Tanda-Tanda Anda Mengalami Jerawat Hormon (Hormonal Acne)

Wanita melalui banyak fasa emosi dalam sebulan.

Fasa Pertama : minggu setelah haid
Fasa ke 2 : minggu ovulasi
Fasa ke 3 : minggu PMS
Fasa ke 4 : minggu haid

Image result for monthly hormone level women

Keempat-empat fasa ini melibatkan naik turun hormon estrogen dan progesteron. Dan setiap hormon mempengaruhi mood dan keadaan kulit wanita. Dan ia berlaku setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan begitulah seterusnya.

Your development and growth_20170820010356

Tanda-tanda anda sedang mengalami JERAWAT HORMON (HORMONAL ACNE) :

1. NO EFFECT AT ALL

Jerawat anda tidak memberi respon pada ubat rawatan topikal pada masa tertentu.

Bermaksud, jika sebelum ini anda pakai sesuatu ubat sapu tu ok je pada jerawat, tapi pada satu-satu masa, ia seolah-olah kurang memberi kesan. Macam no effect at all.

2. LOKASI

Kebiasaan jerawat jenis ini biasanya naik di area dagu, serta sekitar tulang rahang.

Ketahui DO’s & DONT’s dalam penjagaan kulit wajah yang berjerawat di sini

3. CYSTIC

Jerawat jenis cystic. Ia tenggelam di bawah permukaan kulit, menyakitkan dan kadang-kadang meradang kemerahan.

4. TEMPOH MASA

Related image

Tempoh masa jerawat hormon akan mula meradang atau memunculkan dirinya ialah 1 minggu sebelum tarikh period (Premenstrual syndrom), 1 minggu semasa tarikh period atau boleh juga berlaku pada waktu kedua-duanya sekali. Ini bermakna, ada sesetengah orang, jerawat hormonnya mengambil masa 2 minggu untuk betul-betul kering dan surut.

Jadi, kalau nak diikutkan, tempoh waktu yang kulitnya betul-betul ‘clean and clear’ adalah 2 minggu sahaja.

Jika berlaku keadaan seperti ini, sebaiknya elok anda merujuk pada doktor kulit supaya doktor dapat sarankan apa rawatan yang sesuai untuk mengawal hormononal acne. Sesetengah orang memang kilang minyak di kulitnya suka buat kerja overtime dan sampai satu tahap tu, memerlukan ubat pil untuk mengawal aktiviti kilang minyak tersebut.

maxresdefault

So faham-fahamlah juga sama ya.. kalau orang perempuan ni ada hari ini dia lain, esok dia lain, minggu depan pun dia lain. Dah memang fitrah sistem badan dia begitu.

Ketahui cara paling efektif untuk mengatasi PMS di sini

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!