersebut. Be moderate! Sebenarnya menetapkan larangan ketat adalah satu praktis yang kurang sihat. Hal ini demikian kerana ia akan memberi tekanan kepada selera makan anda sekaligus meningkatkan jumlah rembesan hormon dalam badan. Percaya atau tidak, minda akan teringat-ingat makanan tersebut dan bilamana peluang kedua datang lagi, mulala anda membeli tak ingat dunia dengan alasan

“aku kena makan banyak ni, last time diet, tak dapat makan. Ramai cakap sedap. Rugi betul tak dapat rasa…” Masa ni, bila anda dah jadi macam ni, memang kena exercise la jawabnya.

Berus Gigi

Image result for brush teeth

Rutin berus gigi adalah sesuatu yang anda biasa lakukan setiap pagi dan malam. Namun cuba juga untuk memberus gigi selepas makan. Kenapa? Ini adalah kerana:

  • Anda akan menolak untuk makan dan makan lagi selepasnya
  • Anda akan rasa tak best nak makan bila mana ada rasa fresh-fresh mentol dalam mulut
  • Ketiga, anda akan rasa malas untuk memberus gigi beberapa kali setiap kali lepas makan

Ketawa

Ketawa adalah senaman paling mudah nak buat.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, apabila anda ketawa, penggunaan tenaga akan meningkat sehingga 20% berbanding sewaktu anda berehat santai.

Related imageSelain itu, apabila anda ketawa, otot perut anda juga akan turut “ketawa” (baca: bekerja). Jadi, cuba jangan pandang serong mereka yang tengah layan komedi. Mereka sedang sedaya upaya membuat senaman otot dibahagian perut. haha. Join sekali la bersenam. Kan best. Hati girang, stress kurang, perut riang!

Sapu losyen

Image result for pati haliaCara ini amat sesuai buat anda yang ingin mengurangkan berat badan semasa menonton televisyen, tidur ataupun membaca buku. Losyen seperti Losyen Pati Halia sangat mujarab bagi menghasilkan haba yang membuatkan anda berpeluh. Haba ini akan membantu membakar lemak-lemak di sekeliling kawasan badan anda. Nak lagi cepat, sapu losyen, lilit kawasan yang dah disapu losyen dengan wrap (beli kat watson/ diy namyak je ni) kemudian bersenam. Memang mencurah-curah peluh di badan anda.

Amalkan Supplemen

Baiklah, last but not least, sekiranya anda malas sangat nak buat yang kat atas ni, anda juga boleh mencuba amalkan supplemen ini. Mujarab pun dia, Berkesan pun dia, Cepat Kenyang pun dia.

iklan_set_kurus

Nak kena ambil semua ke?

Tak semestinya, ianya bergantung kepada keperluan tubuh badan anda. Sebab itulah saya sangat tekankan betapa pentingnya consultation kepada sesiapa yang membeli direct daripada saya. Setiap individu adalah berbeza. Ada yang lemak air, lemak kolesterol dan ada juga yang kurus cekeding dan ingin mempunyai berat badan ideal. Hubungi saya, nescaya saya akan bekalkan info-info dan tips menarik buat anda disampin saya cadangkan set yang sesuai dengan keperluan anda.

set kurus shaklee yang hebat dan terbaik

 

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!