Kenapa saya pilih Shaklee? Ini kisah saya| Part III

Zaman sekarang, semua orang nak berniaga. Berniaga dah jadi satu trend sekarang bahkan budak-budak kecil pun dah pandai berniaga dah sekarang. Semua orang mempunyai 1 impian bilamana start berbisnes iaitu nak usahakan perniagaan yang paling menguntungkan. Sampai ada yang menggadaikan prinsip & etika hidup demi keuntungan semata-mata.1caf0270ccdb03a6cba36c9254641fea

Disebabkan saya serik dengan bermacam-macam cerita scam daripada mangsa scam dan juga pengalaman saya sendiri, saya jadi sangat berhati-hati dalam memilih perniagaan yang ingin diceburi daripada awal. Saya dah lama perhatikan Shaklee. Saya follow instagram Distributor Shaklee yang lain, saya observe dan buat research sendirian. Hasilnya, memang berbaloi-baloi sangat kalau anda sedang tercari-cari perniagaan yang menguntungkan, dan boleh diwariskan kepada anak cucu anda.

Sedikit info yang saya dapat:

Vita-lea merupakan vitamin pertama yang dicipta didunia pada tahun 1915 oleh saintis bernama Dr. Forest C Shaklee. Bahkan perkataan vita-min itu sendiri merupakan singkatan dari Vitalize-Mineral.

Berada 103 tahun dipasaran pasti bukan laluan mudah untuk Shaklee, tapi mutu produk yang tidak pernah ade kompromi membuktikan Shaklee hingga ke hari ini bukan sahaja  mampu bertahan tapi masih diperlukan oleh jutaan manusia didunia.

Senang cerita, beberapa tahun kemudian Dr Forrest C Shaklee mengambil keputusan untuk mengasaskan Shaklee pada 1956. Buat masa sekarang, Shaklee telah bertapak di US, Malaysia, Indonesia, India, China, Jepun, Taiwan, Mexico dan Kanada.

shaklee labuan

Shaklee di Malaysia sendiri sudah dibuka sejak 1988. Ini bukan umur dua tiga tahun punya syarikat. Sudah zaman berzaman. Stabil kan?

Shaklee dah lama bertapak di Malaysia

Pasaran Shaklee di Malaysia ini sangat luas sebenarnya. Di Malaysia sendiri Shaklee mempunyai 6 pejabat. Ibu pejabat terletak di Subang Jaya, Selangor. Pejabat cawangan pula terletak Kota Kinabalu (Sabah), Kota Bharu (Kelantan), Ipoh (Perak), Taman Sri Rampai (Kuala Lumpur), Seberang Jaya (Pulau Pinang) dan Johor Bharu (Johor). Besar kan?

Jadi, suatu hari saya terfikir, produk ni dah lama di pasaran.

Kalau nak dikatakan produk Shaklee ni merbahaya, kenapa syarikat Shaklee Corporation masih utuh? Masih mengeluarkan produk-produk Shaklee sejak tahun 1915 bahkan turut mengeluarkan produk-produk terbaru seperti YOUTH Skincare? Masih kekal memberi manfaat kepada seluruh dunia?

7d2b586dc1367251005ce0318fd4a182

Kalau scam kenapa ramai yang masih setia consume Shaklee?

Kalau scam kenapa boleh dikatakan setiap hari jumlah agent-agent Shaklee makin beranak-pinak?

Kalau scam, kenapa mereka yang consume Shaklee badan lebih fit, kesihatan lebih terjaga dan kurang diserangi penyakit merbahaya? Tak de pun dengar orang terlantar sakit disebabkan Shaklee.

Saya mencari produk yang nampak jelas manfaatnya kepada masyarakat

Sepanjang pemerhatian saya, jarang benar yang saya dengar berita produk Shaklee tidak memberi manfaat langsung  kepada pengguna. Setiap produk Shaklee telah melalui pelbagai kajian, tapisan demi tapisan dan hasilnya adalah yang terdapat dalam pasaran Shaklee sekarang.  Saya tak perlu overclaim kerana manfaat produk Shaklee anda boleh nampak jelas sekali. Anda consume, andalah yang akan mendapat manfaat darinya. Siapa cuba, dialah yang dapat merasa #ShakleeEffect tu.

Saya mencari fleksibiliti

Saya seorang yang masih bekerja di sebuah firma consulting. Dan impian saya ingin mempunyai perniagaan sendiri suatu hari nanti supaya saya ada cukup masa untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jadi, salah satu syarat yang saya tetapkan dalam perniagaan yang ingin saya ceburi adalah fleksibiliti.

d4493545a2f8a243314b2b2002eb293d--my-life-its-youHal ini penting kerana saya merupakan family girl. Sibuk mana sekalipun, saya akan cuba luangkan masa untuk bersama family. Jadi, kalau saya masih stick dengan kerja pejabat dari 8 pg hingga 5 ptg, kuranglah masa saya bersama family. Dari kecil saya dibesarkan di asrama, jadi saya sangat berhasrat untuk luangkan masa dewasa ini dekat dengan family. Boleh balik bila-bila masa, tak perlu berebut beli tiket sewaktu musim perayaan, boleh ambil cuti anytime, yang penting sekali, walaupun cuti, business tetap berjalan seperti biasa. Kedai Shaklee saya sentiasa buka 24 jam.

