Perlu ke makan suplemen bagai?
Perlu ke makan vitamin ni? Sihat je kalau tak makan pun.
Kenapa?
“Kenapa kena makan suplemen? komplen Si Adik Bawang
“Mak ayah kita dulu elok je tak amal makan suplemen ni semua..” tambah Si Kakak Bawang pula.
“Alah, kalau dah memang keturunan berpenyakit tu, makanlah apa pun, tetap sakit jugak”…cantas The Original, Si Mak Cik Bawang
…..sakitnya tuhh, disini….
Nampaknya minda segelintir manusia masih ditakuk lama.
Ketahuilah, kalau ada yang masih ragu-ragu nak kena makan ke tak, sebenarnya, YA. Jangan bandingkan dengan nenek moyang anda yang hidup setengah juta tahun yang lalu, mereka memang TAK perlu makan suplemen. Sebab apa?
Biar saya jelaskan.
Vitamin dan mineral sangat penting dalam mengekalkan fungsi asas pelbagai reaksi biologi dalam badan anda. Reaksi ini menentukan kesihatan dan penyakit anda sendiri. Nenek moyang anda yang menjelajah bumi beratus ribu tahun yang lalu hidup sebagai pemburu-pemburu. Ini bermakna mereka mendapatkan makanan mereka segar dari liar dan memakannya dengan segera dan sering mentah.
-
-
Tidak ada pertanian dan tiada penggembala.
-
-
-
Makanan mereka sentiasa segar dan penuh dengan nutrien, vitamin dan mineral.
-
-
Mereka tidak memerlukan makanan tambahan.
Makanan anda, sebaliknya, datang dari pasar raya yang mana rata-ratanya adalah makanan yang telah diproses. Produk makanan tersebut dituai mungkin minggu atau bahkan bulan yang lalu. Ianya ditanam menggunakan tanah yang sama tahun demi tahun. Dan disembur dengan racun perosak dan bahan kimia lain.
Bagi haiwan ternakan pula, mereka diberi makan dengan pelbagai antibiotik, hormon yang tidak baik dan makanan tidak sihat dan dibela di dalam sangkar penuh dan berpenyakit. Bahkan, makanan yang dijual mungkin terlebih masak yang mana telah menghilangkan segala nutrien yang terdapat didalam makanan tersebut.
Dengan pelbagai jenis makanan yang telah diproses serta variasi junk food di kedai, macam mana anda boleh terfikir bahawa anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya? Mineral berasal dari tanah yang mana mengambil masa yang agak lama untuk terbentuk. Menanam tanaman yang sama tahun demi tahun menggunakan tanah yang sama akan mengurangkan kuantiti mineral meskipun tanaman dibekalkan dengan baja, baja kimia hanya memberi Nitrogen, Fosforus dan Kalium. Bagaimana pula dengan Boron, Selenium, Chromium, Magnesium dan sebagainya? Galian-galian ini diperlukan untuk vitamin disintesis. Malah vitamin C yang paling popular ini pun memerlukan sekurang-kurangnya satu mineral yakni fosforus untuk disintesis dalam tumbuhan.
Lebih-lebih lagi, sehingga 70-90 peratus daripada vitamin ini hilang atau dinyahaktifkan semasa pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan. Vitamin C dalam oren bersaiz sederhana dari ladang organik (selalunya tidak) di China pada masa penuaian adalah sekitar 70 – 100 mg. Pada saat ia sampai kepada anda, ia berakhir dengan sekurang-kurangnya hanya 20 mg vitamin C. Kandungan sebanyak itu bahkan tidak cukup untuk meneutralkan bahan pengawet dan racun perosak toksik pada kulit oren yang anda makan.
Sebab perlunya anda kepada suplemen tambahan.
Anda memerlukan makanan tambahan vitamin dan mineral bukan kerana anda tidak mendapat makanan dari makanan anda, tetapi kerana makanan anda tidak mendapatnya dari tanah (atau telah kehilangannya sebelum makanan itu sampai kepada anda).
Yang menjadi lebih teruk lagi apabila anda tidak mengamalkan pemakanan berdasarkan piramid makanan yang seimbang kandungan vitamin dan mineralnya. Seminggu yang lalu, anda mungkin hanya makan nasi yang halus, gandum halus, gula halus, garam halus, beberapa batang lobak dan timun dan beberapa ekor ayam atau daging lembu. Namun, hakikatnya, berapalah sangat kuantiti vitamin dan mineral yang terdapat didalam makanan tersebut untuk menjadikan anda seorang yang benar-benar cukup nutrisi.
Tahukah anda, vitamin penting tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita. Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin untuk pertumbuhan yang optimum. Di antaranya ialah Vitamin A,C,D,E K dan B (Tiamin, Riboflavin, Niasin, Asid Pantotenat, Biotin, Vitamin B6, Vitamin B12, dan Asid Folik.
Walaupun mempunyai peranan yang sangat penting, badan hanya dapat menghasilkan vitamin D dan K dalam bentuk provitamin yang tidak aktif.
Jadi, jika anda masih lagi berfikiran yang anda boleh mendapatkan semua vitamin dan mineral yang anda perlukan dari bahan makanan sekarang, fikirkan lagi!
Disebabkan petani moden sekarang yang lebih gemar menggunakan pelbagai jenis racun, baja non organik serta kurang prihatin terhadap tanah yang digunakan, tanaman menjadi kurang subur dan lebih teruk lagi, kita menjadi mangsanya. Maka bermulalah episod kepada pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, allergy, kegatalan kulit, diabetes, darah tinggi dan sebagainya.
Sumber pelbagai vitamin diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan serta sayur-sayuran dan juga suplemen.
Oleh itu, kita sebenarnya amat memerlukan suplemen harian multivitamin dan mineral dalam diet kita. Atau anda sebenarnya keturunan ada-ada yang mana boleh mendapatkan makanan segar dan organik, barulah anda tidak memerlukan kepada makanan tambahan. Bagi kebanyakan kita, yang makan atau membeli makanan dari pasar raya, kita memerlukan suplemen yang berkualiti.
Tak perlulah anda tunggu masa sakit baru nak tergesa-gesa mencari suplemen. Pada waktu tu, suplemen pun tak dapat nak membantu dek non. Sebab suplemen ni fungsi dia untuk lmemberi kesihatan yang lebih baik bukannya merawat penyakit.
****************************************
Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee yang mana memang terkenal sebagai suplemen makanan tambahan berkualiti tinggi? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.
Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509
Rujukan:
-
- Vitamins, minerals, and mood. Kaplan, Bonnie J.; Crawford, Susan G.; Field, Catherine J.; Simpson, J. Steven A. Psychological Bulletin, Vol 133(5), Sep 2007, 747-760.
- Yea, Z et al. Antioxidant vitamin intake and the risk of coronary heart disease: meta analysis of cohort studies. European Journal of Preventive Cardiology. 2008; 15:126-134.