Pelan Perniagaan Shaklee Merupakan Pelan Yang Patuh Syariah
Posted on
Bila Seringkali Ditanya,
Dalam Banyak-banyak Bisnes yang Ada di Malaysia, Kenapa SHAKLEE Pilihan Saya? Kenapa Mesti Shaklee?
Ternyata dari pembacaan berikut, Shaklee antara Syarikat Multi-Level Marketing (MLM) yang mengikut garis panduan menurut syariah 🙂
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
Penubuhan Shaklee adalah untuk promosikan produk kesihatan yang natural, selamat dan berkualiti tinggi. Diuji secara klinikal, ada KKM. Produk Multivitamin pertama di dunia dihasilkan oleh Shaklee. Berusia 100 tahun.
Di Malaysia, perniagaan MLM dikawal selia oleh KPDNHEP di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 (AJLSAP). Oleh itu, selagi perniagaan MLM tersebut didaftar dan dilesenkan oleh KPDNHEP, maka perniagaan MLM tersebut adalah mengikut lunas undang-undang. Dan, Shaklee berdaftar dengan Direct Selling Association Malaysia serta turut mematuhi rang undang-undang Malaysia di bawah Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993.
MLM merupakan satu konsep perniagaan yang paling menguntungkan. Dalam masa yang sama pula, MLM dilindungi di bawah akta, jadi ia selamat untuk peniaga, penjual dan pembeli.
Sebenarnya, MLM adalah satu jenis perniagaan yang SAH di Malaysia asalkan perniagaan MLM tersebut dilesenkan dan berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Jadi, dakwaan bahawa semua perniagaan MLM adalah satu bentuk penipuan ataupun salah di sisi undang-undang adalah satu dakwaan langsung tidak benar sama sekali dan menyeleweng.
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
Shaklee sama sekali tidak menjual emas, bahkan menjual produk kesihatan, skincare dan juga home care.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Bonus seorang pengedar shaklee berkadar langsung dengan usaha yang diberikan
Shaklee mengamalkan Al-Ju’alah ialah akad yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji iatu alja’il. Di antara sesama peserta pula iaitu uplines dan downlines tidak wujud akad tertentu selain hubungan kerjasama sebagai al-musytarikun fi al-’amal atau pihak-pihak yang melaksanakan sesuatu tugas secara bersama-sama yang berkongsi upah melalui formula yang telah ditetapkan dalam pelan pemasaran.
Kadar bonus setiap pengedar shaklee adalah berbeza bahkan ada downline yang mendapat bonus melebihi upline asbab usaha gigih yang dilakukan untuk mengembangkan bisnes beliau.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Tajalah beratus ribu orang sekalipun, kalau tak menjual. tak dapat apa. Itu yang unik pasal Shaklee. Upline or mentor kena guide downline or protege untuk buat sales. Bonus yang dapat bukan sebab tajaan tapi sebab hasil jualan yang dilakukan. Macam penjual butik pakaian, komisen dapat berdasarkan berapa banyak baju yang dia jual.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.
Shaklee tak pernah paksa para pengedar untuk buat belian setiap bulan. Malah, yuran keahlian pun sangat minima iaitu RM35 sahaja (bermula Mac 2020) Anda layak mendapat ID keahlian dan dapat log masuk ke dalam portal Shaklee mengandungi pelbagai info kepada pengedar baru termasuklah maklumat mengenail business plan, product guide, Shaklee difference, jumlah komisen, rank dalam Shaklee dan lain-lain. Siapa tak buat, tiada masalah, kalau buat dia untung.
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha.
Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya sampai 6 level je. Level ke 7 sampai la ke beratus tu SELALUNYA kita takkan kenal. So, layak ke kita untuk dapat komisyen? Kita buat Coaching, seminar, workshop, dan taklimat secara berterusan untuk protege baru dan sedia ada. Kita menyamppaikan ilmu kepada orang bawahan tak kira siapa pun, jadi barulah halal rezeki or bonus yang diberi Shaklee. Pahala ilmu sentiasa mengalir ke anak cucu bisnes. Dalam Shaklee, walaupun anda berada di level 10 pon, coaching tetap coaching. Ilmu yang diamalkan boleh bawa sampai ke akhirat
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
Dalam Shaklee, siapa yang usaha lebih, dia dapat lebih. Semua level boleh jadi Master Coordinator. Even downline pon boleh jadi Master Coordinator dulu sebelum upline mereka. Downline boleh dapat komisen lagi tinggi daripada upline. JIKA DIA USAHA LEBIH.
8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Dalam sistem komisyen Shaklee semuanya telus, dan dijelaskan dalam E-Starter kit masa awal-awal join Shaklee dah terang bagitau pasal kiraan bonus. Shaklee ada bonus statement. Satu persatu Shaklee list out. Satu persatu ditunjuk dengan jelas.
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Untuk keahlian Shaklee RM35 (bermula Mac 2020). Semua dah siap-siap ditetapkan awal lagi. Bonus secara details, cara kira, keuntungan runcit, bonus percentage dah ada dalam E-Starter kit.
Kita mesti nak cari rezeki or bisnes yang halal kan. Kita pun takut kalau bisnes yang kita buat sejenis yang menindas orang lain. Kan tak berkat dan berdosa. Kita kan nak bagi makan anak-anak kita, parent kita, nak sedekah, macam-macam lagi. Mestilah daripada sumber halal. Sebab tu saya pilih Shaklee. Modal rendah, tiada risiko, tiada paksaan, tak rugi pun kalau tak jual, tak rugi kalau tak beli, dan tak rugi kalu tiada downline. Alhamdulillah, jumpa Shaklee. Nak join team saya.