Dah Tak Sembelit Lagi Dah Sejak Kenal Shaklee

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Punca-Punca Sembelit

Kolon akan menyerap air daripada makanan, ketika makanan bergerak menerusi kolon, kemudian membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap (1).

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering.

Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Komplikasi

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Mari kita baca perkongsian kisah menarik tentang masalah sembelit ini dan bagaimana wanita ini merawatnya.

**********************

Assalamualaikum..

Saya Aida Azwani Bin Agus Azhar, berusia 33 thn , seorang isteri dan ibu kepada 3 org anak. Saya adalah seorang ibu bekerja. Saya suka gelarkan diri saya Aida.

Semua wanita yang pernah melahirkan anak pasti ada kenangan kan, Ada yang kenangannya manis dan bahagia . Ada yang pahit. Ada yang ngeri macam saya

Pengalaman saya melahirkan anak kedua memang sangat manis. Yelah…cahaya ke kedua perempuan pula tu. Siapa tak Happy kan . Proses bersalin saya pun mudah je . Masuk2 labour room, tak sampai 30 minit dah selesai bersalin. Anak saya pun kecik je 2.6kg. So tak de la susah sangat nak teran. Rasa macam nak membuang air besar je..tup2 tengok baby dah keluar.Alhamdulillah.segala urusan di permudahkan lagi dengan adanya suami di sisi sepanjang proses bersalin.

Tapi….lepas tu yang saya alami pengalaman yang sangat ngeri. Sejak sebelum kahwin lagi memang saya ada sembelit. Kadang-kadang seminggu sekali baru membuang. Tapi tak teruk. Lepas Minum orange atau buah pisang, mesti lawas punya.Anak pertama anak lelaki sembelit juga tapi tak kritikal. Tapi lepas bersalin anak no 2, sembelit saya jadi teruk sangat.

Hari ketiga baru nak pergi membuang. Belum buang lagi saya dah menangis sebab sangat sakit dan takut nak membuang.

Sekali tu, saya pegi ke tandas nak buang air besar. Lepas membuang, mangkuk tandas tu dah tukar jadi warna merah. Penuh dgn darah!! Seram sangat. Dah la kita ni baru lepas bersalin. Hilang banyak darah. Tambah pulak dengan sembelit. Memang seksa sangat.

Alhamdulillah Allah S.W.T kurniakan saya anak ketiga selepas 6 tahun. Masa berpantang anak nombor 3, saya tak alami masalah nai langsung. Masa tu saya ambil SET SEMBELIT SHAKLEE : VITAMIN C+ OSTEMATRIX+LECHITIN

Yang best sekali saya tida bengkak susu sebab apa sebab lechitin tu..wow amazing kan.
Macam-macam Shaklee effect saya dapat kan

Takde apa-apa masalah pun. Saya recover lagi cepat dari berpantang anak no 2. Yang paling best, NO SEMBELIT AT ALL!!! Memang saya happy dan teruja sangat. So saya pun tanya dan belajar dari pembacaan dan Mr google , kenapa saya dah tak sembelit selepas ambil Shaklee. Baca punya baca…rupanya sebab OSTEMATRIX.

KENAPA OSTEMATRIX KALSIUM ATASI SEMBELIT???

Bagi yang tak tahu apa tu OSTEMATRIX, ia merupakan vitamin yang mengandungi KALSIUM + MAGNESIUM + VITAMIN D. Sebab ni la, pill kalsium shaklee ni YANG TERBAIK BERBANDING PIL-PIL KALSIUM KAT FARMASI. Kandungan Vitamin D dalam Ostematrix ni membantu penyerapan maksimum kalsium dan membantu menyingkirkan kalsium2 yang terlebih.
oste-matrix

Ingat! Kalsium tak boleh diambil dalam kuantiti yang berlebihan tau…nanti rosak buah pinggang. Sebab tu penting ada Vitamin D sama. Manakala, MAGNESIUM pulak berfungsi untuk melancarkan pergerakan usus dan meyerap air dalam badan. Ia juga merangsang pergerakan otot. Usus juga merupakan otot terpanjang dalam tubuh kita. So, bila usus digerakkan, sembelit tak berlaku la…

Haa..best kan ostematrix ni. Sekarang anak no 3 saya dah hampir 2 tahun. tapi saya still lagi amalkan ambil Ostematrix. Selain dari atasi sembelit, Ostematrix jugak baaaaanyak manfaat lain. Especially untuk kaum wanita. Macam saya yang selalu salah urat kejang kaki.ostematrix dan sah sebahagian hidup saya tak lengkap tanpa ostematrix ni.

******************

Jom dapatkan segera SET SEMBELIT SHAKLEE : VITAMIN C+ OSTEMATRIX+LECHITIN

Jangan tunggu sehingga masalah sembelit anda menjadi makin kronik. Badan, kita nak pakai lama. Jadi haruslah dijaga bagai menatang minyak yang penuh. ye tak?

****************************************

Berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee yang mana memang terkenal sebagai suplemen makanan tambahan berkualiti tinggi? Mudah sahaja, hanya sekali klik, anda boleh terus purchase.

Click Here to Purchase

Anda berminat ingin menjadi ejen Shaklee di sekitar kawasan anda dan bersama-sama berjaya dalam bisnes ini? Klik link di bawah untuk daftar ahli.

Picture1

Rujukan:
  1. http://www.myhealth.gov.my/sembelit-3/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!