Disebabkan terlalu banyak isu penipuan melibatkan perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat atau multi-level marketing (MLM), maka ramai dari kita pada hari ini yang merasakan MLM itu adalah satu bentuk penipuan yang nyata dan tidak boleh disertai.
Ini kerana, masih ramai yang ada tanggapan begini:
- MLM dikatakan menindas downline,
- Upline goyang kaki bila group dah besar,
- MLM tidak patuh syariah,
sedangkan mereka tak tahu yang MLM merupakan satu konsep perniagaan yang paling menguntungkan. Dalam masa yang sama pula, MLM dilindungi di bawah akta, jadi ia selamat untuk peniaga, penjual dan pembeli.
Sebenarnya, MLM adalah satu jenis perniagaan yang SAH di Malaysia asalkan perniagaan MLM tersebut dilesenkan dan berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Jadi, dakwaan bahawa semua perniagaan MLM adalah satu bentuk penipuan ataupun salah di sisi undang-undang adalah satu dakwaan langsung tidak benar sama sekali dan menyeleweng.
Di Malaysia, perniagaan MLM dikawal selia oleh KPDNHEP di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP). Oleh itu, selagi perniagaan MLM tersebut didaftar dan dilesenkan oleh KPDNHEP, maka perniagaan MLM tersebut adalah mengikut lunas undang-undang.

Semak Status Syarikat Jualan Laangsung disini
Syarikat-syarikat jualan langsung boleh melaksanakan perniagaan MLM mereka dengan mengikut garis panduan syariah yang ditetapkan oleh Jakim.
Tokoh Usahawan Berjaya dan Tokoh Politik Mencadangkan Bisnes MLM
Sebelum itu, untuk rekod, mari saya kongsikan beberapa taikun bisnes dan politik bertaraf antarabangsa yang turut mencadangkan bisnes MLM sebagai bisnes yang menguntungkan dan patut anda pilih.
1. Robert Kiyosaki
Robert Kiyosaki, seorang jutawan dan pakar kewangan dan penulis buku Rich Dad Poor Dad, dalam bukunya turut mencadangkan MLM sebagai bisnes yang harus diceburi. Kenapa?
Robert Kiyosaki mencadangkan bisnes MLM kerana kelebihan pelaburan yang ditawarkan. Mereka yang berjaya dalam MLM mampu untuk melabur dalam perkara yang sama seperti si kaya. Orang kaya boleh melabur dalam perkara-perkara yang kita tidak dapat.
2. Tun Mahathir Mohamad
Walaupun bukan seorang pakar ekonomi, semua daripada kita tahu Tun Mahathir Mohamad adalah seorang yang mempunyai minda kelas 1.
Menurut Tun, industri yang terbaik menjelang tahun 2020 nanti adalah multilevel marketing (MLM) dimana rakyat Malaysia akan menjana pendapatan daripadanya.

Malah Tun Mahathir turut merupakan pengguna Shaklee. Seingat saya sudah bertahun-tahun beliau menggunakan Vitalea, tapi tiada kenyataan yang sahih. Bila ada gambar berikut, barulah saya betul-betul percaya.
Sebenarnya ramai juga tokoh-tokoh turut merupakan pengguna Shaklee, contohnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jadi kali ini saya akan terangkan apakah Keistimewaan Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes yang Lain.
Keistimewaan Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain
1. Shaklee Beri Kebebasan Masa dan Kewangan
Sepanjang 3 tahun lebih saya terlibat dalam bisnes Shaklee ini, sambil bekerja 8:30 pagi hingga 5:30 petang setiap hari, saya masih mampu menjana pendapatan darinya. Bisnes Shaklee ni bagi kebebasan MASA & KEWANGAN kepada sesiapa sahaja. Boleh buat di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Jadi ianya sangat berbaloi sekiranga seorang suri rumah ingin memulakan buat bisnes bagi menampung kewangan si suami.
2. Sistem Shaklee Adalah Patuh Syariah
Selain daripada masalah kehalalan yang memang halal pun Shaklee ni kan, apa yang saya dapat perhatikan selama 8 tahun ni adalah:
- Mereka yang MALAS nak buat sales sendiri tak kan menikmati sebarang bonus daripada Shaklee.
- Dan mereka yang MALAS ini, sekiranya downline membesarkan group sendiri juga tidak menikmati kenaikan pangkat sepertimana downline dapat. Contoh downline kita naik Master Coordinator, kalau kita sendiri gagal membina dan memenuhi kriteria, pangkat kita tak kan bergerak.
Senang cerita, sistem Shaklee sangat adil. Tiada penindasan untuk downline.
