Assalamualaikum
Topik kali ini agak berat. Kenapa? Kerana ianya hanya melibatkan Kaum Hawa. Namun begitu Kaum Adam tidak seharusnya ambil mudah akan permasalahan ini. Ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dalam golongan XX ni. Nanti bila para isteri anda mengalami masalah seperti ini, anda steady je, sebab semua benda dah tau, dah boleh prepare apa yang patut kena buat bahkan anda siap boleh bagi consultation lagi kepada si isteri yang tengah gabra tu. Best ke tak best ilmu ni?
Apabila anda dah disahkan hamil, secara logiknya memang tak akan berlaku lagi ‘period’ atau haid sampailah selepas bersalin. Ini kerana, proses menstruasi terjadi disebabkan luruhan dinding rahim yang sedang dipersiapkan bagi menerima sel telur. jika tiada sel telur, maka lapisan tadi akan keluar sebagai darah haid.
sebaliknya, Bila terjadi persenyawaan atau kehamilan, maka lapisan darah sepatutnya tidak akan meluruh lagi bagi mendukung pertumbuhan janin.
Maka, darah itu perlu dikenalpasti puncanya secepat mungkin.
SEBAB BERLAKUNYA ‘SPOTTING’ & PENDARAHAN KETIKA HAMIL
Punca berlakunya pendarahan ketika hamil biasanya bergantung kepada usia kandungan. Ia boleh dikategorikan kepada 2 – iaitu pada awal kehamilan(trimester pertama) dan pertengahan (trimester kedua) / akhir kehamilan (trimester ketiga).
Pendarahan kadang-kadang boleh menjadi tanda sesuatu yang serius, jadi adalah penting untuk anda mengetahui kemungkinan faktor penyebabnya dan dapatkan pemeriksaan doktor dalam kadar segera untuk memastikan anda dan kandungan anda sihat.
Pendarahan Dalam Trimester Pertama
Kira-kira 20 % daripada wanita mengalami sedikit pendarahan dalam tempoh 12 minggu pertama (3 bulan) kehamilan. Pendarahan ringan (‘spotting’) mahupun pendarahan yang banyak pada awal kehamilan boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Punca – Punca Pendarahan
1. Pendarahan Implantasi / Penempelan
Anda mungkin mengalami pendarahan biasa dalam tempoh 6 hingga 12 hari pertama selepas anda positif hamil kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada dinding rahim.
Sesetengah wanita tidak menyedari mereka mengandung kerana mereka menyangka pendarahan ini adalah kedatangan haid yang sedikit. Biasanya pendarahan adalah sangat sedikit seperti tompokan coklat atau pink dan berbanding darah haid, pendarahan akibat proses tempelan ini tidak banyak dan hanyalah berlaku dalam masa 1-2 hari.tahan lebih dari beberapa jam ke beberapa hari.
2. Keguguran
Keguguran biasanya berlaku dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Kes keguguran paling banyak berlaku pada awal kehamilan, iaitu trimester pertama. Jadi, pendarahan yang berlaku ketika ini perlu sentiasa diberi perhatian yang khusus.
Kira-kira separuh daripada wanita yang mengalami pendarahan semasa kehamilan akhirnya keguguran. Tetapi itu tidak bermakna bahawa jika anda mengalami pendarahan, anda akan keguguran, terutamanya jika anda tidak mempunyai apa-apa simptom lain keguguran.
Seelok-eloknya anda perlu peka dengan kitaran haid supaya anda dapat mengesan kehamilan seawal mungkin. Ramai wanita yang tidak menyedari bahawa mereka sedang hamil dan tidak menghentikan pengambilan herba atau ubat-ubatan yang mungkin membahayakan kandungan.
Simptom lain keguguran adalah kekejangan yang kuat di bahagian bawah abdomen dan terdapat cebisan tisu atau ketulan darah yang keluar.
3. Kehamilan pada pangkal rahim (polyp)
Semasa mengandung, lebih banyak darah mengalir ke bahagian pangkal rahim. Apa sahaja sentuhan atau geselan pada pangkal rahim, boleh mencetuskan pendarahan.
Walau bagaimanapun jenis pendarahan ini tidak perlu dibimbangkan. Cuma dinasihatkan agar anda sentiasa pantau ia dari masa ke semasa.
4. Kehamilan Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)
Kehamilan ektopik adalah kehamilan yang tidak berlaku di dalam rahim sebaliknya embrio yang telah disenyawakan menempel dalam tiub fallopio (fallopian tube).
Jika tidak dikesan awal, embrio akan terus membesar, ia boleh menyebabkan tiub fallopio pecah dan boleh mengancam nyawa ibu tersebut.
Antara simptom lain bagi kehamilan luar rahim adalah rasa ‘cramp’ atau sakit pada bahagian abdomen dan pening kepala. Walaupun kehamilan ektopik adalah berbahaya, ia hanya berlaku pada kira-kira 2 % daripada kehamilan.

Jika diperingkat awal masih boleh diselamatkan..jika dah pecah tiub fallapio kemungkinan rahim anda perlu dibuang sebahagian bagi mengelakkan rahim rosak dan sekaligus akan menjejaskan kesihatan anda.
5. Jangkitan
Apa-apa jangkitan pada bahagian serviks (pangkal rahim), vagina, jangkitan STD seperti herpes faraj atau jangkitan kelamin seperti chlamydia, gonorrhea dan herpes boleh menyebabkan pendarahan pada trimester pertama.
