Sejujurnya, saya telah lama stalk Shaklee ni. Baik dari segi business dan juga produk yang ditawarkan. Kalau dulu, first impression saya sewaktu dengan mengenai produk Shaklee,
“alah, produk kesihatan, business MLM, viral kejap je ni, lepasni lingkup la tu” (betapa negatif giler impression waktu tu. Bukan apa, perspektif masyarakat Malaysia. Kebetulan, saya sendiri pernah menjadi mangsa business MLM ni. Hampir dua kali. Yang pertama tu hampir terjebak, pengaruh kawan, tapi Allah jaga saya, Allah bukakan pintu hati untuk study dulu business A ni, tengok berapa ramai yang dah terlibat, siapa yang join (bukan calang-calang orang tau, hampir goyah juga saya masa ni sebab diorang semua golongan intelektual), saya cakap, bagi saya masa untuk fikir. Kemudian, dalam 2 minggu selepas tu, saya dapat berita busniness A ni bergolak. Ramai kawan-kawan saya dah kena tipu.
Peristiwa ni terjadi waktu foundation.
Waktu bergerak, saya meneruskan pengajian peringkat degree.
Datang lagi, dakyah business MLM ni. Kali ni, wacana mereka lagi meyakinkan sehingga saya pun terjebak. Melihat kepada ahli-ahli dalam business S ini adalah daripada golongan penghafal Al-Quran, saya jadi yakin untuk berbisnes.
Kakak N.A approach saya. Share macam-macam planning bisnes S. Hala tuju bisnes S.
Saya terpengaruh. Satu hari, tekad untuk join.
Duit RM1K anugerah cemerlang anak tentera, saya gunakan.
Saya withdraw, bagi cash kepada akak N.A.
Saya join ahli. Dalam business S, untuk menjadi ahli, anda diminta pilih pelan A, B @ C. Yang mana Pelan A & B harganya tak masuk akal untuk seorang student degree seperti saya. Saya join pelan paling bawah sekali. Pelan C, kalau tak silap harga ahli adalah dalam RM968 something.
Dari situ, bermula kisah perjalan saya sebagai ahli dalam business S.
Saya buat marketing. Distribute flyers dari bilik ke bilik. Tak cukup universiti sendiri, saya jelajah universiti lain. Tampal poster sana – sini. Join kelas coaching mereka. Bahkan sanggup musafir untuk join kelas training mereka. Masih segar dalam ingatan saya, salah satu trainer pernah berkongsi kisah beliau dalam Business S ni. Katanya disebabkan mendapat pulangan berganda-ganda daripada kerja asal beliau, beliau sanggup berhenti kerja.
Nak tau apa kerja beliau?
Engineer.
Bukan calang-calang Engineer.
Sebab dia experienced Engineer. Dalam bidang apa tak ingat. Tapi for sure gaji seorang engineer berpengalaman adalah melebih-lebih.
Lepas training, saya pulang dengan semangat berkobar-kobar. Untuk fokus dalam bisnes S ni.
Saya ajak kawan-kawan join. Kawan saya juga ajak kawan-kawan dia join. Dalam business S, ranting ahli kena balance. Saya punya ranting hanya satu sahaja. Kawan saya yang join bawah saya berjaya dapatkan ranting yang balance bahkan mampu beranak pinak.
Awalnya saya masih positif. Lama kemudian, kakak N.A pinggirkan saya. Dia fokus kepada kawan saya. Saya dah makin patah semangat. Saya tidak dijemput dalam coaching berkala yang diadakan oleh mereka setiap minggu. Kerana apa? kerana ranting saya belum balance. Saya tak aktif.
Salah saya.
Sebab buat separuh jalan.
Semangat berbisnes mati ditengah jalan
Dipendekkan cerita, saya tak pernah dapat sebarang pulangan hasil daripada business S. Saya mula menjauhkan diri daripada busines S.
Saya offkan diri daripada sebarang business yang datang menyapa.
4 tahun kemudian…….
bersambung…
1 thought on “Kenapa saya pilih Shaklee? Ini kisah saya| Part I”