Malah sudah banyak rekod mencatatkan downline telah mengatasi upline masing-masing.
3. Shaklee Mempromosikan Hidup Sihat
Pengasas, Dr Forest C.Shaklee sangat menekankan kehidupan yang sihat.
Dari penghasilan supplemen sehinggalah pembungkusan mesra alam, Shaklee sangat menitik-beratkan kehidupan manusia dan juga alam sekitar.
Shaklee menggalakkan kehidupan yang sihat melalui;
- jaga makan
- aktif atau bersenam
- amalkan suplemen
4. Peluang 3C Shaklee Yang Memang Best
Cara Shaklee beri insentif kereta berbeza daripada MLM lain.
Sudah tentu ada pangkat/point tertentu yang kita perlu capai, cuma Shaklee tak pernah tetapkan jenama kereta apa yang kita perlu beli.
Kalau kita dapat car bonus RM2000 sebulan dan memilih untuk beli Axia pun tak menjadi masalah. Lebihan dari bonus tu dah boleh buat saving atau bayar bulanan rumah. Best kan?
Cash bonus shaklee untuk leadership dibayar sehingga 9 lapisan sahaja. Untuk dapatkan bonus, anda hanya perlu buat belian sebanyak 150UV.
Apa yang lebih best adalah Shaklee tak pernah limitkan berapa banyak bonus kita layak dapat setiap bulan. Nak sejuta? Boleh, buktikan! Pernah upline saya dapat hampir sejuta sebulan (RM900k++), sebulan tau! Memang terjojol biji mata!
Untuk conference trip, Shaklee benar-benar meraikan pengedarnya dengan menyediakan pelancongan bertaraf 5 bintang.
Tahun ini trip best Shaklee bawa ke United States Of America. Anda boleh membaca nukilan di bawah dari sahabat blogger saya.
Shaklee 5 Star Free Trip to USA 2019 – Itinerary
Pada tahun ini, Shaklee merancang untuk membawa semua qualifiers ke Switzerland dan Korea! Namun asbab Coronavirus (COVID-19), kerajaan telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 -31 Mac 2020 (Fasa 1), 1 April 2020 – 14 April 2020 (Fasa 2), 15 April 2020 – 28 April 2020 (Fasa 3) dan 29 April 2020 – 12 May 2020 (Fasa 4). Disebabkan Coronavirus, KKM tidak menggalakkan perhimpunan secara besar-besaran bagi tempoh 6 bulan hingga setahun susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
5. Bisnes Shaklee Sesuai Untuk Semua Golongan
Semasa seminar MCC, kami dikejutkan dengan seorang leader yang masih lagi merupakan seorang student undergrad tetapi telah menjana pendapatan sendiri melalui bisnes Shaklee.
Bayangkan, masih student lagi telah menikmati cash dan car bonus.
Dan the best part is beliau dapat beri duit poket kepada mak di kampung setiap bulan.
Ada seorang Master di Taiwan pula asalnya adalah orang kampung sahaja. Nak dapat makanan seharian cukup susah, begitulah yang diceritakan kepada saya. Ditakdirkan beliau bertemu Master dari Malaysia perkenalkan Shaklee kepadanya.
Kini Master di Taiwan tu antara Master terhebat di Taiwan dan baru-baru ini memberikan ucapan penuh inspirasi di Global Conference Shaklee 2019 yang kami hadiri.
Kesimpulannya,
Bergantung kepada kita nak pilih bisnes yang bagaimana. Ada banyak jenis bisnes dalam dunia ni. Ada offline (kedai) dan ada online. Dalam dunia online pun banyak bisnes boleh dibuat contohnya:
- jual tudung / pakaian
- translate dokumen
- consultation
- macam-macam lagi
Bagi saya sendiri, saya memilih bisnes Shaklee atas sebab yang saya tuliskan di atas. Jutawan pun sangat ramai dalam Shaklee, dan saya insyaAllah salah seorang daripadanya.
Ada beberapa link rujukan yang saya rasakan bermanfaat untuk anda, jemput baca ya:
- Idea Bisnes yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang Covid-19
- Cikgu Sekolah Mampu Raih Extra Income 4 Angka Sebulan Dengan Bisnes Sendiri
- Bina Empayar Bisnes Anda Dengan Shaklee, Ramai Sudah Menjadi Jutawan
- Bisnes Shaklee Umpama Bercuck Tanam, Awalnya Sendu, Akhirnya Padu
Bagaimana Nak Buat Bisnes Shaklee? Ayuh bersama saya di grup Estrella United!
Rujukan
- https://www.sinarharian.com.my/article/63149/KOLUMNIS/Undang-undang-MLM