6. Kehamilan Molar (Kandungan Anggur)
Kehamilan Molar juga dipanggil ‘gestational trophoblastic disease’ adalah keadaan di mana tisu abnormal tumbuh di dalam rahim wanita. Ianya adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku, namun dalam sesetengah kes terpencil, ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain menyebabkab kanser.
Dalam kes ini, wanita itu sebenarnya mempunyai tisu yang merbahaya dalam rahimnya dan tiada janin dalam kehamilan ini.
Antara simptom lainnya termasuklah muntah-muntah dan loya serta peningkatan saiz rahim pada kadar yang cepat.
7. Pendarahan Plasenta (Subchorionic hemorrhage)
Pendarahan Plasenta adalah pendarahan yang berlaku sekeliling plasenta. Selalunya kes ini tidak akan berpanjangan dan ibu masih boleh melahirkan secara normal. Namun, perlu sentiasa dipantau dan berisiko untuk melahirkan bayi pramatang.
Pendarahan Dalam Trimester Kedua dan Ketiga
Pendarahan tidak normal di peringkat akhir kehamilan mungkin lebih serius, kerana ia boleh memberi tanda-tanda masalah yang mungkin akan dialami ibu atau bayi.
Berjumpalah doktor anda secepat mungkin jika anda mengalami sebarang pendarahan pada stage ini — trimester kedua atau ketiga.
Punca pendarahan Semasa Akhir Kehamilan
1. Plasenta Previa
Keadaan ini berlaku apabila plasenta atau uri menutupi ‘jalan’ untuk bayi keluar secara normal melalui rahim. Betapa seriusnya keadaan ini bergantung kepada tahapnya yang boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Dalam keadaan yang tidak serius, anda masih boleh melahirkan bayi secara normal tanpa sebarang komplikasi.
Plasenta previa adalah sangat jarang berlaku dalam trimester ketiga, ianya berlaku dalam hanya satu dalam 200 kehamilan.
Pendarahan plasenta previa, boleh jadi menyakitkan dan memerlukan rawatan doktor dengan segera.
2. Plasenta Tertanggal (Placental Abruption)
Placental abruption adalah keadaan serius di mana plasenta terpisah sepenuhnya atau separa daripada dinding uterus sebelum bayi anda dilahirkan.
Keadaan ini boleh menyebabkan bayi anda terputus bekalan nutrient dan oksigen. Lebih serius lagi ia boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dan membahayakan nyawa ibu dan bayi anda.
Statistik menunjukkan Placental Abruption berlaku dalam kira-kira satu dalam 150 kehamilan. Biasanya ia berlaku pada trimester ketiga tetapi boleh berlaku bila-bila masa selepas 20 minggu kehamilan.
3. Rahim Pecah
Dalam kes-kes yang jarang berlaku, parut dari kelahiran secara pembedahan (ceaserean c-section) sebelum ini boleh terbuka semasa mengandung. Rahim pecah boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Jika keadaan ini berlaku kepada anda, pembedahan (ceaserean c-section) kecemasan perlu dilakukan.
Simptom lain rahim pecah adalah kesakitan dan ketegangan di dalam abdomen.
4. Kelahiran Pramatang
Pendarahan vigina di akhir kehamilan mungkin boleh menjadi tanda bahawa badan anda telah bersedia untuk bersalin. Beberapa hari atau minggu sebelum bersalin, mukus plug yang meliputi pembukaan rahim akan keluar dari vagina dan ia biasanya akan mempunyai sejumlah kecil darah di dalamnya ( ini dikenali sebagai “bloody show“).
Jika pendarahan dan simptom bersalin bermula sebelum minggu ke-37 kehamilan, hubungi doktor anda dengan segera kerana anda mungkin akan melahirkan bayi pramatang.
Simptom lain kelahiran pramatang termasuklah kontraksi, keputihan (vaginal discharge), tekanan pada perut dan sakit di belakang berhampiran pinggang.
***************************************************
Jadi jika anda ada tanda di bawah ni segeralah berjumpa dengan doktor..supaya pengesanan awal dapat mengelakkan situasi yang lebih serius atau mengancam nyawa
- Sakit yang teruk atau kekejangan yang melampau di bahagian bawah perut
- Pendarahan yang teruk, sama ada sakit atau tidak
- Vaginal discharge yang mengandungi tisu
- Pening atau pengsan
- Demam lebih daripada 38 darjah Celcius dan / atau kesejukan
Selain daripada berjumpa doktor, anda juga boleh ikhtiar mencari supplemen tambahan bagi menguatkan sistem tubuh badan anda. Kita sedia maklum bahawa seawal proses hamil, badan anda akan mengalami perubahan yang sangat ketara sama ada dari segi keletihan, kaki bengkak, sembap, sakit tulang belakang dan sebagainya.
**************************************************
Jadi, disini saya ingin kongsikan bagaimana ikhtiar yang boleh anda cuba bagi mengurangkan rasa sakit tersebut dan sekaligus menjadikan anda lebih bermaya dan bertenaga sepanjang tempoh kehamilan.
Paling terbaik jika ambil set kehamilan ni sebaik sahaja disahkan hamil bagi memberi nutrisi secara optimum kepada si ibu dan si bayi.
Selain dari itu, set ini juga bagus untuk anda yang sedang ikhtiar hamil.
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509