Gout adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada lebihan asid urik di dalam badan. Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki, tetapi ia boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari. Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Bagi gout yang kronik, asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ‘tophi’. Namun secara umumnya, gout adalah suatu penyakit yang boleh disembuhkan tetapi kita haruslah juga mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Kali ini, kita berkongsi kisah daripada saudara Pn Zainab Muhammad yang mempunyai saudara sebelah suaminya yang menderita serangan Gout setelah sekian lama.
Mari kita ikuti kisahnya dan…
Bagaimana Nenek Suami Beliau Sembuh Dari Serangan Gout Ini…
Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin menceritakan kesan pengambilan Vivix kepada nenek suami saya, Limah bt Abdullah yang berusia 86 tahun. Nenek merupakan penghidap gout sejak dulu lagi dan juga mengalami masalah darah tinggi.
Gout kerap menyerang nenek sejak tahun 2017. Sangat kerap sehinggakan beliau pernah demam akibat bengkak pada kaki. Apabila beliau tersalah makan sudah pasti, gout bertandang.
Beliau terpaksa berpantang daripada makan seafood, kekacang, dan sebarang makanan yang boleh galakkan gout berulang.
Kesian melihat nenek apabila gout menyerang sehingga tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah. Kami pernah membawanya berjumpa doktor. Walaupun dah makan ubat anti radang, gout masih menyerang 2 minggu kemudian.
Sehinggalah pada 23 November 2017, saya menyarankan suami supaya membelikan Vivix untuk nenek sebagai suplemen harian. Bulan pertama amalkan Vivix, nampak kesan positif berlaku ke atas beliau. Beliau nampak cergas sedikit berbanding sebelum ini.
Secara umum, Vivix berfungsi untuk melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel
Baca juga: Penjagaan Dalaman Dengan Vivix
Pada 12 Januari 2018, kami ke Kuantan untuk menziarahi saudara dan nenek ikut sekali. Kami juga bimbang dan risau, takut nenek akan sakit pinggang jika berlama-lama dalam kereta. Maklumlah, perjalanan ke Kuantan mengambil masa 3 jam. Tapi, nenek tetap cergas & tidak mengadu sakit. Jika ditanya sama ada sakit atau tidak, pastinya beliau akan jawab begini.
“Sakit juga, tapi tak macam dulu dah.”
Bayangkanlah usia nenek sudah tua, badan pun dah sakit-sakit. Nak hilangkan sakit-sakit tersebut memang ambil masa yang lama.
Bagaimana Vivix Bertindak Didalam Badan Anda
Kini dah botol ketiga Nenek amalkan Vivix. Pada usia nenek dah menghampiri 90-an, beliau masih gagah. Semasa kenduri 3 Mac 2018, anak-anak sedara terkejut melihat beliau masih gagah & boleh berjalan. Sedangkan sebelum itu, terpaksa dipapah dan sering mengadu sakit.
Walaupun dah amalkan Vivix, kami juga berikan ubat gout apabila beliau rasa bengkak. Hal ini kerana Vivix bukannya ubat tapi hanyalah suplemen untuk bantu lengkapkan nutrisi disamping boleh mencegah.
Ikhtiar Cara mengatasi Gout?
- Mengamalkan diet rendah purine. Pengambilan sederhana makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis
- Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik
- Minum air dengan kadar yang banyak untuk membantu proses penyingkiran asid urik
- Kawal berat badan
- Bersenam