Bonjolan pada Ibu Jari Kaki dan Tips Pencegahan Awal

Rasanya ramai terutama wanita yang tidak menyedari mereka menghadapi keadaan tulang kaki di tepi bahagian ibu jari kaki terbonjol. Apabila keadaan tidak terkawal tulang semakin terbonjol dan terasa sakit yang amat pedih.

Tulang kaki terbonjol di bahagian sendi bawah ibu jari kaki adalah kelainan yang berlaku kerana memakai kasut yang terlalu sempit, pernah berlaku kecederaan kaki atau struktur tulang yang diwarisi sehingga ibu jari kaki terdorong ke arah jari-jari kaki yang lain. Lama kelamaan, ibu jari membesar dan terasa sakit, sehingga mengakibatkan kesulitan ketika bersenam dan berjalan.

Keadaan ini yang dikenali sebagai Bunion.Bunion sebenarnya mencerminkan perubahan dalam kerangka tulang dan sendi ibu jari kaki. Dengan adanya bunion, maka ibu jari kaki menyimpang terhadap jari kaki lain yang lebih rendah dan tulang di mana ibu jari kaki bergerak ke arah tubuh.

Sama ada sedar atau tidak, ramai wanita sebenarnya mengalami Bunion. Bukan Bunian lah tapi “B U N I O N”.

Image result for bunion

Bunion @ Hallux adalah bonjolan pada sendi ibu kaki. Sebenarnya ia adalah suatu kecacatan pada sisi kaki yang kelihatan seperti tulang terbonjol keluar. Kecacatan ini banyak terjadi kepada golongan wanita yang mana mereka cenderung menggunakan kasut bertumit tinggi (heels), kasut yang sempit ataupun kasut yang bersaiz lebih kecil dari saiz kaki (ballerina).

Image result for bunion

Bunion ini boleh terjadi disebabkan keturunan/faktor genetik dan kemudiannya diburukkan lagi dengan penggunaan kasut yang tak berapa nak sesuai.

Bunion boleh berlaku kepada siapa saja dan beberapa orang selebriti antarabangsa seperti Tilda Swinton, Victoria Beckham, Jennifer Aniston, Paris Hilton menderita akibat kaki Bunion.

PUNCA-PUNCA TERJADINYA BUNION

Baiklah, sebab utama terjadinya bunion adalah kerana faktor kasut. Boleh jadi disebabkan pemakaian kasut yang sempit mahupun kasut tumit tinggi. Ianya terjadi secara perlahan-lahan. Bengkakan yang terjadi kemudiannya akan menyebabkan keradangan kulit disebabkan ia bergesel dengan kasut.

Misalnya Oprah Winfrey dikatakan menderita Bunion kerana gemar memakai kasut tinggi sejak muda.

Tahukah anda, tekanan dari pemakaian kasut yang sempit ataupun heels boleh menyebabkan tulang tertekan dan memaksa tulang tersebut berganjak keluar dari struktur tulang kaki yang asal. Apabila tekanan terjadi, tisu disekeliling sendi akan membengkak.

Selain itu. punca mereka mendapat Bunion sama ada kerana kecederaan, atau keturunan.

Pakar Bedah Orthopedik Kecederaan Kaki dan Buku Lali, Hospital Pakar KPJ Seremban, Negeri Sembilan, Prof. Madya Dr. Syah Irwan Shamsul Bahari berkata, selain kecederaan dan gaya hidup, keturunan adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan penyakit bunion.

“Tetapi ini bukanlah penyebab utama. Ada lagi pelbagai sebab yang boleh menyebabkan seseorang boleh menghidap penyakit ini seperti jenis kasut yang dipakai dan penyakit radang arthritis lain seperti rheumatoid arthtitis, psoriatic arthritis atau gout.

“Kajian juga menunjukkan bahawa bunion biasa berlaku kepada orang-orang yang memakai kasut dibandingkan mereka yang sering berkaki ayam.

KETAHUI SIMPTOM BUNION PADA DIRI ANDA

  • Sakit atau rasa pedih
  • Keradangan
  • Kemerahan pada kulit kaki
  • Rasa panas seperti terbakar terutamanya ketika memakai kasut ketat
  • Rasa kebas pada ibu jari kaki

Kebiasaannya anda yang menghadapi simptom bunion ini memang sukar mendapatkan saiz kasut yang betul-betul tepat dengan saiz kaki mereka sebab benjolan di bahagian sendi itulah puncanya.

MACAM MANA NAK BUAT?

Sebenarnya, bunion ini tak boleh diurut bahkan tidak boleh hilang dengan sendirinya. Bunion akan bertambah teruk dari masa ke semasa seandainya anda kerap memakai heels atau kasut saiz adik.

CARA PENCEGAHAN DAN RAWATAN AWAL

Pernah dengar pepatah Prevention is better than cure?

Image result for bunion

Jadi antara langkah awal pencegahan Bunion adalah

  1. Memakai kasut yang selesa, sesuai dengan bentuk kaki masing-masing
  2. Mengelakkan daripada memakai kasut yang runcing didepan ataupun heels kerana ianya boleh memburukkan lagi keadaan kaki
  3. Pemakaian penebat atau pelapik pada bunion bagi mengurangkan rasa sakit
  4. Pemakaian penyokong atau peralatan orthotik

CARA TERBAIK YANG TERBUKTI LAGI EFEKTIF. BOLEH BACA DI BAWAH

Nak tahu tak ada cara yang lagi berkesan bagi merawat masalah sakit tulang ni?

Image result for VIVIX sakit tulang

Anda boleh membaca testimoni daripada seorang pengguna VIVIX dan Ostematrix di bawah ini. Alhamdulillah dengan ikhtiar daripada rangkaian produk SHAKLEE, ibu ini berjaya sembuh daripada penyakit tumit yang dihidapinya.

Capture

Capture2

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!