Intipati Jom Hebat & Solat Hajat Ireach 2018

30/12/2018 0 By Nutrisi Guru
Intipati Jom Hebat & Solat Hajat Ireach 2018

Banyak ilmu yang saya dapat melalui perkongsian daripada Master Z dan juga Master Lyna. Alhamdulillah.

Pertama sekali,

“Stop Sabotaging Yourself”

Saya pasti setiap dari kita mempunyai impian / Dreams. Dan impian tersebut ada yang dah terlaksana, ada yang belum, ada yang masih berusaha mencapainya. Dan…RAMAI yang telah melupakan apa impian mereka. RAMAI yang tidak mempunyai impian..

Sebagai seorang muslim, kita memang telah dididik sejak kecil lagi, kita perlu berusaha menjadi muslim dan mukmin yang berjaya. Mukmin yang hebat. Tapi bagaimana ingin menjadi mukmin yang hebat kalau TIDAK BERIMPIAN?

Jadi, pedulikan apa orang nak kata, berhenti sabotaj diri sendiri. Teruskan berimpian kerana,

Ia kekal dongeng..Jika engkau tidak mula berjalan

Luaskan networking. Hubungkan silaturrahim. Bilamana kenal ramai orang, kita boleh belajar pelbagai perkara. Kita juga boleh belajar struggle orang-orang tersebut. Banyak ibrah dan pengajaran kisah yang boleh kita cedok daripada setiap orang yang kita temui.

Begitulah dalam konsep bisnes ni. Kita memberi manfaat dalam masa yang sama kita mendapat manfaat.

“Tidurlah, teruskan bermimpi. Teruskan angan-angan. Dan orang yang mengambil keputusan untuk tidak hanya bermimpi akan bangun kejar, mimpi itu. Sedangkan kau masih tidur.”

― Teme Abdullah, 

Cara Berdepan Penolakan (Rejection)

Move On.

Sedar atau tidak, ramai orang akan bagi nasihat macam ni. Tapi secara peribadi, saya pernah tertanya-tanya, macam mana nak move on?

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk move on. Dan cara ini kalau dipraktikkan pada situasi yang betul, pasti tidak mengecewakan.

Contoh, dalam situasi bisnes yang kita buat ni, bilamana berdepan dengan rejection, pertama sekali, stay positive. Saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan konsep reverse psychology dalam situasi ni. Sangat-sangat membantu, percayalah.

Baiklah, lepas tu move on. Orang dah tolak, orang dah tak nak, tak pe, bukan salah dia. Akui ianya salah anda tapi jangan down lagi. Cuba improve. Cuba kekalkan momentum bisnes dan kehidupan.

Pesan Mommy Lyna,

Move On dah Cuba Buat Yang Lebih Baik Lagi!

Improve, Grow, Improve lagi, Grow Lagi, Kalau Salah, Improve Lagi, Kenalpasti apa kelemahan kita, baiki, Grow, bayangkan diri anda seperti sebiji benih, yang perlukan baja (ilmu produk, ilmu marketing dan lain2), air(networking sana sini), matahari (motivasi positif), penjagaan rapi setiap masa (kerohanian) sehinggalah anda  dapati tanpa sedar, anda telah menjadi sebuah pokok yang merimbun daunnya, lebat buahnya sehingga boleh bagi manfaat pada orang sekeliling.

Income korang dalam Shaklee berkadar langsung dengan berapa banyak potensi yang korang dah imrove

― Master Z

Bisnes sepatutnya membina kita menjadi;

  • insan yang lebih baik
  • hamba yang lebih baik

Suka sekali untuk saya kupas mengenai isu kehambaan ini. Dengan berbisnes, anda akan sentiasa merendah diri pada Allah. Kerana apa? Kerana kebergantungan rezeki anda berkadar langsung dengan hubungan anda dan Allah. Berusaha dan tawakal kepada Allah SWT.

Selepas apa yang berlaku cuba untuk banyakkan muhasabah diri. Betulkan semula hubungan dengan Allah SWT. Kerap mengadu dan menangis di sejadah, yakin Dia Maha Mendengar. Yakin bahawa Dia bagi dugaan ini kerana ada sebab.

Bagaimana Ingin Positif?

Saya ada sebut kat atas tadi yang mana saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan konsep reverse psychology dalam situasi untuk kekal positif apabila berhadapan dengan penolakan, bagi anda yang baca sampai habis, tahniah!!!

Baiklah, mudah je.

1. Kisah Inspirasi Founder KFC, Colonel Harland Sanders,

  Sumber: Google

If you’re overwhelmed by rejection or discouraged by setbacks, remember the story of Colonel Harland Sanders. Fired from multiple jobs, ruined his legal career, was set back by the Great Depression, fires and World War II, yet still created one of the largest fast food chains in the world. Sanders wouldn’t let anything or anyone defeat him. We should all be more like Colonel Sanders (besides the fighting and getting fired part).(1)

Sanders beberapa kali mengalami penolakan ketika memperkenalkan resepinya ke beberapa restoran bahkan mencapai 1009 kali penolakan! Akan tetapi, berkat kegigihannya pula akhirnya Sanders memutuskan untuk membuat restorannya sendiri dan tanpa disangka, ayam goreng resepinya ternyata digemari masyarakat pada saat itu dan akhirnya berjaya memonopoli dunia (2)

2. Penciptaan lampu mentol pertama di dunia oleh Thomas Alva Edison

Pernah terbayang tak, berapa kali Thomas Alva Edison gagal sebelum berjaya mencipta lampu mentol?

Sumber: Google

Namun apa pula respon beliau?

“I have not failed 10,000 times. I have not failed once. I have succeeded in proving that those 10,000 ways will not work. When I have eliminated the ways that will not work, I will find the way that will work.” 

Usaha dan ketekunan Thomas Alva Edison tidak sia-sia. Kini seluruh dunia dapat menikmati “siang yang lebih panjang” berkat penemuannya. (3)

Kesimpulannya, anggap kegagalan / penolakan yang diterima itu adalah tangga untu kita sampai ke puncak KEJAYAAN!

Contoh, nak dapat keahlian Shaklee seramai 100 orang, anda perlukan lebih kurang 500-1000 penolakan.

Jadi bilamana ada 100 yang menolak. Bisik pada diri,

“yes, aku dah ada 100 yang tolak, bermakna lagi 400-900 orang lagi untuk BERJAYA!!!”

Kejayaan itu PASTI, buat mereka yang berusaha. Malah dalam kalangan masyarakat Arab pun ada kata-kata yang berbunyi ” Man Jadda, Wa Jadda” Siapa yang berusaha pasti dia berjaya.

Master Adilah selalu tekankan, Allah nampak usaha kita!!

Percaya dan teruskan mentaliti tak nak mengalah tu dalam diri kita. Keep growing, nescaya pasti berjaya.

Rujukan:

  1. https://www.snagajob.com/resources/the-inspiring-life-story-of-kfcs-colonel-sanders/
  2. https://falahart-story.blogspot.com/2016/10/merasa-paling-gagal-lihat-kisah-4-tokoh.html
  3. https://www.kompasiana.com/necdavid/54f40fb67455139e2b6c8589/bola-lampu-pijar-135-tahun-penemuan-yang-mengubah-dunia