Resdung (Allergic Rhinitis).
Resdung berlaku disebabkan oleh sistem imun yang bertindak balas kepada alergen seolah-olah ia seperti berbahaya. Ini akan membawa kepada penghasilan sejumlah bahan kimia yang menyebabkan lapisan dalam hidung (membran mukosa) menjadi gatal dan lendir yang berlebihan akan terhasil. Agak sukar untuk mengelakkan sepenuhnya daripada semua alergen, tetapi anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan terhadap alergen tertentu yang anda ketahui atau syaki yang boleh menyebabkan resdung menjadi lebih teruk. Ini akan membantu mengurangkan gejala bagi resdung.
Pengenalan Resdung
Alergen adalah komponen yang tidak berbahaya yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Resdung atau “allergic rhinitis, adalah tindak balas alahan terhadap alergen tertentu. Resdung terjadi apabila sistem imun badan menjadi terlalu sensitif dan bertindak balas secara berlebihan terhadap sesuatu melalui alam sekitar yang biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi kebanyakan orang.
Resdung boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
-
- Bermusim: Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.
- Berpanjangan: Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.

Punca Resdung
Apabila badan anda berhadapan dengan alergen, ia akan membebaskan histamin, yang merupakan bahan kimia semula jadi yang melindungi tubuh anda daripada alergen. Bahan kimia ini boleh menyebabkan resdung dan gejala-gejalanya, termasuklah hidung berair, bersin, dan mata terasa gatal. Selain daripada debunga pokok, alergen yang lain termasuklah:
- Hama debu
- Bulu atau kulit mati daripada haiwan peliharaan
- Air liur kucing
- Kulapuk
Simptom Resdung
Gejala-gejala bagi resdung termasuklah:
- Bersin
- Hidung berair
- Hidung tersumbat
- Hidung gatal
- Batuk
- Sakit atau gatal tekak
- Mata gatal
- Mata berair
- Lingkaran hitam di bawah mata
- Sakit kepala yang kerap
- Gejala-gejala jenis ekzema, seperti kulit yang sangat kering dan gatal yang boleh menyebabkan lepuh(blister)
- “Hives”
- Keletihan yang berlebihan
Anda biasanya akan mengalami satu atau lebih gejala-gejala ini serta merta selepas berhadapan dengan alergen. Sesetengah gejala, seperti sakit kepala yang kerap dan keletihan, mungkin hanya berlaku selepas terdedah kepada alergen dalam jangka masa yang panjang. Demam bukan gejala bagi resdung.
Rawatan Resdung
Anda boleh merawat atau hilangkan resdung melalui beberapa cara. Ini termasuklah ubat-ubatan, serta rawatan sendiri yang dilakukan di rumah dan kemungkinan ubat-ubatan alternatif. Berjumpa dengan doktor anda sebelum mencuba sebarang rawatan baru bagi resdung.
Antihistamin
Anda boleh mengambil antihistamin untuk merawat resdung. Ia berfungsi dengan menghentikan badan anda daripada menghasilkan histamin.
Antara antihistamin yang sering digunakan termasuklah:
- Fexofenadine (Allegra)
- Diphenhydramine (Benadryl)
- Desloratadine (Clarinex)
- Loratadine (Claritin)
- Levocetirizine (Xyzal)
- Cetirizine (Zyrtec)
Berbincang dengan doktor anda sebelum memulakan ubat yang baru. Pastikan ubat alergi yang baru tidak mengganggu tindak balas ubat lain atau penyakit lain.
“Decongestant”
Anda boleh menggunakan ia dalam tempoh yang singkat, biasanya tidak lebih daripada tiga hari, untuk melegakan hidung tersumbat dan tekanansinus. Menggunakannya untuk masa yang lama boleh menyebabkan “rebound effect”, bermakna apabila anda berhenti menggunakan ubat ini, gejala akan menjadi lebih teruk.
“Decongestant” yang biasa digunakan termasuklah:
- Oxymetazoline
- Pseudoephedrine (Sudafed)
- Phenylephrine (Sudafed PE)
- Cetirizine dengan pseudoephedrine (Zyrtec-D)
Jika anda mengalami degupan jantung yang tidak normal, penyakit jantung, sejarah strok, kegelisahan, gangguan tidur, tekanan darah tinggi, atau masalah pundi kencing, berbincanglah dengan doktor sebelum menggunakan ubat ini.
Ubat titis mata dan semburan hidung
Kedua-dua rawatan ini boleh membantu melegakan kegatalan dan gejala-gejala lain yang berkaitan dengan alergi bagi masa yang singkat. Walau bagaimanapun, bergantung pada jenis produk, anda mungkin perlu mengelakkan penggunaan ubat ini bagi jangka masa yang panjang.
Seperti “decongestant”, penggunaan yang berlebihan bagi ubat titis mata dan semburan hidung boleh menyebabkan “rebound effect”.
Kortikosteroid boleh membantu kurangkan keradangan dan tindak balas imun. Ia tidak menyebabkan “rebound effect”. Penyembur hidung steroid biasanya disyorkan sebagai rawatan jangka masa panjang, berguna untuk mengurangkan gejala alergi.
Apapun, berbincanglah dengan pengamal perubatan sebelum memulakan rejimen bagi sebarang rawatan resdung untuk memastikan anda mengambil ubat yang terbaik untuk gejala anda. Doktor juga boleh membantu menentukan produk mana yang sesuai untuk kegunaan jangka masa pendek dan yang direka untuk rawatan jangka masa panjang.
Rawatan Alternatif Resdung dengan Suplemen Shaklee
Alfalfa Complex
- Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
- Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
- Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B Complex
- Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
- Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
- Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Vitamin C
- Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
- Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
- Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Kesimpulannya, apa pun cara rawatan yang ada, saya pasti anda cukup bijak membuat keputusan terbaik demi menangani masalah ini. Come on, siapa yang nak sakit kan? Semua nak sihat kalau boleh sepanjang masa. Jadi, jom cegah sebelum melarat.
****************************************
Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee yang mana memang terkenal sebagai suplemen makanan tambahan berkualiti tinggi? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.
Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.
Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509