Saya mencari bisnes tidak bermusim

Saya juga mencari perniagaan yang bukan jenis bermusim. Sentiasa evergreen. Sentiasa laris di pasaran. Saya kongsikan pengalaman saya. Saya pernah menjadi dropship menjual pakaian, barang baby, cadar patchwork dan pelbagai lagi namun apa yang boleh saya katakan, perniagaan dalam bidang fesyen ini sangat tidak stabil. Trend fesyen akan berubah setiap musim. Apa yang anda jual pada hari ini mungkin tidak akan sesuai lagi pada beberapa bulan seterusnya. Tapi perniagaan Shaklee, pasarannya tetap baik. Akan sentiasa ada orang yang akan membeli dengan anda. Sebab, setiap hari pun kita perlu makan kan? Bezanya makanan yang anda makan itu adalah suplemen yang mana boleh memperbaik fungsi badan anda. Jadi, pilihan sebenar ada di tangan anda.

Kalau diberi pilihan, anda pilih yang mana?

  1. Mee Goreng / Nasi Goreng / Kuew Teow Goreng  = Kenyang + mengantuk + tinggi kolesterol
  2. ESP Milk Shake = sedap + Kenyang + aktif bertenaga + kulit lebih cantik

Anda makan untuk kenyang kan?

Jadi cuba fikir sekejap, kenyang berpenyakit @ kenyang tanpa penyakit?

Cuba bayangkan anda melakukan rutin pilihan 1 secara berterusan bertahun-tahun. Jadi badan anda akan menjadi seperti apa?

fat-vs-slim

Sebenarnya, tak susah pun untuk menjadi sihat dan cergas serta bebas dari penyakit. Anda cuma perlu bijak memilih pemakanan seharian.

Bak kata Master saya, Master Nor Adilah, Shaklee ni macam bisnes dropship..

  • Senang dan mudah kan.
  • tak perlu pos barang, Shaklee poskan
  • tak perlu simpan stok
  • produk memang dijamin kualiti
  • supplier tak lari (Shaklee syarikat yang kukuh)
  • income diterima serta merta
  • bonus pun dapat juga di tengah bulan
  • nak buat sambilan boleh, sepenuh masa lagilah boleh
  • bisnes dimana sahaja dan bila-bila masa.

Kan mudah.. Malah lebih sistematik dan berbaloi dari bisnes dropship biasa. Dropship, untung runcit je dapat. Bisnes shaklee best, UNTUNG RUNCIT dapat, BONUS dapat, REWARD pun dapat.

Lebih menarik, kita tidak perlu bersusah-payah membangunkan produk (sebab saintis Shaklee dah bekerja untuk hasilkan produk terbaik bertaraf dunia), tidak perlu pecah kepala fikir apa lagi produk nak jual (sebab staff Marketing Shaklee dah buat demand research produk apa yang paling orang cari & perlukan) dan kadang tu tak payah pun fikir urusan penghantaran produk ke pelanggan (sebab benda ni pun Shaklee dah buatkan untuk kita).

Pendek kata, kita dah outsource banyak perkara sampai boleh fokus kepada urusan pemasaran & marketing sahaja. Jadi saya makin tertarik untuk menjadi salah satu dalam keluarga besar Shaklee ini sebab saya rasa terpanggil untuk menyedarkan masyarakat akan kepentingan untuk Sihat tanpa ubat secara saintifik. Visi “sihat tanpa ubat” ini telah lama diperjuangkan oleh pengasas Shaklee sendiri; Dr Forest Shaklee.

Disclaimer: maksud sihat tanpa ubat di sini ialah tak sakit sampai tak payah makan ubat. bukan dah sakit pun tak makan ubat. Make sure anda bezakan ya.

Dan dalam perniagaan Shaklee, anda tidak perlu menjadi orang terawal untuk berjaya. Pernah dengar baby step? One step at a time. Anda perlu belajar untuk susah dulu barulah anda ada banyak ilmu untuk buat knowledge sharing kepada anak-anak shaklee anda nanti once anda dah berjaya capai rank Master Coordinator.

05db0e39d20146310d1e1ba9d4864628

Orang yang dah mengamalkan Shaklee akan terus menggunakannya kerana terbukti berkesan pada dirinya sendiri. Di samping itu ada 27 juta lagi rakyat Malaysia yang masih belum tahu Shaklee ni jual apa sebenarnya.

Kami pengedar Shaklee bukan seperti MLM lain, sekadar mengharapkan keuntungan dengan menjadi orang terawal kerana produknya yang tidak dibuktikan berkesan secara saintifik. Kami di Shaklee dididik untuk buat sesuatu hanya jika ianya terbukti secara profesional.

Sebab itu,

pengedar Shaklee lebih bijak daripada kebanyakannya yang lain.

Fara Hana | Shaklee Independent Distributor | ID 1284203 | 0133465509

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

×
Salam, Hello and Hi!

Whatsapp saya untuk maklumat lanjut!
Got an inquiry? Do not hesitate to Whatsapp me!
error: Content is protected !!