Pendaftaran Keahlian Shaklee 2018 Secara PERCUMA? Betul Ke?

01/12/2018 0 By Nutrisi Guru
Pendaftaran Keahlian Shaklee 2018 Secara PERCUMA? Betul Ke?

Ingin membeli Produk Shaklee dengan harga yang jauh lebih murah? Jadilah Ahli sekarang!

 

Sekiranya anda merupakan pelanggan tegar produk Shaklee dan ingin membeli dengan harga ahli yang lebih murah, saya cadangkan anda mendaftar keahlian Shaklee bermula sekarang supaya anda boleh menikmati harga ahli yang jauh lebih murah berbanding dengan harga retail (normal).

Berapakah Yuran Pendaftaran Keahlian Shaklee?

Yuran daftar keahlian Shaklee adalah RM65.00 (postage RM10 = Jumlah Keseluruhan RM75.00) ATAU anda boleh mendaftar secara PERCUMA seumur hidup.

a) Bagaimana Cara Untuk Daftar Keahlian Shaklee?

Baiklah, mari saya jelaskan dengan lebih terperinci,

“pendaftaran keahlian Shaklee adalah RM65.00 (postage RM10 = Jumlah Keseluruhan RM75.00)”

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar keahlian,

  1. anda boleh memilih untuk mendaftar sahaja tanpa membeli barang, ATAU
  2. anda juga boleh mendaftar dan terus membeli barang dengan harga ahli, menggunakan ID khas anda sendiri.

Jangan terkejut kalau saya katakan, sekiranya belian anda melebihi point yang ditetapkan, anda juga akan menikmati ganjaran CASHBACK daripada Shaklee teruk masuk ke dalam akaun anda yang didaftarkan sewaktu pendaftaran keahlian.

Berikut adalah nilai CASHBACK yang diperolehi sekiranya anda membuat pembelian melebihi point tertentu. Tak kiralah anda adalah ahli makan sendiri / ahli yang berniat untuk berbisnes, nilai CASHBACK ini boleh naik meroket lagi sekiranya anda membuat pembelian berganda-ganda. Nampak tak kat situ, konsep;

Bantu Ramai Orang (Our success depends on others success) Nak berjaya, kita kena bantu ramai orang. Lagi ramai kita bantu, lagi cepat kita berjaya!

b) Bagaimana Cara Untuk Daftar Keahlian Shaklee Secara PERCUMA?

“ATAU anda boleh mendaftar secara PERCUMA seumur hidup.”

Cara kedua ini sangat menarik. Jika anda memang ada nak order produk Shaklee bersama keahlian, kebetulan pula order anda itu banyak (contoh kawan nak join sekali, jiran pun nak juga, adik-beradik pun nak cuba juga, saudara mara yang dalam risik-risik tu pun nak tumpang beli dan sebagainya), apabila belian anda berjaya mendapat point mencecah 200 UV, anda secara automatik akan mendapat keahlian Shaklee secara PERCUMA yang bernilai RM65.00. Secara tidak langsung, anda akan menikmati pula CASHBACK pertama anda yang mana akan terus masuk ke dalam akaun anda. Nampak penjimatan disitu?

c) Bagaimana Pula Nak Check Point Untuk Setiap Produk?

 

Baiklah untuk setiap ahli, memang Shaklee akan bagi satu lampiran jadual harga sebagai rujukan. Kat situ, pilihlah nak pilih produk yang mana sehingga cukup 200 point UV untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA yang bernilai RM65.00.

Bagi anda yang ingin dapatkan jadual senarai harga, boleh klik sini,

atau boleh klik sini untuk usha-usha senarai produk yang anda berminat nak beli.

Click Here to Purchase

Jadi, lepas dah pilih produk yang agak-agak mencukupi point 200uv yang menjadi syarat keutamaan untuk mendapatkan keahlian secara PERCUMA, anda boleh terus whatsapp saya dalam kadar segera. Saya akan memberikan konsultasi dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh membuat penjimatan dengan produk belian anda. Tambahan pula, seperti yang diterangkan sebentar tadi, jika pembelian anda melebihi 200 UV, anda juga turut dapat menikmati CASHBACK bernilai RM35 terus masuk ke dalam akaun anda!

 

d) Khuatir Bagaimana Nak Buat Pembelian Online Dalam Sistem Shaklee2u?

 

Mudah sahaja, sekiranya anda telah mendaftar sebagai ahli, anda akan diberikan milikan akaun dalam sistem Shaklee2u.Semua urusan pembelian boleh dibuat  secara online. Sistem online Shaklee2u ni sangat responsive dan customer-friendly. Lepas dah pilih produk mana yang anda berkenan, add to cart, terus proceed dengan payment. Dah siap payment, anda akan diberikan E-Invoice. Tracking no pula boleh disemak dalam Historical Orders. Kat situ, anda boleh tengok khidmat courier apa yang digunakan oleh Shaklee bagi produk anda. Pilihan courier adalah Poslaju Malaysia,GDex dan juga Citylink.

Tak reti nak order? Tiada masalah, contact saya, nescaya saya akan bantu anda orderkan produk. Jangan risau, insyaAllah saya akan order menggunakan ID Keahlian anda. Jadi, point UV akan masuk dalam akaun anda.

Dalam dunia ni semuanya berhubung kait. Hari ini kita bantu orang, esok orang pula bantu kita. What we give, we get back more.

e) Bagaimana Kalau Saya Nak Walk In HQ/Branch Shaklee dan Terus Daftar Keahlian Disana?

 

Sekiranya anda berada berhampiran HQ Shaklee/Branch Shaklee, anda boleh mendaftar keahlian di sana terus sambil-sambil membeli produk. Akan tetapi, pastikan ruangan “Penaja/Sponsor” diletakkan dengan Shaklee ID saya iaitu, Farahana 1284203. Selepas selesai mendaftar, sila hubungi saya secepatnya supaya saya boleh share dengan anda tips dan info mengenai keahlian baru. Saya juga akan masukkan anda dalam beberapa Group Whatsapp / Telegram yang berfungsi untuk menyebarkan risalah pemasaran (marketing material), Vlog, Blog, Projek-projek Semasa dan banyak lagi, bagi anda yang berniat untuk membuat bisnes.

Nak cakap apa yea bila sampai kat kaunter Shaklee?

Nak daftar keahlian macam mana yea dekat HQ/Branch Shaklee?

Nak kena tanya staff ke ada nak kena isi borang apa-apa ke?

Macam mana yea sis, saya tak pandai IT?

Baiklah, kalau anda masih lagi pening-pening lalat, jangan risau, saya mudahkan anda. Hubungi saya, saya bantu anda daftarkan keahlian secara online (tanpa bayaran apa-apa). Apa yang anda perlu lakukan adalah,

pergi HQ/Branch Shaklee berdekatan, minta staff Shaklee lakukan pengaktifan keahlian anda. Pengaktifan dibuat dengan membeli Mermbership Kit Shaklee.

Nak lagi mudah, klik sini,

Picture1

Baiklah, cukup sekadar itu sahaja dulu maklumat yang diberikan. Semoga bermanfaat bagi anda yang baru ingin kenal-kenal dengan Shaklee. Tahniah kerana anda telah membuat keputusan terbaik untuk menyertai Shaklee Family!

Jom apa tunggu lagi, hubungi saya secepatnya supaya saya tidak terlepas pandang. Saya akan bantu anda lengkapkan keahlian sekiranya anda masih lagi pening-pening lalat. Itu biasa, perkara biasa bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sesuatu yang baru.